Bahagian 2
Salam perkenalan telah pun diberikan kepada
rombongan besar kami. Tn Hj Ismail, ayah kepada Alia telah membuat satu introduksi yang sangat hebat walaupun santai. Sedikit sebanyak telah menghilangkan debaran yang ada pada diri kami, khususnya Abang Zai, selaku juru cakap bagi pihak Syafiq.
Lalu mikrofon diberikan kepada Abang Zahid untuk memperkenalkan pula ahli keluarga dari pihak lelaki. Abang Zahid yang pada mulanya agak tersipu malu, akhirnya mencapai mikrofon, dan menggenggamnya dengan erat. Takut-takut dipintas oleh orang lain yang memang pantang menengok mikrofon. Dan Abang Zahid pun memulakanlah bicara dengan memperkenalkan setiap ahli keluarga kepada pihak Alia.
"Nama saya Zahid Ab Karim, ayah kepada Syafiq. Yang itu isteri saya, Nor Mahani Atan, ibu kepada Syafiq. Yang duduk di sebelah sini adalah anak-anak kami. Yang jadi juru cakap kami, ialah Zainuri Ahmad. Juga merupakan Pak Long kepada Syafiq. Dan itu isterinya, Kalsom Atan".
Begitulah seterusnya. Satu per satu diperkenalkan sampailah kepada aku, selaku juru kamera dan Pak Usu kepada Syafiq. Sangkaku ia tamat di situ saja. Tetapi tidak. Abang Zahid terus memperkenalkan individu-individu lain termasuklah jiran-jiran di taman perumahan tempat mereka tinggal, kawan-kawan sekolah, rendah, dan menengah. Kawan dan sanak-saudara kepada jiran-jiran. Tauke-tauke kedai yang berniaga dekat dengan rumah. Kawan kepada tauke kedai tadi, serta jiran-jiran mereka. Dan boleh dikatakan dekat lima juta orang jugak yang telah disebut nama mereka untuk diperkenalkan kepada keluarga Tn Hj Ismail. Sessi perkenalan ini berlangsung hampir tiga hari dua malam lamanya. Phew!
|
Adik-beradik Syafiq - Syauqi, Abby dan Wawan. Serta Denden. |
|
Ahli keluarga kami mendengarkan ucapan dari Tn Hj Ismail. |
|
Isteriku sempat ber-selfie sejenak. |
|
Tn Hj Ismail masih memperkenalkan ahli keluarganya yang ramai. |
|
Makcik-makcik kepada Syafiq - Kak Long, Kak Timah dan Kak Piah. |
|
Barang-barang hantaran dari kedua-dua belah pihak yang cantik. |
|
Barang kami beralas merah. Barang Alia beralas rumput hijau. |
|
Keluarga pihak Syafiq - adik dan sepupu-sepapat. |
|
Imam masjid turut hadir bagi membacakan doa. |
|
Datuk Abdul Wahab berbaju warna pink - juru cakap bagi pihak Alia. |
|
Abang Zai dan Abang Zahid. Serta Fatih. |
Setelah tamat Abang Zahid memberikan salam pengenalan, kami semua ingat bolehlah diteruskan ke acara selanjutnya, iaitu berunding pasal majlis pertunangan dan pernikahan. Tetapi tetiba Abang Zahid nak buat satu request, "Saya dah lama tak dapat pegang mikrofon. Alang-alang mikrofon ada kat tangan saya ni, izinkanlah saya menyanyikan sebuah lagu berjudul Lamunan Terhenti, dari Aris Ariwatan." Dan kami pun terpaksalah mendengar dendangan lagu itu sampai habis.
|
Izinkanlah saya mendendangkan sebuah lagu puitis buat hiburan bersama. |
|
"Entah mengapakah hatiku bergetaran......" |
|
Dato' Norhasni dan Datin Salamah - pakcik dan makcik kepada Syafiq. Serta sepupu Syafiq - Kois (berbaju hitam). |
|
Dua lagi sepupu Syafiq - adik beradik Syed Saleh dan Syed Ali. |
|
Masih lagi Saleh dan Ali. |
|
Datuk Abdul Wahab meluahkan kata-kata perundingan. |
|
Sirih junjung ini menarik perhatianku kerana bunganya yang diperbuat daripada hirisan buah pinang. |
Akhirnya, wakil pihak perempuan, Datuk Abdul Wahab Abdul Latip, ayah saudara kepada Alia membuka tirai perbincangan mengenai majlis pertunangan ini. Setelah itu, mikrofon diberikan pula kepada wakil pihak Syafiq, iaitu Abang Zai. Abang Zai mencapai mikrofon dengan tenang. Lama Abang Zai memegang mikrofon tanpa berkata apa-apa. Bagaikan sedang memikirkan sesuatu, atau sedang menyusun ayat untuk diungkapkan. Kami menanti dengan sabar. Setelah kira-kira lima belas minit membisu, akhirnya Abang Zai bersuara, "Oleh kerana saya dalam mood sayu pada hari ini, dan bersempena dengan bulan Syawal, maka izinkanlah saya menyanyikan sebuah lagu bertajuk Dendang Perantau". Dan kami terpaksalah mendengar lagu dinyanyikan sehingga selesai.
Bersambung...
|
"Sempena bulan raya, saya ingin menyanyikan lagu Dendang Perantau." |
|
"Di Hari Raya, Terkenang daku kepada si dia..." |
|
"Danau nan indah nun jauh di mata..." Fai tak dapat menerima nyanyian Pak Long nya. |
|
Pendengar terhibur dengan nyanyian Abang Zai. |
|
"Bagaimana dengan nyanyian saya, Datuk?" tanya Abang Zai. "Okay. Cuma ada pitching lari sikit masa korus tadi," jawab Datuk Abdul Wahab. |
|
Tuan Imam menanti saat untuk membaca doa penutup. |
|
Kak Esah menanti apa pulak kejutan selanjutnya. |
No comments:
Post a Comment