Kami masih lagi berada di pantai Bagan Lalang. Kali ni kami bawak Allahyarham Ayah ke pantai jugak dengan kerusi rodanya. Oleh kerana agak sukar untuk menolak kerusi roda di atas permukaan pasir, maka kami biarkan Allahyarham Ayah berehat di kawasan berumput.
Tepi pantai Bagan Lalang. |
Isteriku menaikkan layang-layang. |
Masa kecil tak berasa nak main layang-layang macam ni. |
Gandingan Yana dan Amier telah berjaya menaikkan layang-layang ini. |
Isteriku membeli layang-layang berwarna-warni untuk dilayangkan di pantai yang anginnya bertiup kencang. Sangat mudah nak menaikkan layang-layang di kawasan seperti ini. Tak payah beriya sangat. Angkat sikit aje dah terus terbang ke angkasa. Malah masa kami main layang-layang tu, ada ketikanya layang-layang tu terbang sangat tinggi sampai dah nak terlanggar kapal terbang Boeing 777 yang terbang di atas kepala kami. Aku, isteriku, Yana, Syahmie dan Amier bergilir-gilir mencuba untuk mengawal layang-layang yang sedang terbang di udara.
Layang-layang menerpa ke bulan bagaikan roket. |
Masih bermain layang-layang. |
Masih berganding menaikkan lelayang. |
Bersungguh-sungguh. |
Semakin lama semakin tinggi layang-layag terbang meninggalkan bumi. |
Sabriena dan angin pantai. |
Masih mengawal layang-layang. |
Syahmie mengawal adik bongsunya. |
Gandingan Yana dan Amier masih berterusan. |
Di permukaan berumput, Allahyarham Ayah masih duduk berehat di atas kerusi rodanya sambil membaca surat khabar. Cuaca taklah sebegitu panas. Cerah, tetapi matahari tidak terlalu membahang. Suasana sangat nyaman. Pada waktu itu jugak Sabriena dan Amier lagi asyik bermain dengan pasir pantai yang halus dan memutih. Tangan dan kaki jadi kotor diseliputi pasir. Aku biarkan mereka bersalut pasir. Nanti kat resort boleh dicuci. Bukan selalu dapat jumpa pantai macam ni.
Sebelum beredar, kami pekena dulu aiskerim yang dibeli dari penjual aiskerim yang berlegar-legar di tepi pantai. Sedikit sebanyak berasa segar jugaklah setelah mencicip aiskerim yang dingin dan manis tu.
Bersambung...
Allahyarham Ayah membaca surat khabar. Adikku menemani. |
Membaca berita semasa. |
Sabriena bermain pasir. |
Pasir diramas sampai hancur. |
Alamak! Ada pasir yang masuk ke mata pulak. |
Dah puas membaca surat khabar. |
Amier join adiknya bermain pasir. |
Seronoknya dua beradik ni main pasir. |
Tubuh diselubungi pasir. |
Kaki Sabriena dah macam kaki orang masuk bendang. |
Seronok sungguh nampaknya Sabriena. |
Mencuba membuat istana pasir. |
Bergambar bersama sebelum beredar. |
Ibuku tak ada dalam gambar ni. Dia sedang berehat di dalam bilik resort. |
Membeli aiskerim untuk menghilangkan dahaga. |
Laris jualan aiskerim pada hari ni. |
Semua orang dah dapat aiskerim sorang sebiji. |
No comments:
Post a Comment