m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, May 12, 2014

Bila keluarga Toi bersatu di Kuala Selangor: Perjumpaan yang bersejarah

Bahagian 2

Kami sampai di lokasi perhimpunan pada waktu tengah hari. Dikhabarkan pada sebelah paginya ada ucapan dari orang kuat perjumpaan ini iaitu Wak Yan. Dengar ceritanya Wak Yan bercerita panjang lebar pasal susur galur keluarga keturunan Moyang Rono Sengojo ni. Antara kandungan ucapan beliau adalah seperti berikut:

"Segalanya bermula pada zaman dinosaur. Waktu tu Mbah Rono Sengojo telah tak sengojo tersepak telur T-Rex yang bersepah kat tengah denai di Tanah Jawa. (Bla bla bla bla bla....) Dan akhirnya bapak kami (Toimon) pun berhijrahlah ke Tanah Melayu untuk memulakan hidup baru. Jauh dari ancaman segala jenis dinosaur, terutamanya T-Rex". Lebih kurang macam tulah ucapannya.

Mendaftar sebagai pengundi calon Ketua Kampung kerabat Rono Sengojo.
Kena menjawab kertas soalan Bahasa Jawa dululah pulak.
Lepas tu isi borang BR1M pulak.
Aturcara majlis dalam bahasa Malaysia dan Jawa.
Menanti acara selanjutnya.
Masih menjawab kertas soalan SPM.
Inilah kertas soalan yang paling susah aku pernah jawab.
Sabriena memberi sokongan kepada papanya.
Dalam perjumpaan tu ada cabutan nombor bertuah. Tapi kena register dulu di meja pendaftaran. Setelah habis makan tengah hari, barulah aku pergi mendaftarkan keluarga kami. Dengar khabarnya ada dalam 800 orang yang datang, kalau tak silap akulah. Kira ramailah tu. Ibu aku yang memang looking forward nak pergi ke perhimpunan ni nampak gayanya terpaksa akur dengan masalah kesihatannya. Ibu terpaksa duduk di rumah kerana tubuh badannya masih belum membenarkan beliau bergerak cergas sepertu dulu.

Khemah semakin kosong.
Wadi dan Pa.
Orang kuat wakil dari kerabat Mbah Toiman.
Pentas bicara dan pentas persembahan.
Acara selanjutnya adalah...
Bangsal a.k.a. dapur menyediakan makanan.
Macam biasalah, kalau ada perhimpunan ramai-ramai macam ni, mestilah akan ada para penjaja yang akan mengambil kesempatan untuk menjual barangan mereka. Antara yang paling laku ialah penjual aiskerim. Ramai bebudak yang datang mengerumuni si penjual aiskerim. Aku dan Wanie tak terkecuali. Kami beli aiskerim untuk dibagi kepada anak beranak kami kesemuanya. 

Mat penjual aiskerim. Banyak orang yang datang beli aiskerim. Pakcik kayo! Pakcik kayo!!!
Wanie tunggu nak beli aiskerim dekat tiga jam lamanya. Masih tak dapat lagi aiskerim dia.
Mizul dan Pakcik Udin sedang berbincang pasal nasib Harimau Malaya bersama Ong Kim Swee.
Sessi memberi ucapan dari wakil-wakil keturunan pun berlangsung dengan lancarnya. Wakil kami adalah Wadi, anak Wak Ros yang juga merupakan salah sorang AJK dalam mengatur perhimpunan yang bersejarah ini. Ada jugak yang mencadangkan nama aku untuk bagi ucapan. Tapi aku rasa sangat tak wajar kalau aku bagi ucapan pasal aku sangatlah tak tau sejarah keturunanku sendiri. Selama ni aku ingatkan aku berasal dari German, adik beradik Hitler. Rupanya dari Tanah Jawa. Ucapan Wadi agak panjang lebar juga. Bermula dengan kata-kata ini, 

"Waktu tu malam gelap gelita. Hujan turun renyai-renyai. Tetiba datanglah seekor T-Rex dan sekumpulan Alosaurus, berserta Apatosaurus dan Triceratop bermain kejar-kejar di halaman rumah Moyang Rono Sengojo".  Kalau tak silap aku macam tulah mula ceritanya.

"Saya ingin menyanyikan sebuah lagu bertajuk Bahagiamu Deritaku".
Parit ni macam banyak ikan haruan aje.
Aku rasa kelah, toman, sebarau dan siakap pun mungkin ada bermain-main di gigi air.
Anak-anak dan penjaja aiskerim.
Aku rasa majlis tu ada nak buat pertandingan karaoke jugak. Tapi kami balik awal sikit, tak sempatlah nak tengok pertandingan tu. Tak taulah jadi buat atau pun tidak, pasal masa tu hujan dah mula turun dan agak lebat jugak cucuran hujan tu. Tapi sempat jugak kami mendengar nyanyian Anis (anak Wak Ros) yang sangat power. Aku rasa suara paling sedap dalam keturunan Mbah Toiman ni suara Anis kot? Anis menyanyikan lagu Ebiet G Ade - Perjalanan Ini, sempena menceritakan perjalanan keluarga Mbah Toiman dari Tanah Jawa ke Tanah Melayu. Sangat relevant. 

Anis sedang mendendangkan sebuah lagu. Sedap suara Anis.
Makan aiskerim bersama-sama.
Berbincang mengenai pembuatan tongkang yang lebih canggih untuk pelayaran yang lebih jauh.
Memberi sepatah dua ucapan.
"Saya sudahi dengan kalimat - Hidup Rono Sengojo. Hidup Jawa!!!"
Keluarga Pakcik Udin sampai agak lewat.
Muhaimin menyatakan pendapatnya mengenai kejatuhan sukan sepak takraw di negara ini.
Allahyarhamah kakakku.
Allahyarhamah kakakku bersama sepupu kami, Jip.
Keluarga sepupuku, Mizul.
Menerima hamper - cabutan nombor bertuah.
Nombor-nombor bertuah pun dicabut dan dipanggil. Beberapa pemenang naik ke pentas dengan wajah tersenyum-senyum kegembiraan kerana memperolehi hadiah yang sangat hebat dari pihak penganjur. Sepupu-sepupuku juga ada yang memenangi beberapa hadiah hamper. Antara yang paling menarik adalah persembahan koir dari kerabat Mbah Toimon dengan menyanyikan lagu kerabatnya ciptaan ahli keluarga sendiri. Sangat menarik dan hebat. Kerabat Mbah Toiman tak sempat nak mempersembahkan lagu pasal masa aku mintak lagu dari M. Nasir, dia tengah demam. Tak sempat dia nak gubahkan lagu untuk kami dendangkan. 

Ketika kami bergerak untuk pulang, hujan telah mula merintik. Semakin lama semakin lebat. Kami bersalaman dengan saudara mara yang kami kenal dan mengucapkan terima kasih kepada semua. Kami juga berharap agar perjumpaan ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan. Dan kali ini biarlah ibu dapat ikut serta. Kami menebarkan layar, dan kapal kami belayar pergi menghala ke Kuala Lumpur mengikut tiupan angin monsun timur laut.

Tamat.

Wak Rostijah memberi ucapan.
Sedang mendendangkan lagu Ombak Rindu.
Koir kerabat Mbah Toimon sedang mengalunkan sebuah lagu yang kini sedang hits di Hot FM.
Lagu ni telah mendapat permintaan ramai dan telah berada di carta Top 10 selama lebih lima bulan.
Wadi turut mendapat hadiah hamper.
Hadiah hamper yang menjadi kegilaan ramai.
Anis dapat hamper jugak pasal menang tempat pertama pertandingan karaoke. Tapi yang masuk pertandingan tu memang dia sorang aje pun.
"Kini tiba giliran saya pula untuk menyanyi. Izinkan saya..."
"Tapi oleh kerana muzik minus one tak ada, jadi saya rap ajelah. Yo yo yo..."

No comments:

Post a Comment