21 Januari 2018 - Rambut Amier dah panjang. Tapi taklah sepanjang rambut guitarist rock Man Kidal. Tak jugak sepanjang rambut penyanyi sensasi Anuar Zain. Malah tak sepanjang rambut Haqiem Rusli pun. Tapi Amier dah mula berasa rimas. Rambutnya yang pendek itu dirasakan sangat panjang dan bagai telah melanggar undang-undang sekolah. Lalu Amier membuat keputusan untuk mengajakku pergi ke kedai gunting rambut untuk mencantas rambutnya itu.
Dulu-dulu aku dah pernah suruh Amier botakkan aje kepala dia macam kepala aku. Tapi Amier tak nak. Paling botak pun yang dia boleh pergi setakat pakai mesin potong rambut dengan setting nombor 2. Maknanya setiap helai rambut akan menjadi sepanjang 1 cm sahaja. Tapi kali ini Amier sendiri yang mintak kepalanya dibotakkan. Bukan cukur sampai botak. Tapi pakai mesin rambut jugak pada setting nombor 1. Setiap rambut akan jadi sepanjang kira-kira 1/4 cm (style akulah tu).
Amier ada masalah kulit kepala sikit. Kalau kepalanya botak, senanglah nak rawat penyakit kulitnya tu. Amier setuju. Dari saat itu, rambut Amier akan selalu dipotong super pendek setiap kali kami ke kedai gunting rambut. Dan setiap kali itu jugaklah, Sabriena akan cakap "Abang Amier botak hairrrr!" sambil tersengih-sengih.
The botak hair boy. |
No comments:
Post a Comment