m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, April 8, 2018

Menerima kunjungan artis Hollywood

5 April 2018 - Teman-teman Diploma Senibina UTM menerima kunjungan mengejut dari seorang artis tersohor Hollywood - Charles Jaunis Bronson. Beliau dilahirkan di sebuah desa terpencil di Sabah. Seperti kanak-kanak lain, beliau amat kreatif dalam aktiviti-aktiviti kesenian. Ketika usianya dalam lingkungan belasan tahun, seorang pengarah Hollywood yang sedang bercuti di Sabah telah ternampak kehandalan beliau ketika sedang bermain lawan-lawan dengan teman-teman sebaya. Pengarah Hollywood itu telah menawarkan beliau untuk berlakon di Hollywood dengan menggunakan nama Charles Bronson sahaja.

Antara filem-filem tersohor lakonan Charles Jaunis Bronson adalah seperti Death Wish, Magnificent, Death Hunt, Dirty Dozen, dan lain-lain lagi. Walau sehebat mana pun beliau dalam dunia lakonan, naluri Arkitek beliau tetap masih menebal dan akhirnya beliau telah meninggalkan kemasyhurannya di Hollywood dan pulang ke Sabah untuk menjadi seorang Arkitek yang berwibawa.

Di kalangan teman-teman arkitek, beliau hanya dikenali sebagai Jaunis sahaja. Sempat pada malam itu kami bersua muka. Teman-teman lain meluangkan masa yang lama berbual-bual santai sambil makan sate. Yang hadir pada malam itu termasuklah Noris Helmi Dickson, Azmi Jemi, Fauzi Jawa, Amran Yan, Jefreedzal. Aku sekadar tunjuk muka aje. Itu pun setelah Noris bagi mesej kat aku melalui whatsapp akan keberadaan Jaunis di kawasan Ampang. Walaupun singkat pertemuan itu, namun semoga pada lain waktu kami boleh bersua lagi dan berbicara dan bertukar-tukar fikiran.

P/S: Sorry Jaunis. Aku memang suka merapu sikit. Insya Allah pada lain masa kita bersua lagi.

Di kawasan tempat makan Nan Corner. Pekena sate.

2 comments:

  1. Fuhhhhhh adi cerita nko.....kelas betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Menulis merapu meraban bagi hilangkan stress kerja.

      Delete