9 Januari 2016 - Mempersembahkan..... kisah kahwin! Kisah yang ini lagilah dah lama. Dah basi. Dah jadi tapai. Waktu ni Allahyarham Ayah masih ada lagi bersama kami. Dan Beliau memang bersungguh-sungguh ingin hadir di majlis anak saudaranya mengahwinkan anak - Adeeb. Kebetulan pula majlis ini diadakan di Dewan Dato' Ahmad Razali di Ampang. Memang sepelaung aje dari rumah kami.
|
Wanie dan Yana sedang makan dessert kuih-muih tradisional. |
|
Wife aku jugak makan dessert. |
|
Sabriena makan cokelat sampai terlalu comot mulutnya. |
|
Amier dan Wanie - kedua-duanya memang cepat berasa bossssannn... |
|
Mulut Amier pun comot jugak. Kasi lap mulut tu! |
Kami hadir ke majlis ini bertujuh orang - aku, isteri, Wanie, Amier, Sabriena, Yana dan Allahyarham Ayah yang memakai kerusi roda. Kami terus mendapatkan meja dan tempat duduk sebelum mendapatkan makanan. Makanan yang disajikan agak pelbagai jugak, termasuklah aiskerim kon dan bubur pulut hitam. Semua kami makan dengan sangat berselera sekali.
|
Allahyarham Ayah sedang menikmati bubur pulut hitam. |
|
Sabriena makan aiskerim pulak. |
|
Amier pun makan aiskerim jugak. |
|
Dato' Abang Sunar bersama Allahyarham Ayah. |
|
Allahyarham Ayah bersama Dato' Abang Sunar dan Hafiz. |
|
Yana suka makan maruku. Hari-hari Yana makan maruku. |
|
Di sebalik kipas. |
Ramai saudara-mara yang kami temui, termasuklah Dato' Abang Sunar dan Datin Kak Emma, Kak Hashimah dan Abang Jamal serta Uzir, dan Hafiz. Ada saudara-mara yang lain yang aku dah tak ingat pasal majlis ni telah diadakan pada awal tahun ini.
|
Sepupuku Kak Hashimah bersama Abang Jamal dan Uzir. |
|
Datin Kak Emma. |
|
Lagi gambar keluarga sepupuku. |
|
Band anak-anak muda yang santai. |
|
Aku dah tak ingat lagu apa yang mereka mainkan pada siang itu. |
Band akustika turut menghiburkan para hadiran dengan muzik mereka yang santai dan nyanyian yang santun. Aku memang cukup suka nengok live band macam ni, especially kalau band akustik yang tak terlalu hingar bunyinya.
|
Sabriena di tangga pentas. |
Setelahh makan, aku mengambil gambar pengantin dan bergambar bersama ayah dan ibu pengantin, serta saudara-mara yang lain. Tahniah kepada Adeeb dan Yusheila. Pakcik doakan kalian hidup aman bahagia dan dilimpahi keberkatan hingga ke jannah. Semoga cepat Abang Selamat menimang cucu.
|
Pengantin dua sejoli. |
|
Adeeb dan Yusheila. |
|
Bersama ibu dan ayah pengantin lelaki. |
|
Allahyarham Ayah gembira dapat bertemu dengan anak-anak saudaranya. |
|
Banner walimatul urus di luar dewan. |
|
Tempat majlis diadakan. |
No comments:
Post a Comment