Bahagian 2 (Akhir)
Kenduri dan doa selamat sebelum Kak Long, Abang Zai dan Faridz berangkat mengerjakan umrah dibuat secara ad hoc. Maknanya secara mengejutlah. Tapi semua acara berjalan lancar bagai telah dirancang selama bertahun-tahun lamanya. Dari pihak keluarga aku, kami bawak sambal goreng Jawa. Gabungan kesemua lauk-pauk, juadah dan dessert telah menjadikan makanan yang tersaji sangat pelbagai - seperti makan buffet di hotel-hotel bertaraf lima bintang.
|
Amin tak sabar-sabar nak makan. Semua lauk hebat-hebat belaka. |
|
Emi merenung jauh ke dalam rumah. |
|
Masa bersosial adik beradik. |
|
Ardi sedang menikmati air perasa ais yang dirasakan sangat luar biasa keenakannya. Mmmmmmmmm.... sedapnya... |
|
Ardi menjuihkan bibir mintak disuapkan nasi ke mulutnya. |
|
Faridz dan Kois setelah makan malam. |
|
Tiga beradik sedang mengadakan forum memancing di Lautan Hindi sambil mencari MH370. |
|
Intan dan Ika sedang bertukar-tukar makanan di pinggan. |
|
Adik-beradik Ika dan Shahira. |
Selepas tetamu habis makan, masih banyak lagi makanan yang berbaki di dalam bekas di atas meja. Lalu dibungkus dan diagih-agihkan di kalangan ahli keluarga dan jiran-jiran. Lepas makan, berborak-boraklah dikalangan seluruh ahli keluara mengenai topik-topik yang tak pernah terjangkau dek akal manusia seperti kehilangan MH370 di Lautan Hindi, dan penemuannya di Kampung Beko, Parit, Perak. Dan macam-macam topik lagilah.
|
Hidayat sedang menjaga kentang dan memastikan semuanya masak sehingga rangup. |
|
Anak-beranak yang happy - Nadia, Kak Enon dan Azira. |
|
Ipar -Huda dan Sri. |
|
Abang Ngah dan Elin teruja dapat makan western food. |
|
Amin sedang dalam proses membuat suapan makanan yang paling terulung di dunia. |
|
Syauqi happy dapat makan. |
|
Syauqi dan Syafiq sedang mendapatkan makanan untuk dimakan. |
|
Syafiq dan Syauqi dan ayam panggang. |
|
Kak Ogie dan anak-anak saudara yang hensem. |
Selepas selesai majlis kenduri dan makan-makan, tibalah acara menyambut hari jadi bagi kalangan ahli keluarga yang dilahirkan pada bulan Disember. Salah sorang yang terlibat ialah isteriku sendiri. Sebiji kek spesel telah disediakan oleh pihak penganjur. Lagu Allah Selamatkan Kamu telah dinyanyikan dengan penuh perasaan oleh setiap hadirin dan hadirat. Lepas menyanyi, potong kek, bahagi-bahagi kek kat para tetamu dan makan kek. Setelah itu barulah majlis bersurai. Dan kami pun pulang pada lewat malam. Malah ada di kalangan ahli keluarga yang tidur bermalam di rumah Kak Long untuk sama-sama berangkat ke LCCT esok harinya bagi menghantar Kak Long, Abang Zai dan Faridz ke lapangan terbang bagi berlepas ke Arab Saudi. Kita jumpa di LCCT airport nanti.
|
Bersiap sedia nak sambut birthday pulak. |
|
Yang birthday bulan Disember sedang mengambil tempat masing-masing di hadapan kek. |
|
Bersama Syakirah. |
|
Syakirah sedang whatsapp kengkawan untuk datang meramaikan majlis birthday pada malam itu. |
|
Semakin ramai yang mengerumuni kek di atas meja. |
|
Tetiba Kak Timah ternampak kelibat MH370 di udara atas langit Kepong. |
|
Memotong kek dengan Syakirah. |
|
Kebetulan tarikh hari lahir makcik dan anak saudara pada tarikh yang sama. |
|
Kois potong kek dengan Abang Zai. |
|
Kak Uda baru selesai makan first round. Second round akan menjelang sebentar lagi. |
|
Bersama Shahira. |
|
Dua orang makcik dan dua orang anak saudara, serta seorang nenek dan seorang cucu, dan dua orang anak. |
|
Pian dan ayah mentuanya. |
|
Abang Zai dan dua orang menantu mithalinya. |
|
Yang mana satu menyamar jadi preggy? |
|
Bakal menambah anak. |
No comments:
Post a Comment