m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, May 25, 2014

Selamat pergi mengerjakan umrah

29 Disember 2013 -Pada subuh Ahad yang hening, kami berangkat ke LCCT bagi meraikan pemergian Kak Long, Abang Zai, dan Faridz untuk mengerjakan umrah. Kami bertolak dari rumah memang agak awal, pasal yang aku faham kapal terbang akan berlepas kira-kira jam 7 pagi. Rupanya aku silap faham. Masa berlepas lebih lewat lagi. Jadi kami melepakkan diri kami lebih lama di pintu masuk balai berlepas bersama ahli keluarga yang lain.

Faridz happy dapat ke Makkah pada usia muda.
Kak Long dan Abang Zai teruja bila peluang ke Makkah tiba.
Tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki di Tanah Suci Makkah.
"Jom kita tinggalkan mereka semua kat Malaysia," kata Kak Long kepada Abang Zai.
Faridz pun nak join sekali.
"Kita tiga beranak akan pergi ke Makkah. Bye-bye semua!"
Pian tengah check passport Kak Long untuk memastikan tarikh luputnya.
Kak Esah yang pernah ke Makkah bagi nasihat kepada Kak Long tentang tempat nak shopping baju raya yang paling best.
Menemani bakal haji dengan penuh sabar.
Kak Long tengah periksa beg kecilnya - cukup tak duit kecil untuk buat tambang bas kat Makkah nanti.
Ramai jugak ahli keluarga yang datang. Malah ahli keluarga bagi jemaah umrah yang lain pun ramai jugak. Kawasan airport tu memang agak sesak jugak dengan bakal haji. Tapi aku rasa keluarga kamilah yang paling ramai sekali yang memenuhi ruang lobi airport. Kak Esah dan Kak Uda yang dah pernah ke Makkah turut memberikan nasihat berpandukan pengalaman mereka ketika di tanah suci dulu. Tapi aku nengok ketiga-tiga mereka - Kak Long, Abang Zai dan Faridz nampak relaks aje. Tapi dalam hati, hanya Tuhan yang tahu.

Kumpulan rock terkemuka dari Ampang - The Pink Colour Babes. Uh uh... very feminine...
Err actually, member kumpulan rock tu bukannya brader lima orang tu, tapi baby yang tertidur kena dukung tu.
Kak Long dan adik-adiknya. Dan seorang anak saudara.
Bergambar beramai-ramai sebelum berangkat.
Sebelum berangkat, bergambar dulu.
Hidayat dan Ali terpaksa posing macam ni dekat tiga jam, sampai lenguh seluruh badan dan kaki.
Abang Zai nengok Popia dah tertidur.
Bersama anak saudara yang tinggi lampai.
Isteriku mula bercerita pasal suatu cerita sangat sedih rancangan Sinetron di TV3. Dan mata Faridz mula digenangi air.
Aniza pulak bercerita pasal cerita Titanic dengan penuh perasan. Kali ni Faridz dah tak boleh control air matanya lagi.
Sebelum masuk ke ruang berlepas, kami bersalam-salaman dengan Abang Zai, Kak Long dan Faridz. Di antara ketiga-tiga bakal haji kecil tu, Faridz lah yang paling sensitif. Berderai jugak air mata jantan si Faridz. Kakak-kakak Faridz, Aniza dan Zila turut sedih nak melepaskan adik mereka mengerjakan umrah di tanah suci Makkah. Entah kenapa, memang kalau nak Makkah, mesti mengundang kesayuan. Bukan kesedihan. Yang belum pergi sedih pasal memikirkan bila waktunya kami boleh ke sana. Yang nak pergi barangkali sangat teruja dengan peluang yang diberi Tuhan. Sesudah bersalaman dan memesan doa, kami lepaskan anak-beranak bertiga tu pergi ke ruang berlepas. Kami mengekori mereka bertiga dengan mata kami sampailah lenyap di tengah-tengah orang ramai. Semoga perjalanan pergi dan pulang mereka selamat. Dan semoga ibadah mereka diterima Allah sepenuhnya. Dan jugak, semoga kami yang belum berkesempatan ke sana diberikan kesempatan untuk turut sama dapat mengerjakan haji dan umrah yang mabrur.

Apabila dua besan bercerita pasal Piala Dunia Bola Sepak 2014 sebelum mengerjakan umrah.
Kak Timah try contact syarikat kapal terbang nak suruh datang cepat sikit.
Brader and sister pet talking.
Mengisi masa pada saat kebosanan.
Amier nak tarik mamanya yang duduk di atas trolley.
Tiga beradik yang sangat akrab.
Along, Faridz dan Angah.
Aniza, Faridz, Zila dan Suraya.
Memberi sepenuh sokongan kepada Faridz untuk mengerjakan umrah.
Kumpulan nasyid kontemporari - The Cool Brader.
Sepupu akrab - Faridz dan Taufiq.
Berazam untuk ke tanah suci suatu hari nanti.
Faridz membacakan senarai barang-barang yang perlu dibeli ketika di Madinah nanti.
Kak Long menanti dengan sabar waktunya untuk ke ruang berlepas.
Abang Zai memberikan pesanan kepada Ardi supaya menjaga rumah kat Kepong baik-baik.
Ali sedang melaungkan azan dengan volume yang sangat perlahan.
Masa untuk berlepas.
Ketiga-tiga beranak telah masuk ke pintu menanti untuk berlepas.
Ramai jugak jemaah Malaysia yang nak mengerjakan umrah pada kali ini.
Lepas dah hantar Kak Long tiga beranak ke dewan berlepas, kami mula merangka-rangka, kat mana gamaknya kami nak pergi bersarapan. Nak sarapan kat LCCT macam tak berapa menarik. Nak cari kedai atau gerai berdekatan, macam tak ada. Akhirnya aku bagi suggestion kat Syafiq, "Apa kata kita pergi breakfast kat Argh and Argh". Dalam keadan berat dan dalam kepayahan, akhirnya Syafiq setuju dengan cadanganku. Dan apabila Syafiq setuju, semua orang pun setuju. Dan kami pun terus menuju ke R&R Dengkil.

Di R&R Dengkil, kami order-lah segala macam makanan. Di antaranya termasuklah nasi lemak, lontong dan bihun sup. Lepas makan dan sembang-sembang, kami pun pergilah berkelah di Port Dickson! (Errr... rewind balik). Lepas makan dan sembang-sembang, kami pun baliklah ke rumah masing-masing dengan selamatnya. Sekian.

Sedang menikmati sarapan di R&R Dengkil.
Dah kenyang makan sarapan yang berat.
Setelah bersarapan, meluangkan sedikit masa untuk ber-whatsapp dengan boipren masing-masing.
Hanya satu yang dapat diperkatakan - kenyang.
Amier cukup berselera menghirup kuah sup. Slurrrppp...
Mendengarkan satu topik serius di kalangan adik beradik perempuan.
Turut membincangkan tentang kekalahan pasukan Malaysia di tangan Jepun pada kempen Piala Thomas sebentar tadi.
Masing-masing berasa kagum dan sangat teruja dengan handphone baru Faiisal yang boleh main game. Dan ada kamera pulak tu!
Taufiq terpaksa menahan kentutnya kerana terlalu banyak makan telur rebus tiga suku masak.
Koas memberikan tunduk hormat kepada Ashraf.

No comments:

Post a Comment