m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, July 25, 2016

Pertunangan Syafiq dan Alia: Ketibaan rombongan besar

Bahagian 1

15 Julai 2016 - Pada 10 Syawal ini memang telah dijadualkan hari pertunangan anak buah kami, Syafiq dengan pilihan hatinya, Alia. Majlis diadakan di kediaman Alia di Shah Alam, pada kira-kira jam 3 petang, setelah solat Jumaat. Kami perlu berkumpul di rumah Kak Uda sejurus setelah solat. Perlu sampai di Shah Alam dalam pukul 3 petang. Mencabar ni. Hari Jumaat memang merupakan hari jam (sesak) sedunia. Kena ada polis trafik escort baru boleh sampai in time. Begitulah bisik hatiku. Tapi kami sentiasa mengharapkan segalanya berjalan lancar. Licin macam belut.

Sri dan Nadia menanti di dalam kereta di pekarang Masjid Seksyen 7, Shah Alam.
Kami jugak sedang menanti di dalam kereta masing-masing untuk ketibaan ahli keluarga yang lain.
Di pekarangan Masjid Seksyen 7, Shah Alam.
Kereta bersusun. Tetapi masih ada yang belum sampai lagi.
Menanti ketibaan beberapa buah kereta lagi.
Salah seorang teman baik Syafiq, Umar (berjubah biru).
Setelah kesemua ahli keluarga sampai, berkumpul di rumah Kak Uda, kami mula bertolak secara berkonvoi. Syafiq mengetuai rombongan, sambil membawa banner sebesar bangunan yang tertulis, "Ekspedisi Meminang Alia 2016". Kami bergerak berantai-rantai. Berbaris-baris. Bagai Keretapi Tanah Melayu. Bagai perajurit di medan tempur. Bagai itik pulang petang. Syafiq bawak kereta warna merah bersendirian. Tanpa co-pilot. Tapi perjalanan yang agak jauh, serta sesak, telah menyukarkan perjalanan secara konvoi ini. Akhirnya kami terpisah. Abang Zai (Pak Long) selaku juru cakap, telah bertolak lebih awal secara bersendirian. Aku mengekori Syafiq dari belakang. Dan Sri menuruti keretaku walau dalam keadaan apa sekali pun. Yang lain membawa haluan masing-masing. Namun destinasinya tetap sama. Ke arah rumah Tuan Haji Ismail, ayah kepada Alia.

Sheikh-sheikh Arab dari padang pasir.
Kak Uda selaku ibu Syafiq membawa cincin tunang.
Abby selaku adik Syafiq membawa sejambak bunga untuk dihias di rumah Alia nanti.
Abang Zahid selaku ayah kepada Syafiq membawa tepak sirih untuk dijamah beramai-ramai.
Abang Zai selaku Pak Long kepada Syafiq serta juru cakap sedang membaca jampi serapah agar pertuturannya lancar.
Bergambar ahli keluarga sebelum masuk ke pekarangan rumah Tn Hj Ismail.
Wajah-wajah manis dan ceria yang akan mengiringi barang hantaran ke rumah Tn Hj Ismail.
Begitu ramai ahli keluarga dari pihak Syafiq.
Baby Zarith Sofia turut tidak ketinggalan didukung ibunya.
Akhirnya kami sampai juga di Masjid Seksyen 7, Shah Alam. Abang Zai dan Kak Long telah lama menanti, sambil makan kacang putih, mi goreng, pekena teh tarik dan kopi jantan, serta dua biji telur setengah masak. Kami berhimpun di masjid pula. Memastikan kesemua ahli keluarga telah sampai, barulah kami bergerak bersama-sama menuju ke rumah Alia.

Semakin menghampiri pekarangan rumah Alia.
Kini kami betul-betul berada di pagar rumah Alia.
Kami dijemput masuk dengan senyuman lebar.
Mengambil tempat duduk masing-masing.
Menanti acara dimulakan.
Kami sampai di rumah Tn Hj Ismail kira-kira jam 4 petang, sejam lewat dari masa yang telah ditetapkan. Untuk itu kami memohon banyak maaf, kerana kami tahu masing-masing sudah pasti ada urusan yang perlu dipenuhi, justeru menepati masa itu sangatlah penting. Namun perancangan kami tidak terlaksana sebagaimana yang kami bayangkan.

Walaupun lewat, kami tetap disambut dengan baik oleh ahli keluarga Alia. Tn Hj Ismail memberikan senyuman lebar dan menjemput kami masuk supaya majlis boleh dimulakan segera. Setelah mengambil tempat duduk masing-masing, mengikut nombor tiket yang tertera di belakang kerusi, Tn Hj Ismail pun memulakan bicara. Ahli keluarga pihak Alia diperkenalkan satu per satu. Dari pakcik dan makcik, kepada adik-beradik serta seluruh keluarga terdekat. Wow! Ini satu pendekatan yang unik dan wajar dicontohi. Perlu kenal dulu ahli keluarga, baru berasa mesra. Secara automatik kami terus berasa seperti telah diikat tali silaturrahim yang diharapkan akan berlanjutan selamanya.

Bersambung...

Tn Hj Ismail memulakan bicara dengan kata alu-aluan serta memperkenalkan ahli keluarga beliau kepada kami.
Mendengar dengan tekun.
Orang-orang kuat - Fai, Abang Zai dan Abang Zahid. Masing-masing boleh mengangkat beban seberat 800 kilo setiap seorang.
Keluarga di pihak Alia.
Sebentar lagi perundingan akan dijalankan.

No comments:

Post a Comment