Bahagian 4
Setelah para hadirin dan hadirat
berdoa dan berselawat, maka kami semua telah dijemput makan di bawah khemah di ruang hadapan rumah. Para ibu walau bagaimana pun telah naik ke tingkat atas, ke bilik pengantin untuk menyarungkan cincin tunang ke jari manis Alia. Dan aku selaku juru kamera amatur telah diizinkan oleh Tn Hj Ismail untuk turut ke atas bagi mengambil gambar buat kenangan.
|
Abang Zai sedang membaca selawat ke atas Nabi, ditemani oleh cucunya - Fateh. |
|
Masing-masing memberikan tumpuan ketika berselawat. Tiba-tiba Wawan berasa sebak. |
|
Tn Hj Ismail berterima kasih kepada hadirin dan hadirat. Lantas menjemput kami semua untuk menikmati juadah yang telah disediakan. |
Kami perlu mendaki setinggi tiga tingkat untk sampai ke bilik pengantin yang terhias sangat cantik. Bagi yang dah lama tak bersenam, agak sengal jugak kaki dan lutut, dan termengah-mengah jugak untuk sampai ke destinasi. Namun demikian, tak sampai pun 5 minit perjalanan, kami telah pun berada di dalam bilik. Dan Alia sedang menunggu dengan sabar kunjungan rombongan dari pihak Syafiq yang membawa cincin tunang untuk disarungkan ke jari manisnya.
|
Beramai-ramai di bilik pengantin. |
|
Kak Uda menyarungkan cincin di jari manis Alia. |
|
Datuk Abdul Wahab turut bergambar dengan anak saudaranya. |
|
Kak Timah bergambar dengan bakal anak saudara iparnya. |
|
Kak Timah dan Alia. |
Kak Uda selaku bakal ibu mentua telah merapati Alia. Sebentuk cincin telah dikeluarkan dari bekas cepu berwarna emas. Sebentuk cincin lantas disarungkan ke jari. Alia tersenyum gembira. Bukan sebab dapat cincin, tetapi kerana secara rasminya, Alia telah menjadi tunangan orang. Orang yang disayanginya - Syafiq.
Ibu-ibu bergilir-gilir mengambil peluang bergambar dengan Alia. Masing-masing kelihatan teruja. Aku masih tak tau lagi kenapa anak-anak buah kami nampak sangat excited dan happy bila berdamping dengan Alia. Oooohhh... mungkin sebab Alia memang kelihatan sangat cantik pada petang itu. Tetapi setelah kami meninggalkan bilik pengantin, ketika kami sedang menjamu selera, barulah aku tahu yang Alia ini memang sering menjadi model tudung pelbagai jenama. Dan ada di antara anak-anak buah kami yang tahu hakikat itu. Ooooohhhh.... patutlaaaaahhhh..... Aku tak pakai tudung, pasal tulah aku tak perasan. Tapi kalau model songkok dan kupiah, memang aku tau sangatlah. He he he...
|
Elin, Nadia, Amanda dan isteriku turut bergambar dengan Alia. |
|
Sri dan anak-anak bersama Alia. |
|
Alia bergambar bersama bakal adik dan bakal kakak iparnya. |
|
Nadia dan Alia. |
|
Kak Uda, Alia dan Kak Esah. |
|
Bergambar dengan makcik-makcik dan bakal ibu mentua. |
|
Menuruni tangga untuk ke ruang menjamu selera. |
|
Masih di tangga rumah. |
|
Hantaran dari pihak Syafiq. |
|
Juga hantaran dari pihak Syafiq. |
|
Kek brownies yang dibuat oleh isteriku. |
Turun dari bilik pengantin, aku bergegas ke ruang laman hadapan untuk menjamu selera. Ketika aku mula-mula sampai tadi, beberapa ekor kambing Arab dari Gurun Sahara telah menegurku berkali-kali, seolah-olah sedang mendesakku untuk menjamah daging mereka yang lemak dan enak. Kini masanya telah tiba untuk aku menikmati Nasi Arab berlauk kambing padang pasir. Belum sempat aku mendapatkan pinggan makan, tetiba namaku dipanggil untuk terus bertugas sebagai wartawan dan jurufoto. Aku ke ruang tamu untuk mengambil gambar Syafiq dan ahli keluarga Alia pulak. Ya! Perut aku pada waktu itu memang sedang mengalunkan lagu keroncong tanpa orkestra. Namun demikian, demi tugas, demi maruah bangsa dan negara, aku gagahi jugak semangatku. Gambar demi gambar aku ambil. Wajah-wajah riang dengan senyuman menguntum kurakamkan semuanya. Setelah sessi itu tamat, barulah aku kembali keluar mendapatkan habuanku yang telah lama menanti kedatanganku.
Bersambung...
|
Syafiq bergambar dengan bakal bapa-bapa saudara dan bakal bapa mentuanya. |
|
Bergambar dengan keluarga besar. |
|
Satu lagi gambar sebelum ke medan makan. |
No comments:
Post a Comment