Bahagian 1
9 April 2016 - Akhirnya anak buah kesayangan semua orang, Koas, memutuskan untuk menamatkan zaman bujangnya. Cari punya cari, Koas bertemu dengan seorang wanita, anak seorang Ustaz. Kami semua berasa gembira bila mendengar perkhabaran ini. Masing-masing sepakat nak menyumbangkan apa-apa yang patut untuk merealisasikan penyatuan ini. Paling tidak, menyumbangkan tenaga dan masa.
|
Bersiap sebelum masuk ke rumah Ustaz untuk melamar. |
|
Rombongan kami yang sederhana besarnya. |
|
Kak Esah, ibu Koas yang teruja dengan acara ini. |
|
Makcik-makcik membawa hadiah yang pelbagai. |
Kami semua berkumpul di rumah Kak Uda. Rombongan kami ada dalam 20 orang. Yang paling excited sudah pastilah para makcik. Koas sendiri tak dapat turut serta pasal perlu menghadiri kursus perkahwinan. Kami datang dengan membawa segala macam hadiah. Berdulang-dulang banyaknya. Walaupun kami telah berkali-kali diingatkan oleh Koas untuk bersederhana. Tak kisahlah. Kami cuma nak memberi. Bukan nak menerima. Memberi hadiah juga merupakan Sunnah.
|
Adik-adik Koas turut meraikan hari pertunangan abang sulung mereka. |
|
Pak Andak Khalid selaku bodyguard yang memastikan kesemua ahli keluarga sentiasa selamat. |
Rombongan kami diketuai oleh Pak Uda Zahid, selaku juru cakap, wakil kepada pengantin lelaki. Pak Uda siap membawa panji-panji kebesaran keluarga Allahyarham Haji Atan, yang berkibar-kibar bila ditiup angin petang. Sesampainya di pekarangan rumah Ustaz, kami disambut dengan mesra sekali. Yang ada cuma adik-beradik dan ipar duai sahaja. Ustaz memberikan senyuman manisnya kepada kami. Kami membalasnya dengan sengihan bak kerang busuk. Dan kami dijemput masuk dan duduk di ruang tamu. Pak Uda pun memulakan bicara:
"Bermain ping-pong di tengah laman,
Meja dibuka, jangan dilipat,
Apa khabar wahai Ustaz yang budiman,
Kami ini datang membawa hajat."
Bagaikan tak tahu apa yang sedang berlaku, Ustaz bertanya, "Apakah hajat kalian, wahai anak muda?"
Pak Uda tersentap, bercampur gembira bila dipanggil dengan nama 'anak muda'. Lalu Pak Uda menyambung pantun keramatnya,
"Bermain ping-pong kepakaran saya,
Smash men-smash serata meja,
Kami berhajat nak sunting bunga,
Apakah sudah ada yang punya?"
Ustaz menganggukkan kepalanya beberapa kali sambil tersenyum. "Kalau bunga yang itu memang belum. Dan kami berbesar hati kerana keluarga kalian ingin melamarnya". Pak Uda dan seluruh ahli keluarga menarik nafas lega bila mendengar kata-kata Ustaz. Lalu kami menghulurkan hadiah yang kami bawa, dan pihak Ustaz menerimanya dengan senang hati. Kami juga dijemput menjamu selera dengan kuih muih serta nasi berlauk dan laksa utara. Bukan main berselera sekali kami makan. Sambil makan, kami bersembanglah dengan ahli keluarga Ustaz yang budiman.
Bersambung...
|
Pak Uda Zahid memulakan bicaranya kepada Ustaz. |
|
Ustaz terkedu bila Pak Uda ajak Ustaz pekena ping-pong satu round. |
|
Abang Azman, selaku ayah, berbual mesra dengan Ustaz. |
|
Kois turut gembira kerana abang sulungnya bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi. |
|
Kois dan Mama Sophie. |
|
Eida dan isteriku turut hadir. |
|
Adik-adik Koas, Syura dan Intan bersama anak buah, Harith. |
|
Mendengar perbualan di antara Pak Uda dan Ustaz. |
|
Kami dijemput makan dan minum. |
|
Antara barang hantaran - kek dan buah-buahan. |
|
Lagi barang hantaran, termasuklah cokelat dan sebuah beg tangan hitam. Tapi beg tangan tu tak diletak di atas dulang pulak. |
|
Cincin dan tepak sirih. |
|
Ibu dan ayah pengantin. |
|
Isteriku dan kakaknya. |
No comments:
Post a Comment