4 Ogos 2016 - Hari ini hari jadi Yana, anak saudaraku. Dalam suasana yang sederhana, dalam kesibukan kerja, pulang lewat dari pejabat, sebiji kek kami beli dari Secret Recipe yang letaknya sangat hampir dengan pejabat isteriku. Tiada makanan istimewa. Sekadar sebiji kek. Kami berkumpul di pinggir katil ibuku. Kek dikeluarkan dari kotak. Api dinyalakan pada sumbu lilin. Dan beramai-ramai kami menyanyi:
Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Yana,
Happy birthday to youuuuuuuu.....
Yana tiup lilin. Potong kek. Bergambar. Kami semua makan kek. Menghias wajah dengan senyuman manis. Begitulah sambutan birthday Yana. Yang ke-20 tahun.
Sempat jugak kami beli kek sebelum kedai tutup. |
Bergambar di sudut katil ibuku. |
Kami sajalah yang kebetulan ada pada malam itu. |
Sabriena memang selalu teruja dengan sambutan birthday. |
Tiup lilin dengan Sabriena. |
Sabriena nak tumpang sekaki. |
Yana potong kek. |
Kek terbelah dua. |
Masa untuk menghidang kek. |
Bergambar dulu sebelum dipotong kecil-kecil. |
Sabriena nak enter frame. |
Kek sedang diagih-agihkan Yana. |
Menikmati keenakan kek birthday Yana. |
No comments:
Post a Comment