Bahagian 1
Mohon para pembaca sekelian menyedekahkan bacaan surah Al Fatihah kepada Allahyarham Hj Khalid Bin Hj Atan, abang iparku yang telah pulang ke Rahmatullah pada hujung tahun lepas. Mendoakan agar roh beliau ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Digolongkan di kalangan para syuhada. Dan sentiasa dalam rahmat dan redha Allah hendaknya.
28 Mei 2016 - Ini cerita tahun sudah. Abang sepupu wife aku, Abang Anjang ada mengajak kami, dan seluruh kerabat kami untuk datang ke rumahnya di Labu, Negeri Sembilan. Ada kenduri katanya. Tapi aku tak ingat pulak kenduri sempena apa. Menyambut datangnya bulan Ramadhan kot? Serta doa selamat. Dan apa-apa sajalah yang diniatkan. Kami anak-beranak pun bergeraklah dari Kuala Lumpur ke Labu dengan penuh semangat. Walaupun kami dah tak berapa ingat jalan masuk ke rumah Abang Anjang, tetap kami redah jugak. Pakai aplikasi Waze, GPS, Google Map, Microsoft Office, Photoshop dan Autocad. Akhirnya kami sampai jugak walau beberapa kali kami tersesat dan tersasar.
|
Abang Anjang menanti kehadiran tetamu dari seluruh pelusuk negara. |
|
Memastikan kaca mata cukup cerah untuk digunakan ketika membaca surah Yaasiin nanti. |
|
Allahyarham Abang Hj Khalid duduk dengan tenang. |
|
Amier sedang menikmati keenakan bihun goreng pekan Labu yang amat tersohor. |
|
Tiap-tiap suapan dihayati dengan sesungguh hati. |
|
Kak Timah dan Kak Esah duduk-duduk sambil makan-makan. |
|
Syura tak nak makan pasal takut giginya yang cantik menjadi comot. |
|
Kak Shidah turut menikmati bihun goreng. |
Sampai-sampai aje, setelah bersalaman dengan Abang Anjang, kami terus makan. Kira macam makan sarapanlah. Makanan ringan seperti kuih-muih dan bihun goreng. Abang Anjang sebenarnya tengah menanti kedatangan Tuan Imam untuk memulakan majlis bacaan Yaasiin dan bertahlil. Sementara tu kami makanlah dulu. Sampailah kenyang. Kenyang sangat. Tapi Tuan Imam masih belum jugak sampai. Pasal jaraknya jugak sangatlah jauh. Akhirnya Abang Anjang menghampiriku dan membisik, menyuruhku untuk mengepalai majlis. Aku tak menolak, walaupun aku kurang arif dalam banyak aspek. Abang Anjang mengumpulkan para tetamu. Dan aku mulakanlah dengan membaca surah Yaasin bersama-sama.
|
Kak Leha, Kak Ogie dan Ani sedang bekerja keras di dapur. |
|
Mai sedang nak menggoreng landak raya sebagai juadah buat tetamu. |
|
Kak Shidah, Kak Timah dan Kak Esah bersantai di ruang dalam rumah pulak. |
Sedang kami semua membaca Yaasiin, tetiba Tuan Imam pun sampai. Aku masih proceed dengan bacaan Yaasiin. Sampai selesai. Aku teruskan dengan bertahlil beramai-ramai. Selesai tahlil, aku mintak Tuan Imam membacakan doa. Tuan Imam jugak tak menolak. Dan doa dibacakan agak panjang. Nasib baik bukan aku yang baca doa. Kalau aku baca, mesti tersangkut-sangkut dan sependek mungkin. Syukur. Seluruh majlis yang dihajatkan telah berlangsung dengan baik. Dan para tetamu diajak makan sekali lagi. Kali ni makan berat. Batu, besi, gajah dan badak air. Tak laaaahhhh.... Makan nasi daaa... Lauk kampung masak orang Negori.
|
Abang Naim dan Allahyarham Abang Hj Khalid menanti majlis dimulakan. |
|
Koas dan beberapa tetamu lain sedang bersiap-siap untuk membaca Yaasiin dan bertahlil. |
|
Sesudah berdoa, para tetamu dijemput makan tengah hari. |
|
Lauk-pauk ada macam-macam jenis macam kat hotel. |
|
Allahyarham Abang Hj Khalid sedang mengambil juadah. |
|
Para tetamu masih beratur panjang untuk mendapatkan makanan. |
Para tetamu beratur panjang untuk mendapatkan makanan. Panjang sangat barisannya. Macam Keretapi Tanah Melayu. Macam ERL. Macam Jambatan Pulau Pinang. Macam Tembok Besar Negara China! Tapi semua beratur dengan penuh tertib. Tak risau pasal makanan tak cukup. Pasal makanan yang disediakan memang sangat banyak dan mencukupi untuk semua. Dan masakan kampung air tangan Kak Leha memang tak dapat dinafikan tahap kesedapannya. Kami makan bertambah-tambah. Sampai membesar perut kami. Naik berat badan berkilo-kilo. Dari lidi menjadi balak gamaknya tubuh kami.
Bersambung...
|
Makanan dalam talam masih banyak lagi. |
|
Koas pun tak nak ketinggalan untuk mendapatkan makanan. |
|
Koas mendapatkan rendang rusa karibou. |
|
Giliran Tuan Imam pulak untuk mengambil makanan. |
|
Koas meneliti dengan berhati-hati sebelum mencedok lauk. |
|
Kejap lagi bolehlah makan. |
No comments:
Post a Comment