m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, February 8, 2017

Bagan Lalang 2016: Singgah di pantai

Bahagian 2

Setelah semalamnya kami puas makan di restoran makanan laut Senandung Malam, pada paginya kami bersarapan pulak di resort tempat kami tinggal - Seri Bayu Resort Hotel. Kami tapau makanan yang kami perolehi dari kafeteria resort. Memang tempat duduk kat kafeteria tu pun tak berapa banyak. Pihak resort dah siapkan berbungkus-bungkus nasi lemak untuk ditapau oleh pelanggannya. Ada air teh tarik jugak disediakan. Tapi kalau nak tapau teh tarik kena ada bekas sendirilah. Kat bilik, kami menjamu seleralah dengan nasi lemak tadi. Rasanya..... bolehlah... Buat lapik perut. Kalau nak breakfast kat luar pun boleh jugak. Bawaklah kereta.

Syahmie di kawasan pendaftaran resort.
Pengunjung perlu mendaftar di sini dulu sebelum kunci bilik diberikan.
Inilah kafeteria tempat kami mengambil sarapan. Letaknya di sebelah swimming pool.
Syahmie mengambil nasi lemak bungkus yang telah tersedia.
Kena tukar dengan kupon untuk mendapatkan makanan.
Setelah sarapan, kami pakat-pakat pergi ke pantai. Ibuku duduk kat bilik aje dengan maid. Allahyarham Ayah ikut kami ke pantai dengan menaiki kerusi roda. Sementara yang lain bermain-main di persisiran pantai, aku ajak ayah aku ke kedai makan tepi laut. Order roti telur dengan air minum. Teman Allahyarham Ayah dulu makan pagi untuk kali kedua. Makan kat tepi pantai sudah tentulah lagi menyelerakan dari makan kat dalam bilik.

Allahyarham Ayah sedang memesan makanan di kedai makan berhampiran.
Ini ialah Restoran Senandung Malam. Waktu siang dia tutup.
Allahyarham Ayah seronok berada di tepi pantai.
Antara hasil tangkapan isteriku - anak-anak siput pelbagai genre.
Kami bergilir-gilir menemani Allahyarham Ayah. Waktu aku ke pantai, isteriku pulak yang menemani Allahyarham Ayah. Aku nengok anak-anak sangat suka jalan-jalan dan lepak-lepak kat pasir pantai. Sambil mencari siput dan ketam. Memang seronok. Maklumlah, kami orang darat, bukan orang laut. Sesekali nengok laut mestilah berasa teruja! Celup kaki dalam air laut aje sudah cukup nak buat kami happy.

Wanie mengawasi sepenuhnya pergerakan Sabriena.
Anak-anak seronok gembira bermain di pantai yang sedang surut airnya.
Basahkan kaki dengan air laut.
Sabriena, Amier dan Yana.
Syahmie, Sabriena, Amier dan Yana.
Masih lagi di pantai.
Sambil mencari siput, ketam dan umang-umang.
Yana menunjukkan siput laut kepada Sabriena dan Amier.
Syahmie dengan kepah di tangan.
Kepah ni nanti untuk dimasak sweet sour dan tiga rasa.
Amier dan Sabreina masih teruja melihat siput di tangan Yana.
Sabriena nak cari siputnya sendiri.
Sabreina sedang mengumpul sebanyak mungkin siput untuk dibuat makanan malam nanti.
Tiba-tiba Syahmie ternampak ketam raksasa bersembunyi di dalam tanah.
Kat pantai ni ada berbilion ketam dan siput.
Resort Gold Cost di kejauhan.
Setelah seketika di pantai, aku kembali ke kedai makan tempat Allahyarham Ayah duduk. Nampaknya makanan kat pinggan masih belum sepenuhnya luak. Allahyarham Ayah lebih banyak minum dari makan. Aku sempat jugak menunjukkan ketam-ketam kecil yang sempat aku tangkap ketika di pantai sebentar tadi. Kejap lagi kami akan tolak kerusi roda Allahyarham Ayah ke pantai pulak. Biar dia dapat merasai keseronokan ditiup bayu pantai yang nyaman.

Bersambung...

Allahyarham Ayah masih di kedai makan.
Menjamah roti canai.
Farid jugak tak ketinggalan bersiar-siar di pantai.
Begitu jugak dengan adikku.
Masih di pantai.
Dan terus di pantai lagi.
Farid sedang memburu ketam bunga.
Tapi yang dapat hanyalah sekawan umang-umang.


No comments:

Post a Comment