Bahagian 2
Kita masih di Labu. Bukan di Tembikai. Bukan di Petola. Dan sudah pasti bukan di Kundur. Kita masih di Labu. Dan setelah para tetamu selesai
bertahlil dan berdoa, kami terus beratur mendapatkan makanan tengah hari yang telah pun disediakan oleh keluarga Abang Anjang. Lauk yang pelbagai menanti untuk disambar oleh peminat-peminat yang setia. Semuanya lauk-pauk kampung. Lauk-pauk bandar kira tak kawan. Sesudah masing-masing memenuhkan pinggan dengan makanan, maka masing-masing mencari tempat atau port yang cantik untuk melabuhkan punggung bagi menikmati masakan yang telah pun berada di dalam pinggan. Doa makan pun dibacakan sebelum menyuap makanan ke dalam mulut.
|
Intan dan Syura sedang menjamu selera. Syura makan nasi sampai dua pinggan pasal terlalu lapar. |
|
Happy pasal dapat makan sedap. |
|
Wajah Koas pada hari tu sangatlah berseri-seri. Pasal seminggu dua lagi dia dah nak jadi suami orang. Keh keh keh... |
|
Koas bersama Allahyarham Abang Hj Khalid. |
|
Siapalah pulak mamat enter frame ni? Siap tumpang makan pulak tu! |
|
Para tetamu yang datang memang ramai. |
|
Kaum ibu makan sambil bersimpuh di ruang tamu. |
|
Kak Nopi dan Kak Esah sedang bersembang. |
|
Kak Shidah dah selesai makan. |
|
Sedang berbincang tajuk JKKK gamaknya. |
|
Masih menikmati juadah. |
Nyomp nyomp nyomp. Begitulah kira-kira bunyi para tetamu makan. Mulut tak menuturkan kata. Terlalu konsentrasi ketika makan. Tak satu komplen pun yang terkeluar dari walau seorang pun tetamu. Semuanya makan dengan penuh keasyikan dan sangat berselera. Dan sesudah makan, masing-masing mencari dinding untuk bersandar. Nasib baik rumah ni banyak dinding. Cukuplah untuk menampung sebilangan tetamu yang sangat ramai ini. Dari dinding ruang tamu, ke dinding bilik tidur dan dapur, sehinggalah ke dinding bilik air, dipenuhi dengan para tetamu yang menyandar dengan mata masing-masing layu hampir terlena.
|
Abang Naim bersandar di tiang seri rumah kampung ini. |
|
Amier tak cari dinding. Amier terus cari katil untuk landing. |
|
Syura dan Mak Teh nya. |
|
Abang Zai dan Faridz baru nak makan. |
|
Berbincang anak-beranak, lauk apakah yang sesuai dimakan dengan nasi ini. |
|
Bergambar sebelum makan. |
|
Koas masih lagi berseri-seri duduk di sebelah adiknya. |
Yang datang lambat pun ada bahagian masing-masing. Pasal makanan yang disediakan memang banyak. Dikhabarkan untuk menampung tetamu seramai 2 juta pax. Tapi yang datang cuma 1.3 juta pax aje. Setelah habis makan, barulah kami bersembang santai dan panjang. Tajuknya pun pelbagai jugak. Tapi tuan rumah dah bagi syarat, kalau nak sembang, kena sembang pasal hal-hal kampung aje. Hal bandar tak boleh masuk port. Antara hal-hal kampung yang telah disenaraikan untuk dibualkan oleh para tetamu adalah seperti berikut:
1. Cerita pasal musim buah-buahan
2. Cerita pasal landak raya
3. Cerita pasal ular sawa makan ayam
4. Cerita pasal pokok durian depan rumah
5. Cerita pasal JKKK
6. Cerita pasal sungai cetek
7. Cerita pasal kebun sayur
8. Cerita pasal bunyi seram kat pokok besar
9. Cerita pasal ayam dan itik dan angsa dan lembu dan kerbau
10. Cerita apa-apa saja yang berunsurkan kampung.
Bersambung...
|
Faridz memulakan makan. Bismillah. |
|
Tetiba terkenang pulak zaman kanak-kanak ketika mandi parit di kampung. |
|
Abang Zai cukup happy pasal dapat makan. |
|
Allahyarham Abang Hj Khalid setelah selesai makan tengah hari. |
|
Kak Esah sedang menuang air jus delima perasa cokelat ke dalam gelas. |
|
Kak Long nak menjamah kuih-muih. |
|
Faridz dan Allahyarham Abang Hj Khalid. |
|
Tiga beradik duduk bersantai. |
|
Kak Long masih tekenang-kenangkan kesedapan kuih yang dijamahnya sebentar tadi. |
|
Aaahh! Lupakan pasal kuih. Kita makan nasi pulak. |
|
Allahyarham Abang Hj Khalid dan Abang Anjang. |
|
Duduk bersama Intan. Tapi Intan tak faham topik yang sedang dibincangkan ini. Peranan JKKK dalam kampung. |
No comments:
Post a Comment