m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, June 19, 2016

Abang Kamarul AR mengahwinkan anak

31 Oktober 2015 - Ini kisah tahun lalu. Tapi aku belum pernah post kisah yang ini. Tak apalah, walaupun agak terlewat. Kawan teater kami, Abang Kamarul AR mengahwinkan salah seorang anak perempuannya. Kami dijemput. Maka kami pun hadirlah dengan sukacita.

Kami sampai agak lewat sikit. Sampai-sampai aje di khemah majlis, aku nampak kelibat Dato' Jalaluddin Hassan tengah bersalam-salaman dengan para hadirin yang lain. Tak lama lepas tu, Dato' Jalaluddin terus mencapai mikirofon, dan beliau mendendangkan dua buah lagu. Salah satu lagu yang dinyanyikan ialah 'My Way' (Frank Sinatra). Bagi yang belum pernah mendengar suara Dato' Jalaluddin, meh aku nak bagi tau sikit. Suara beliau memang sedap. Kalau beliau mendendangkan lagu-lagu lama, lagi lah sedap. Aku tak ambil video Dato' Jalaluddin menyanyi, tapi aku cuma ambil gambar aje. Tang suara tu, korang pandai-pandailah berimaginasi sendiri.

Dato' Jalaluddin Hassan sedang menyanyikan lagu My Way.
Menyanyi dengan penuh perasaan.
Mendayu-dayu bunyinya.
Enak alunannya.
Menggunakan key E# minor.
Di penghujung nyanyian.
Baru selesai makan nasi.
Selepas makan, kami bersalaman dengan kenalan yang lain. Kami tak banyak berborak, pasal banyak kenalan rapat kami dah pun pulang masa time tu. Aku sempat ambil gambar pengantin dua sejoli sebelum kami memohon untuk beredar dari khemah majlis. Tahniah kepada Abang Kamarul AR sekeluarga yang telah mendapat ahli baru dalam keluarga. Semoga perkahwinan ini diberkati Allah dan dilimpahi rahmat oleh Allah. Dan semoga mereka terus berbahagia sampai ke Jannah.

Turut memohon pembaca menghadiahkan Al Fatehah dan mendoakan kesejahteraan Allahyarham Ahmad Sufiyan Bin Kamaruzaman (Pyan), dan dogolongkan di kalangan roh orang-orang beriman dan mendapat redha Allah. 

Isteriku bersama teman lama, Ani.
Ani - isteri kepada salah seorang teman teater kami, Saifulkhairi.
Allahyarham Pyan mendendangkan sebuah lagu.
Berseri-seri wajah Allahyarham Pyan.
Isteriku bersama Kak Siti.
Bersama Kak Siti dan Abang Kamarul AR.
Pengantin dua sejoli.
Berseri-seri wajah pengantin.
Tahniah buat kedua-duanya.

No comments:

Post a Comment