12 Mac 2016 - Kami dijemput untuk menghadiri satu majlis perkahwinan di Putrajaya. Ya, Putrajaya lagi. Cuma kali ni agak berlainan sedikit. Majlis ni bukannya dibuat di mana-mana dewan. Tetapi dibuat di tengah jalan, bawah khemah. Macam yang biasa orang lain buat tu. Tutup jalan. Pakat-pakat dengan jiran. Rasanya cara macam ni lagi best kot.
|
Berkipas kerana cuaca pada siang itu agak panas. |
|
Sebelum memulakan makan. |
|
Aku tak terkata ketika menjamah kambing dan ayam. |
|
Apam balik raksasa turut menjadi pilihan. |
|
Pekena char kuetiau pulak. Ini pun enak jugak, terutama kalau dimakan panas-panas. |
|
Di bawah khemah majlis. |
Sesampainya kami di khemah majlis, kami terus mencari meja kosong. Ada sebuah meja berhampiran dengan sebuah rumah jiran. Kami melabuhkan punggung di atas kerusi. Kemudian mengambil makanan yang pelbagai. Sangat banyak variasinya. Macam makan buffet kat hotel. Tak tau kami nak makan apa dulu. Aku putuskan untuk makan nasi minyak dulu. Lauknya pun boleh tahan beraneka rupa dan rasa. Aku ambil nasi tak sebegitu banyak. Berpada-pada. Pasal banyak lagi makanan yang aku nak rasa. Kalau boleh, aku nak try makan kesemua jenis makanan yang disajikan.
|
Lauk-pauk pelbagai yang disajikan kepada tetamu. |
|
Sudut dessert. |
|
Chef menyediakan masakan char kuetiau. |
|
Penuh konsentrasi ketika menggoreng char kuetiau. |
|
Abang ais kerim beraksi memenuhi tuntutan pelanggan. |
|
Amier terlalu teruja dengan makanan yang banyak. Tak tau nak pilih yang mana satu. |
|
Sudut kuih-muih. Tengoklah sendiri - berapa punya banyak kuih-muih daaaa... |
|
Chef Laksa Penang Mega. Hari ni makan laksa Free! |
|
Aku tak sempat nak merasa yang ini pasal dah terlalu kenyang. |
Selepas makan nasi, aku pekena char kuetiau, kuih-muih, apam balik, aiskerim, dan macam-macam lagi. Sampai sangat kenyang perutku jadinya. Semerbak bau laksa Penang bagaikan memaksaku untuk mencuba merasa keenakannya. Tekakku bagai menyahut ajakan bauan harum laksa Penang yang segar. Tapi perutku menolak keras ajakan itu. Perutku telah terlalu penuh. Sarat. Sarat sangat. Macam sang ibu yang mengandung 37 bulan. Bayangkanlah betapa kenyangnya perutku ini pada ketika itu.
Otakku dalam dilema. Satu keputusan perlu dibuat. Ambil laksa dan makan, atau mengabaikan saja gelora selera yang membuak-buak bagai tak pernah puas. Akhirnya otakku terpaksa bertegas demi sebuah kebaikan yang bakal dikecapi oleh setiap anggota tubuhku. Aku terpaksa melupakan segala bayangan keenakan yang bakal aku nikmati sekiranya aku menjamah laksa Penang itu. Tak apalah. Kalau aku makan pun, mungkin aku akan termuntah pasal tembolokku dah tak dapat menampung makanan yang terlalu banyak itu.
|
Sudut apam balik. |
|
Dua tiga keping yang sempat aku makan. |
|
Sudut photo booth. |
Setelah selesai makan, kami ke ruang tamu, menjenguk pengantin di atas pelamin. Aiman dan Liyana nampak cantik dan sepadan. Kami bergambar dengan mereka. Pelamin cantik. Photo booth cantik. Kek cantik. Seluruh halaman pengantin terhias cantik. Sangat mengagumkan. Setelah agak lama jugak kami berada di sana, kami pun bersalaman dan beredar dari situ. Tahniah kepada Aiman dan Liyana. Selamat pengantin baru!
|
Bergambar dengan pengantin. |
|
Aiman dan Liyana. |
|
Aku turut bergambar dengan pengantin dua sejoli. |
|
Backdrop dia macam kat kawasan snow. |
|
Musim salji telah tiba. |
|
Kek yang simple tapi cantik. |
|
Aku risau nengok Amier tenung kek ni lama-lama. Takut nanti dia ngap sekali kek tu! |
|
Bergambar dengan kek. |
|
Di pintu masuk ke khemah majlis. |
|
Perkahwinan Aiman dan Liyana. |
|
Khemah majlis - sebelum kami beredar pergi. |
No comments:
Post a Comment