m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, February 11, 2017

Bagan Lalang 2016: Jom berenang!

Bahagian 5

Sebelum ni kami dah sambut hari jadi Amier kat bilik resort. So, perut masing-masing dah kenyanglah. Tapi, kalau pergi bercuti anak-beranak ni, kalau tak ada adegan mandi-manda dalam kolam memang tak sah. Tak cukup syarat. Tak syiok! Especially Amier dan Sabriena. Kalau mereka ternampak aje kelibat swimming pool kat satu-satu resort atau hotel tu, mesti dua beradik ni akan bertanya, bila boleh mandi kolam? Itu soalan wajib. Dan wajib jugaklah kami menjawabnya. Dan memberi kebenaran untuk mereka luangkan masa, sekurang-kurangnya satu sessi untuk berenang di kolam.

Sabriena happy dapat swimming.
Baru selesai melakukan kuak kupu-kupu 15 lap.
Rasa tak puas pulak. Macam nak berenang lagi.
Menengok abangnya, Amier melakukan apungan badan.
"Are you okay?" tanya Sabreina kepada Amier.
Amier menggunakan kuasa apungan perutnya.
Setakat ni Amier dah berjaya terapung sambil terlentang selama dua setengah minggu.
"Uhuk uhuk!" Amier terbatuk lantas berhenti dari terus mengapungkan badannya.
Sabriena memberikan pertolongan cemas.
Amier masih cuba nak mengapungkan badan. Nak pecahkan rekod alam semesta katanya.
Rekod alam semesta kini sedang dipegang oleh alien dari planet Musytari kira-kira tiga tahun lepas.
Kolam mandi kat Seri Bayu ni letaknya kat sebelah kafeteria. Cuma saiznya tu kecil sangat. Sekangkang kera. Anak kera pulak tu! Anak kera yang lahir tak cukup bulan pulak lagi!! Kalau sepuluh budak masuk dalam kolam, kena kuak budak baru boleh dapat air. Memang kecil sungguh! Tapi budak-budak ni tak kisah. Janji dapat celup badan dalam air dah kira okay-lah tu. Dapat berkuyupan sedikit sebanyak kira puas hatilah mereka.

Sabriena pulak nak pecahkan rekod Michael Phelps.
Kejap lagi nak buat renangan pantas.
Tengah ambil mood sebelum memulakan renangan.
Amier pulak baru lepas buat terjunan papan anjal kayu jati.
Amier tak puas hati pasal pengadil cuma bagi dia purata point sebanyak 9.8 aje.
Berenang bersama-sama.
Sekarang Sabriena sedang cari ikan kaloi kat kolam pulak.
Aku ajak Amier dan Sabriena mandi masa tengah hari. Masa time panas terik. Masa tu budak tak ramai. Dapatlah kami conquer kolam tu. Kalau ada bebudak dari famili lain pun, taklah ramai sangat. Masih boleh manage. Aku biarkan dua beradik tu berenang-renang dengan gaya mereka sendiri. Aku sekadar monitor dari darat sambil ambil gambar. Kekadang Amier buat terjunan triple somersault. Bak Pandalela Rinong. Aku biarkan aje. Dan ada kala yang lain Sabriena pulak buat renangan kuak rama-rama rajah brooke. Sampai berpuluh-puluh lap. Pun aku biarkan. Bagi mereka penat. Biar cepat lapar. Cepat letih. Cepat mengantuk. Dan cepat tidur. Lepas mandi nampak gayanya dua beradik tu sangat-sangat puas hati. Tersengih-sengih bila keluar kolam. Tanda full satisfaction. Okay. Lepas ni kita buat aktiviti lain pulak.

Bersambung...

Sabriena menang katanya.
Saling bergandingan.
Amier sedang himpunkan tenaga dalaman.
Jelas terpancar keseronokan di wajah Sabriena.
Sekarang Sabriena nak tangkap ikan kerapu pulak yang tersesat kat kolam mandi.
Amier bangun setelah puas berenang.

No comments:

Post a Comment