Bahagian 3
Setelah selesai mengadakan
perundingan pertunangan di antara pihak Syafiq dan pihak Alia, maka berdoalah sekelian Muslimin dan Muslimat ke hadrat Ilahi untuk kesejahteraan dan keberkatan sepanjang tempoh pertunangan. Dan semoga berpanjangan sehingga ke alam perkahwinan, dan seterusnya berbahagia sampai ke Jannah.
Oh! Tapi sebelum aku terlupa, sewaktu wakil pihak Alia, Datuk Abdul Wahab bertanya kepada Abang Zai mengenai jumlah hantaran yang akan diberikan kepada pihak Alia, Abang Zai telah menjawab dengan satu lawak jenaka versi Matematik. Begini lebih kurang dialognya:
Datuk A. Wahab: Berapakah hantarannya?
Abang Zai: Hantarannya? Hantarannya adalah..... Hantarannya? Hantarannya adalah...
Datuk A. Wahab: Jangan malu-malu. Nyatakan saja jumlahnya. Kami sedia menerimanya dengan hati terbuka.
Abang Zai: Hantarannya adalah "30000 x 2/3 - 958 + 888 kuasa dua bahagi 7326/33 x punca kuasa enam 4647 + 4500987". Itulah jumlah keseluruhannya.
Maka seluruh hadirin dan hadirat pun mulalah mengambil calculator serta sempoa lantas berkira-kiralah mereka semua demi mencari jawapan akan jumlah wang hantaran yang akan diberikan oleh pihak Syafiq kepada pihak Alia. Tak ubah seperti murid-murid yang sedang menjawab soalan Matematik Tambahan dalam peperiksaan SPM. Setelah cukup tempoh 2 jam 30 minit, maka Datuk Abdul Wahab pun meniupkan wisel dan menyuruh kesemua hadirin hadirat berhenti mengira. "Masa dah tamat!" teriak Datuk Abdul Wahab. Pen, pensil dan kalkulator pun diletakkan. "Berapakah jawapannya?" tanya Datuk Abdul Wahab. Masing-masing memberikan jawapan yang pelbagai. Ada yang kata RM 50. Ada yang cakap RM 2,507. Ada jugak yang kata RM 6,555,888. Dan macam-macam lagilah andaian mengikut perkiraan masing-masing. "Berapakah sebenarnya jumlah yang dimaksudkan, wahai tuan yang budiman?" tanya Datuk Abdul Wahab kepada Abang Zai. "Sebenarnya, kesemua jawapan itu tidaklah tepat. Jawapan yang tepat adalah RM 15,000." Sejurus mendengar jawapan dari Abang Zai, masing-masing menyemak semua kerja kira-kira yang dibuat tadi. Dan semua setuju dengan jawapan yang Abang Zai berikan itu. Okay. Dah lepas clear bahagian ni, barulah Tuan Imam membacakan doa selamat.
|
Tuan Imam memulakan dengan membaca Ummul Kitab - surah Al-Fatihah. |
|
Doa dibacakan dengan penuh khusyuk. |
|
Memohon selamat dan keberkatan yang berpanjangan. |
|
Abang Zai dan Abang Zahid turut mengaminkan doa. |
|
Tn Hj Ismail turut berdoa. |
|
Begitu juga dengan adik-beradik Syafiq yang lain - Syauqi, Abby dan Wawan. |
|
Kak Long, Kak Timah, Kak Piah dan isteriku turut mengaminkan doa. Sabriena sibuk main i-phone pulak. |
|
Kak Uda - ibu kepada Syafiq turut mengharapkan segalanya berjalan dengan selamat buat anak dan bakal menantunya. |
|
Dato' Haji Norhasni dan Datin Hajjah Salamah turut berdoa. |
|
Kini selawat ke atas Nabi dialunkan bersama-sama. |
Setelah berdoa dengan penuh khusyuk, para hadirin dan hadirat diberikan sehelai kertas tertulis kata-kata Selawat ke atas Nabi untuk dialunkan bersama-sama. Ini satu lagi amalan yang aku rasa sangat wajar menjadi ikutan. Ruang tamu kini tepu dengan gema alunan suara hadirin hadirat berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (s.a.w.). Setelah selesai berselawat, barulah majlis bersurai. Kami dijemput menjamu selera di halaman luar rumah. Manakala pihak ibu-ibu dijemput naik ke tingkat 3 untuk menyarungkan cincin ke jari Alia.
Bersambung...
|
Tuan Imam mengetuai pembacaan selawat ke atas Nabi. |
|
Datuk Abdul Wahab dan Fai. |
|
Abang Zai dan Abang Zahid. Abang Zahid bertaranum ikut lagu Tarannum Al-Bayyati. |
|
Tn Hj Ismail dan Syauqi. |
|
Tiga beradik ini berselawat berganding-gandingan. |
|
Dato' Hj Norhasni dan Datin Hajjah Salamah berselawat bersama-sama. |
|
Kak Uda, kak Long dan Kak Timah mengiringi pembacaan selawat. |
|
Kois berselawat dari hari nuraninya yang suci. |
|
Kak Piah, Kak Esah dan isteriku. |
|
Para sepupu kepada Syafiq turut berselawat. |
|
Tiga beradik - Sharifah Shakirah, Syed Saleh dan Syed Ali. |
|
Selawat masih diteruskan dengan nada syahdu. |
|
Bacaan selawat hampir selesai. |
|
Sikit lagi dah nak habis. |
|
Namun Sharifah Shakirah tetap terus berselawat sehingga menjelang malam yang gelap gelita. |
No comments:
Post a Comment