m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, June 24, 2016

Abby bertunang di Pahang: Rombongan jauh

Bahagian 1

27 Februari 2016 -Sehari sebelum Allahyarham Ayah kembali ke Rahmatullah, aku dan wife telah pergi ke Kuantan untuk mengiringi rombongan Abby bertunang. Lama jugak aku duduk di samping Allahyarham Ayah sebelum bertolak pergi. Kami pergi pada awal pagi tu. Ahli keluarga yang lain ada yang telah bertolak sehari lebih awal, dan bermalam di homestay di Kuantan. 

Perjalanan sangat lancar. Tidak ada sebarang jam. Maka kami tiba di destinasi setelah kira-kira 4 jam memandu dengan tenang. Alhamdulillah.

Barang hantaran berupa cokelat kegemaran Ferrero Rocher.
Buah-buahan tempatan dan antarabangsa turut menjadi pilihan.
Kek spesel Secret Recipe sebagai pencuci mulut.
Baju gaun princess bersulam labuci dan tenunan asli tradisional.
Cincin emas bertatah berlian sebesar penumbuk Mike Tyson.
Eh! Dalam ni aku tak pasti ada apa. Aku rasa ia merupakan satu kejutan buat semua hadirin dan hadirat.
Bunga corsage untuk disematkan di dada pengantin perempuan agaknya.
Kami sampai di homestay tempat ahli keluarga lain bermalam kira-kira sebelum waktu zuhur. Semua barang hantaran telah siap digubah. Cuma perlu sedikit touch-up aje. Aku pulak menjamah sedikit makanan dan minuman yang dihidangkan oleh Kak Uda. Abby kelihatannya bagaikan sangat teruja dan tak sabar-sabar nak mendapat gelaran 'tunangan orang'. Wajah Abby berseri-seri, walaupun tanpa mengenakan produk Qu Putih. Sekadar semburan Kangen Water yang berbotol-botol banyaknya. Hehehe...

Abby yang kelihatan sangat super berseri-seri pada hari tu.
Baru hendak bergerak keluar.
Abby sudah ready untuk membawa kami semua ke destinasi penuh harapan.
Konvoi lima kereta.
Kereta yang dipandu Fai mendahului yang lain.
Lambaian kemerdekaan oleh Abby.
We are ready to go for this expedition.
Semua ahli keluarga turut teruja.
Dekat lima jam kami berkumpul di sini. Masih belum bergerak jugak.
Okay. Kali ni betul-betul nak bertolak ni. Bukan cobaan lagi dah!
Setelah solat zuhur, kami terus berkonvoi lima buah kereta menuju ke sebuah perkampungan yang terletak tak jauh dari situ. Di situlah tempat bakal tunang Abby menetap. Inilah namanya percintaan jarak jauh, yang dirapatkan jaraknya dengan kehebatan teknologi maklumat dan media sosial. 

Kehadiran kami telah dinantikan dengan penuh debaran dari pihak sebelah perempuan. Ramai tetamu dan tuan rumah yang telah tertunggu-tunggu ketibaan kami. Masing-masing tercari-cari, yang mana satukah Abby? Hensemkah si Abby tu? Bertubuh sado kah dia? Adakah Abby berpakaian lengkap baju Melayu dan bertanjak bak Hang Tuah? Ataukah Abby yang pakai baju batik Jawa? Atau mungkin yang berpakai t-shirt tanpa kolar? Macam-macam yang bermain di benak para tetamu yang menanti di rumah.

Pembawa barang-barang hantaran.
Semua teruja untuk mempersembahkan hadiah yang terhias cantik ini.
Di satu sudut, ahli keluarga pihak lelaki duduk bersimpuh.
Pak Long a.k.a. Abang Zai sedang menyusun kata-kata manis untuk dihamburkan kepada wakil pihak perempuan.
Nicha sedang bersenda gurau dengan ibu pengantin perempuan (duduk paing kiri) yang tak faham langsung jenaka yang disampaikan oleh Nicha.
Wakil pengantin perempuan sedang berunding dengan ibu pengantin perempuan.
Kak Uda dan Nana turut teruja.
Lalu kami pun masuklah ke dalam rumah setelah dijemput. Seorang demi seorang. Dikepalai oleh Yang Berhormat Abang Zai selaku wakil pihak lelaki. Barisan pembawa barang hantaran bersusun meletakkan hadiah pemberian di atas lantai ruang tamu. Dan Abang Zai pun memulakan bicara dengan Assalamualaikum semua!

Bersambung...

Abang Zai masih belum berbicara lagi. Ilham nampak gayanya masih tak datang-datang lagi.
Fai dan Falique - the bouncer boys.
Ucapan alu-aluan dimulakan oleh wakil pengantin perempuan.
Abang Zai menyambut kata alu-aluan itu dengan bacaan puisi sepontan yang baru diilhamkannya sebentar tadi, yang berdurasi satu jam 45 minit.
Ahli keluarga pihak Abby masih tertunggu-tunggu keputusan perbincangan ini.
Abang Zai tiba-tiba bercerita pasal masalah peneroka Felda yang bakal menerima duit raya RM500 tahun ini.

No comments:

Post a Comment