Bahagian 1
19 Oktober 2013 - Akhirnya perancangan yang rapi yang telah diatur selama bertahun-tahun lamanya telah pun dilaksanakan. Semua kapal-kapal dan tongkang-tongkang dari negara seberang telah berlabuh di Port Kuala Selangor, di sekitar daerah Bukit Badong. Dari kejauhan telah terlihat segala macam jenis kapal layar diparkir di gigi air. Lalu aku sendiri pun meletakkan kapal layarku di suatu sudut bersebelahan dengan ladang kelapa sawit. Dan kami pun meluru masuk ke kawasan perkhemahan para jemputan.
|
Laluan masuk ke lapangan perhimpunan keluarga TOI. |
|
Rono Sengojo adalah nama moyang kami. Moyang kami semua. |
|
Suasana di kawasan perhimpunan waris-waris Rono Sengojo. |
|
Ada hadiah cabutan bertuah! |
|
Antara yang hadir - Wak Ros dan ayahku. |
|
Makcik Noorizan dan Pa turut hadir. Keturunan Toiman kena pakai baju warna hijau. |
|
Menjamu selera dulu sebelum lauk habis. |
|
Banyak kaum keluarga yang hadir, tapi kebanyakannya aku tak pernah kenal pun. |
Biar aku story sikit mengenai perjumpaan keluarga besar ini. Mbah-mbah (datuk-datuk) kami berasal dari tanah Jawa. Mereka berhijrah ke Tanah Melayu secara berperingkat-peringkat. Moyang kami yang bernama Rono Sengojo mempunyai sepuluh orang anak yang telah bermastautin di sini, dan kini anak-anak, cucu cicit mereka telah bermastautin dan menjadi warganegara Malaysia sepenuhnya. Termasuklah aku dan adik beradik aku.
|
Rumpai air - kolagen awet muda. |
|
Macam-macam lauk tradisional disajikan. |
|
Berteduh di bawah pohon sawit. |
|
Allahyarhamah kakakku memilih makanan. |
|
Setelah dipilih, lauk dicedok ke dalam pinggan. |
|
Aku turut beratur untuk mendapatkan makanan. |
|
Ramai jugak yang hadir. Menjelang tengah hari, para tetamu mulai pulang sedikit demi sedikit. |
|
Memenuhi permintaan majlis - pakai baju hijau. |
Sepuluh orang anak Moyang Rono Sengojo adalah:
1. Toinem
2. Toinah
3. Toimah
4. Toijah
5. Toikiyah
6. Toiyah
7. Toimin
8. Toimon
9. Toiman (datuk kami)
10. Toilan
Kalau korang perasan, semua nama anak-anak Moyang Rono Sengojo bermula dengan sebutan "TOI". Itulah keunikan dari segi nama mereka. Sebab tulah perjumpaan ini digelar perjumpaan keluara TOI. Kalau nak ikutkan, ada lagi adik beradik yang tak disenaraikan di atas, termasuklah Toistori (Toy Story) dan Toisaurus (Toys 'R' Us). Tapi selepas datuk nenek kami menetap di Malaysia, ada jugak di antara mereka yang telah menukar nama mereka supaya lebih bercirikan bumi tempatan. Ini termasuklah datuk kami - dari Toiman kepada Abdul Wahab. Sejarah penuh pasal penghijrahan keluarga TOI ini tak perlulah aku ceritakan. Cari ajelah penjelasan yang lebih terperinci di Wikipedia (errrr... itu pun kalau adalah kot).
|
Khemah Mbah Toiman - kami punya datuklah. |
|
Khemah Mbah Toinah. |
|
Khemah Mbah Toilan. |
|
Khemah Mbah Toikiyah. |
|
Saudara-mara sedang berdiskusi pasal siapa yang bakal jadi juara Piala Dunia Bola Sepak di Brazil nanti. |
Sesampai di sana, kami terus menjamu selera dengan masakan kampung dengan lauk yang pelbagai. Aku dengar banyak jugak lembu yang telah terkorban dan dikorbankan untuk acara besar dan bersejarah macam ni. Kalau tak silap aku dekat 1,800 ekor lembu yang terkorban. Dan tetamu yang datang ada dalam sekitar lapan ratus orang lebih kot. Kira satu orang boleh bawak balik dua ekor lembulah gamaknya. Sekor buat lauk. Sekor lagi buat tunggangan. Pergh!
Dalam banyak-banyak lauk tu, yang paling unik sekali adalah rumpai laut a.k.a. kolagen. Aku ingatkan sotong kurita. Bila aku gigit dan kunyah barulah aku tau ianya adalah rumpai laut. Rumpai laut dijadikan menu sempena simbolik pelayaran dari Tanah Jawa ke Tanah Melayu yang mengambil masa berkurun-kurun lamanya. Dan pelayaran pertama berlaku pada tahun 1920an.
Bersambung...
|
Melayan Sabriena makan. |
|
Wanie jugak tengah menikmati makanan kampung. |
|
Menikmati makanan tradisonal Jawa. |
|
Menggigit dan merasai kerangupan rumpai laut. |
|
Famili ni kena pakai baju tema warna pink. |
|
Bertegur sapa, "What's up my maaaannn...?" |
|
Wanie suka makan. Hari-hari Wanie makan. |
|
Aku pun suka makan. Hari-hari aku makan. |
|
Menghabiskan isi pinggan bersama Sabriena. |
|
Antara tetamu yang masih berlegar-legar di kawasan khemah. |
|
Menjelang tengah hari, tetamu semakin berkurangan. |
|
Keluarga kelabu. |
|
Jarang-jarang dapat berkumpul macam ni. |
|
Peace - keamanan untuk dunia. |
|
Di bawah teduhan pepohon sawit. |
|
Keluarga Pakcik Rizali sedang makan. |
|
Wak Yan dan Wak Rostijah (Datin). |
|
Wak Rostijah seang memikirkan nasib badminton negara di Kejohanan Piala Thomas nanti. |
|
Ayahku, Pa dan Wadi. |
|
Khemah 'old timer'. |
|
Khemah Mbah Toimin semakin kosong. |
No comments:
Post a Comment