30 Januari 2016 - Yes! Memang dah lama betul aku tak menulis blog. Satu entry pun aku tak masukkan pada bulan April lepas. Sibuk bukan kepalang. Dan banyak jugak urusan kekeluargaan yang perlu aku uruskan. Tak apalah. Ini ada sedikit masa terluang, aku cubalah menulis semula apa-apa cerita yang patut.
Pada suatu hari, Amier datang kepadaku lantas menyerahkan satu borang. Borang taekwondo dari SK Ampang. Aku tanya Amier, "Amier nak masuk taekwondo ke?" Amier mengangguk. Okay-lah. Kakaknya, Wanie dulu pun masuk taekwondo jugak. Sampai tali pinggang hijau aje. Malah Sabriena pun masuk taekwondo kat sekolah tadika Kidz Cabin-nya. Aku pun pernah masuk taekwondo jugak. Aku cuma dapat tali pinggang kulit aje. He he he. Borang tadi aku isi dan sertakan wang sebagai yuran keahlian. Latihannya cuma sekali seminggu sahaja di pekarangan sekolah pada hari Sabtu.
|
First session kelas taekwondo. |
|
Instructor membetulkan tumbukan Amier. |
|
Amier gunakan belakang budak tu sebagai punching bag. Dush! Dush! |
|
Inilah tumbukan padu ala-ala Naruto. |
|
Amier perasan gerak lakunya dirakamkan aku. |
Kali pertama Amier masuk kelas taekwondo, memang banyak langkah sumbang. Bukan Amier sorang aje, kebanyakan budak-budak memang pasang langkah sumbang. Hentam sajalah Labuuuu... Lama-kelamaan barulah makin improve. Sedikit demi sedikit. Tapi banyak kali jugak Amier terpaksa ponteng latihan pasal bila Sabtu petang aje, kami selalu ada aktiviti yang pelbagai. Hantar orang bertunanglah, kenduri kahwinlah, pergi sana, pergi sini, dan macam-macam hal lagilah. Kalau tak sempat, boleh pergi kelas ganti kat centre dia di Bandar Baru Ampang. Nama persatuan taekwondo ini ialah KORYO.
Baru sekejap tadi, hari ni, Amier ada first grading dia untuk tali pinggang kuning. Semoga segalanya dipermudahkan untuk Amier. Nampak gayanya Amier telah beraksi cemerlang masa grading tadi. Tendangan Amier semaikin hebat, jauh lebih baik dari sebelum ini. Huh hah hoh!!! Yellow belt, I'm ready for you!
|
Amier dengan uniform yang baru diperolehinya setelah seminggu berlatih. |
|
This is Master Amier. |
No comments:
Post a Comment