10 April 2016 - Ya, cerita orang kahwin lagi. Kalau zaman dulu-dulu, orang kahwin ikut musim. Musim cuti sekolah tengah tahun. Musim cuti sekolah hujung tahun. Musim Raya Cina. Musim buah durian. Musim tengkujuh. Tapi sekarang ni orang kahwin dah tak pakai musim. Hari-hari orang kahwin. Asalkan berkehendak. Begitu jugaklah kisahnya dengan anak kepada sepupu aku ni, Kak Hashimah dan Abang Jamal. Anak mereka yang berkahwin bernama Uzir.
|
Amier menghabiskan segala makanan di pinggan dengan penuh selera sekali. |
|
Setelah selesai makan. |
|
Sabriena pun seronok dapat makan, walaupun makanannya bersepah di atas meja dan lantai. |
|
Meluangkan waktu sebelum berangkat pulang. |
|
Sabriena masih lagi makan. |
|
Amier pekena cendol pulak. |
Majlis dibuat di Dewan Keramat - tempat aku sering main tenis suatu ketika dahulu. Majlisnya sederhana saja. Masa kami sampai tu, dewan tak begitu sesak. Maka mudahlah kami nak mendapatkan tempat duduk ketika menjamu selera. Perut kami pun memang dah kami reserve-kan untuk diisikan dengan makanan kat majlis ini. Selain menu standard, ada jugaklah dessert seperti kuih muih dan cendol.
|
Pengantin - Uzir dan Suhada. |
|
Mata bertentangan mata. |
|
Ceria di hari bahagia. |
|
Bertentangan mata sekali lagi. Ehem ehem... |
|
Kami pulak yang bergambar dengan pengantin. |
Kami tak duduk lama kat situ. Selepas makan, aku terus bergegas ke atas pentas untuk merakamkan lagu di piring hitam. Errrr..... maksud aku merakamkan gambar pengantin yang sedang duduk bersanding. Tapi aku kena queue pasal ramailah pulak para tetamu yang nak bergambar dengan pengantin. Siap kena ambil nombor giliran pulak. Setelah dekat tiga jam menunggu, akhirnya nombor aku dipanggil, "3088". Aku pun terus ke hadapan dan mengambil gambar pengantin. Juru foto profesional kemudiannya mengambil pulak gambar kami sekeluarga dengan pengantin. Sebelum beredar, aku ambil gambar Abang Jamal dan Kak Hashimah pulak.
Tahniah kepada Uzir dan Suhada. Semoga kalian bahagia di dunia dan di akhirat dan hidup dengan penuh barokah.
|
Photo shoot corner. |
|
Lawa jugak tempat ni dihias. |
|
Sabriena dan Amier dah semakin bosan. |
|
Bergambar dengan mak dan ayah pengantin pulak. |
|
Bersama Abang Jamal dan Kak Hashimah. |
|
Banner pengantin terpampang di luar dewan. |
|
Bye-bye. Kami balik dulu! |
No comments:
Post a Comment