m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, October 30, 2016

Graduasi MRSM Gemencheh 2016: Bersiap untuk SPM

Bahagian 2

Kami masih lagi di MRSM Ulul Albab Gemenceh menghadiri Majlis Graduasi dan Anugerah Huffaz 2016. Sebelum menjamu selera di dewan makan, sempat jugak kami berlegar-legar di laman sekolah mencari spot yang strategik untuk bergambar kenangan. Lepas ni Syahmie kena pulangkan baju jubah ke pihak pengurusan. Sementara masih belum dipulangkan, kami akan ambil gambar sebanyak mungkin. Biar puas bergambar. Biar banyak koleksi dalam album.

Bergaya di depan signboard majlis.
Masih di lokasi penggambaran yang sama.
Bersama Syahmie.
Masih bersama Syahmie.
Mama pulak nak bergambar dengan Syahmie.
Satu lagi shot sebelum pergi makan.
Lepas dah bergambar banyak-banyak, perut kami pun laparlah pulak. Kami pun menaiki kereta menuju ke dewan makan. Masa kami sampai tu, dewan makan masih lengang lagi. Kami pun beraturlah untuk mendapatkan makanan. Juadah pada hari tu ialah - nasi putih, sayur kobis, serta lauk ayam masak lemak atau ikan keli masak lemak. Syahmie dan isteriku pilih lauk ayam. Manakala aku memilih lauk ikan keli. Makanan dihidangkan di dalam pinggan besar. Masa aku belajar kat MRSM dulu, makan kat dalam tray. Sekarang kira dah upgrade sikitlah. Dessert pada tengah hari tu ialah jelly dan minuman air sirap. Aku makan dengan penuh berselera sekali. Burp! Alhamdulillah.

Syahmie makan dengan sangat berselera. Syahmie makan tak banyak sangat.
Siap ada dessert jelly perasa strawberry lagi.
Makan dessert pulak.
Merasa jugak kami makan kat sini.
Suasana di dewan makan. Sangat bersih tempat ini.
Sesudah makan, kami bergambar lagi. Kali ni di asrama pulak. Dan di pagar sekolah dengan background court tennis. Lepas tu barulah Syahmie pulangkan jubah ke pejabat pengurusan. Dan setelah solat zuhur, kami bawa Syahmie keluar ke pekan untuk beli barang-barang keperluan. Kami ke hypermarket berdekatan dan belikan Syahmie makanan dan minuman serta sedikit keperluan sekolah.

Sesudah tu barulah kami hantar Syahmie pulang ke asrama. Dan kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Bergambar di asrama pulak.
Masih di asrama.
Ini adalah asrama lelaki.
Lima tahun Syahmie duduk kat sini.
Bersama mama tersayang.
Masih lagi dengan mama.
Sekarang dengan papa pulak.
Masih dengan papa.
Okay, lepas ni kita bergambar kat pagar sekolah pulak.
Di pagar sekolah.
Berlatar belakangkan court tennis.
Syahmie pernah ber-posing macam ni kira-kira lebih lima tahun dulu.
Belum puas posing lagi.
Lepas ni baru boleh pulangkan jubah.
Walaupun aku tidak ekspresif dalam tingkahku, namun aku memang sangat-sangat berbangga dengan pencapaian Syahmie. Aku dulu pun belajar di sekolah MRSM juga - MRSM Kota Bahru, Pengkalan Chepa. Itu kira-kira lebih 30 tahun yang lalu. Tapi pencapaian akademikku tak berapa cemerlang. Dalam kelompok batch aku, aku sekadar berada di tangga ke-100. Lebih kuranglah. Aku tak aktif dalam sukan. Aku tak wakil sekolah dalam apa-apa pertandingan. Aku tak aktif dalam persatuan. Cuma dua persatuan aje yang aku masuk. Satu, Persatuan Islam Maktab. Memang semua pelajar Islam kena masuk persatuan ni. Satu lagi Persatuan Pelajar-pelajar Tingkatan Lima (PPTL). Ini pun persatuan wajib masuk untuk semua pelajar Tingkatan 5. Aku memang sangat pasif ketika di sekolah.

Tetapi Syahmie telah mengubah kesemua tradisi aku ini. Mungkin mengikut mamanya yang juga aktif berpersatuan ketika di sekolah. Syahmie cemerlang dalam akademik. Syahmie merupakan pelajar dalam lingkungan 20 terbaik. Sering mendapat Anugerah Penghormatan Pengetua. Macam Dean's List lah jugak. Hafaz 30 juzuk Al Quran. Pernah menjadi salah seorang ahli dalam Badan Wakil Pelajar (BWP). Mewakili sekolah dalam deklamasi sajak, nasyid, hafazan dan sukan tenis. Turut terlibat dalam Kumpulan Caklempong sebagai pemain rebana kecil. Ya. Memang aku sangat berbangga dengan Syahmie. Tak terhingga. Mengharapkan Syahmie mampu menjadi contoh teladan buat adik-adiknya yang lain. Buat Wanie, Amier dan Sabriena. 

Kini Syahmie dan teman-teman seperjuangannya sedang bertungkus lumus di lap yang terakhir sebelum menduduki peperiksaan SPM yang dijadualkan sekitar 7 November 2016. Kami mendoakan Syahmie dan teman-temannya mampu menyinar dan membanggakan sekolah serta para ibu bapa. Semoga hasrat mereka mengejar cita-cita akan kesampaian - menjadi profesional yang hafaz Al Quran, da'i, berakhlak mulia dan taat segala perintah Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w. Amin.

TAMAT

Buku fail sijil yang diperolehi para graduan.
Sijil Syahmie.
Dulu dan sekarang. Masa interview dan masa graduasi.

Saturday, October 29, 2016

Graduasi MRSM Gemencheh 2016: Tamat sudah pengajian di sini

Bahagian 1

22 Oktober 2016 - Okay, kepada semua pembaca yang budiman, sebenarnya cerita pasal pernikahan Rusydi dan Atika masiih panjang lagi. Ada dalam kira-kira 100 episod lagi. Tapi aku nak bagi break sikit. Nak mencelah kisah lain sekejap. Lepas ni sambung lagilah, ya? Ikutilah kisah hari Graduasi Syahmie di MRSM Gemenceh baru-baru ni.

Setelah solat subuh, aku dan isteri terus menaiki Exora menuju ke Gemenceh. Perlu sampai ke MRSM Gemenceh sebelum pukul 8.45 pagi. Aku bawak kereta agak laju jugak. Beberapa buah kereta peronda polis telah cuba mengejar. Tapi aku berjaya meloloskan diri. Tak ubah macam Fast & Furios Chapter 10. Mendesit aku memecut. Jalan pulak clear. Lapang. Lengang. Maka dalam sekelip mata aje, kami pun dah sampai ke destinasi pilihan.

Syahmie bergaya dengan jubah graduasi di luar dewan.
Para graduan sedang berkumpul dan mendengar taklimat dari guru yang bertugas.
Teruja pada hari yang bersejarah ini.
Pelajar puteri juga tak kurang berasa teruja.
Saling bantu-membantu sebelum melangkahkan kaki ke dalam dewan.
Kami sampai di MRSM Gemenceh lebih awal dari yang dijangkakan. Waktu tu para graduan sedang berkumpul di luar dewan sambil mendengar taklimat panjang lebar dari cikgu yang bertugas. Sempat juga kami berjumpa Syahmie sebelum masuk ke dalam dewan. 

Di luar dewan juga terdapat pelajar-pelajar yang menjual makanan dan cenderahati. Siapa saja yang nak berbelanja, silakanlah. Kami dah makan roti masa kat dalam kereta tadi. Jadi tak perlulah beli makanan lain untuk bersarapan. Di dalam dewan, para ibu bapa dah semakin ramai. Ruang semakin dipenuhi. Kini kami menanti ketibaan tetamu kehormat, undangan khas dari ibu pejabat MARA - Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran, YBhg En Abdul Aziz Hassan.

"Para pelajar semua! Pastikan anda semua tersenyum masa masuk dewan nanti. Jangan masam macam cuka, okay?"
Pelajar Huffaz pakai jubah warna biru muda.
Pelajar Huffaz dari Tingkatan 4 & 5.
Al Hafizah berkumpul di luar dewan.
Mempamerkan wajah-wajah ceria.
Para pelajar menjual makanan yang sedap-sedap dan enak-enak buat sarapan pagi.
Gerai pasar Ramadhan yang dibuka oleh para pelajar.
"Nah! Ini lima hinggit untuk semua makanan kat atas meja ni."
Menjual cenderahati untuk dihadiahkan kepada para graduan.
"Pengumuman! Pengumuman! Ibu-ibu, bapak-bapak, siapa yang punya anak, bilang aku yang tengah malu..."
"Para graduan sila buat lompat katak dari sini sampai ke dewan makan."
Graduan puteri tertawa dengan lawak jenaka dari guru yang bertugas.
Para graduan putera beratur menunggu giliran untuk masuk ke dalam dewan.
Pada majlis ini, bukan saja para pelajar Tingkatan 5 yang diraikan, tetapi juga para pelajar yang telah berjaya mengkhatamkan hafazan 30 juzuk Al Quran. Para Huffaz memakai jubah berwarna biru muda. Manakala graduan Tingkatan 5 memakai jubah berwarna hitam. Syahmie telah mengkhatamkan hafazan 30 juzuk pada tahun lepas. Masa tu Syahmie dalam Tingkatan 4.

Majlis dimulakan agak terlewat sedikit, pasal tetamu kehormat sampai dewan agak lewat. Katanya sesat. Tak kisahlah. Semua tetamu di kalangan ibu bapa nampaknya menanti dengan penuh sabar. YBhg En Abdul Aziz Hassan tiba kira-kira jam 9.30 pagi. Diiringi dengan paluan kompang yang bergema dan menggegarkan ruang angkasa pada skala Richter 7.

Pentas majlis. Menanti tetamu istimewa tiba.
Okay. Dah selesai majlis. Masa kat dalam dewan tak boleh ambil gambar.
Majlis dimulakan dengan bacaan Al Quran oleh qari MRSM Ulul Albab Gemenceh yang baru berusia 13 tahun - Tingkatan 1. Bacaannya sangat lunak. Tak pernah aku mendengar bacaan Quran yang sangat mengesankan jiwa aku ketika mendengarnya. Rupanya pelajar cilik ini ada memperdengarkan laungan azannya di dalam tv, malah beliau juga telah mendapat sanat azan oleh Imam di Masjidil Haram! Hebat sungguh pelajar ini.

Antara aturcara pada hari itu termasuklah ucapan dari Ayahanda Pengetua, ucapan dari tetamu kehormat serta perasmian Majlis Graduasi dan Anugerah Huffaz. Ucapan yang santai dan jenaka spontan yang diucapkan oleh YBhg En Abdul Aziz Hassan sedikit menghiburkan para tetamu yang hadir. Selain penyampaian sijil, terdapat juga persembahan Kumpulan Caklempong yang sangat-sangat ohsem! Hebat betul pelajar-pelajar ini beraksi. Kami sangat-sangat terhibur. Setelah selesai majlis, para tetamu dijemput menjamu selera di dewan makan.

Di luar dewan kami terserempak dengan sepupu isteriku, Abang Suhaimi bersama isteri dan anak-anak. Salah seorang anak Abang Suhaimi merupakan pelajar Tingkatan 5 jugak. Satu batch dengan Syahmie.

Bersambung...

Proud mama and son.
Bergambar di luar dewan sesudah majlis berakhir.
Syahmie memperagakan sijil pencapaian.
Bergambar bersama keluarga Abang Suhaimi.
Anak perempuan Abang Suhaimi juga meraikan graduasi pada tahun ini.
Satu lagi gambar sebelum kami berangkat ke dewan makan untuk makan tengah hari.