6 Julai 2016 - Pulang dari beraya di Istana Negara, kami dikunjungi oleh tetamu yang pertama pada Syawal tahun ini. Mereka adalah keluarga jiran depan rumah kami - Hairi, Azizah dan tiga orang anak mereka. Mereka berpakaian sedondon warna peach. Segala makanan memang telah kami hidangkan di atas meja. Memang sedang menanti sebarang tetamu aje yang sudi bertandang dan beraya.
Hakimi, Haziq dan Amier berkongsi melihat telefon pintar. |
Sabriena pun nak join the crowd. |
Haziq dan Amier berkongsi minat yang sama. |
Kawan bermain dan kawan bergaduh. |
Sebagai tetamu yang pertama, kami telah memberi hadiah istimewa buat mereka berupa ketupat pulut dan lontong yang dipadankan dengan rendang ayam dan daging serta lodeh. He he he... Tu ajelah hadiah istimewa yang kami ada. Kami berbual-bual sedikit. Aku tumpang makan dan minum sama. Mereka pun nak balik kampung selepas ni. Jadi kunjungan mereka taklah terlalu lama. Okay. Terima kasih kerana sudi beraya dengan kami. Lain waktu kami pergi rumah awak pulak lah ya?
Azizah dan Hairi sedang menikmati juadah yang kami sediakan. |
Seronok menengok tetamu makan dengan enjoy. |
Sabriena memang teruja dengan kehadiran jiran kami yang ini. |
Amier masih dengan Haziq sejak tadi. |
Anak-anak jiran yang bertandang. |
Mendukung baby yang comel. |
Semua anak-anak berkumpul. |
No comments:
Post a Comment