19 Disember 2015 - Pada suatu hari, kami ada satu jiran di depan rumah. Mereka ialah Hairi dan Azizah. Mereka ada tiga orang anak. Yang bongsu bernama Huda. Huda baru dilahirkan. Kami telah dijemput untuk ke majlis aqiqah yang dibuat di Semenyih. Tetapi pada hari yang sama, kami ada jemputan lain. Kami telah menghadiri ke jemputan yang terdahulu itu dulu sebelum bertolak ke Semenyih. Lewat jugak kami sampai Semenyih sebenarnya. Tapi juadah masih banyak terhidang. Kambing golek pun masih ada. Malah masih mengembek pulak lagi.
Amier sedang menikmati nasi lemak. |
Allahyarham Ayah menjamah mi kari. (Al Fatehah untuk Allahyarham Ayah). |
Menghilangkan dahaga dengan secawan air dingin. |
Syahmie baru selesai makan. |
Setiap tetamu mendapat sepaket pop corn yang sedap. |
Wanie dan Amier masih menjamu selera. |
Jiran kami, Hairi bersama Hakimi dan Sabriena. |
Sabriena sedang mencari Hakimi. |
Kami makan beberapa jenis juadah seperti nasi lemak dan mi kari. Dan sudah pasti kambing golek yang sedang bergolek-golek. Selepas makan, aku layanlah Sabriena yang sibuk nak bermain dengan salah seorang anak jiran kami - Hakimi. Hakimi sebaya dengan Sabriena. Kalau kat rumah kami pun, mereka memang selalu main bersama. Setelah semua benda-benda ni selesai, kami pun pulang ke rumah dengan selamat. Itulah kisah saya pada kali ini. Sekian, terima kasih. (Bow).
Hobi Wanie dan Amier adalah bosan. Mereka sedang membosankan diri masing-masing. |
Syahmie sambung makan lagi. |
Dah nak bergerak pulang. |
Tapi Syahmie masih belum sudah makan lagi. |
Sabriena teruja dapat sepaket pop corn. |
No comments:
Post a Comment