m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, May 27, 2014

Majlis perkahwinan ala Arab dan India

18 May 2014 - Selepas solat maghrib, kami menaiki kereta menghala ke Taman Tun Dr Ismail untuk menghadiri satu jemputan ke majlis perkahwinan. Sepupu kami Kak Toana dan suaminya Abang Kaja mengahwinkan anak lelaki tunggal mereka - Qabir Ally. Sepanjang jalan di kawasan taman perumahan tu penuh dengan kenderaan yang diparkir di tepi jalan. Aku nak cari tempat parking pun susah. Pelbagai jenis kenderaan yang diparkir di tepi jalan. Ada kereta sedan sederhana, ada kereta sedan mahal, ada MPV, SUV, ada motor berkuasa tinggi, ada 4x4, ada lori, ada kereta kebal, dan ada jugak beberapa biji kapal layar. Aku ada mendengar beberapa tetamu yang terpaksa bertawaf sekeliling taman sebelum dapat tempat parking. Malah ada yang terpaksa mengelilingi seluruh Semenanjung Malaysia sebelum dapat tempat parking kat Kangar. Dari Kangar naik kapalterbang untuk sampai ke TTDI.

Khemah yang berhias cantik.
Menikmati nasi Al-Arabia yang dipadankan dengan kambing Al-Palestin.
Dari jauh kelihatan sangat meriah. Khemah yang dipasang sangat berkerdipan dengan kilauan lampu yang memancarkan sinar bak kristal. Wah! Hebat sungguh nampaknya tempat majlis ini diadakan. Lalu aku masuk ke dalam, mendapatkan tempat untuk duduk makan. Lalu aku terpandang sajian yang terhidang di meja makan. Pergh! Nasi Arab Saudi berserta kambing padang pasir bertenggek di atas dulang besar! Kambing tu kelihatannya masih mengembek lagi. Menandakan betapa fresh-nya daging kambing yang disuakan kepada para tetamu. Dan tanpa rasa malu atau segan silu, aku terus mencedok kambing berlauk nasi ke dalam pingganku dan meratah bagaikan seekor singa yang kebuluran di tengah rimba raya.

Ayah aku memang suka makan kambing.
Jazz band yang bermain muzik dengan hebat. Terhibur jugaklah aku.
Dua orang penyanyi mengiringi band.
Khemah perkahwinan telah cantik dihias untuk meraikan pengantin. Tema hias adalah gabungan budaya Al-Arabia dan Hindustani. Pengantin perempuan berdarah campuran Arab. Pengantin lelaki pula berdarah campuran India. Jadinya segala elemen dari kedua-dua budaya ini ada diterapkan. Memang sangat cantik. Malah para tetamu jugak ada yang sporting dengan berpakaian ala Indai dan ala Arab.

Yana bertekad nak habiskan nasi dalam dulang besar ini.
Sedang kami asyik menikmati juadah malam hari, kami turut didendangkan dengan permainan muzik secara live dengan alunan irama ala jazzy. Terus aku teringat pada kawan karib aku, Hj Noris Helmi Dickson. Dan rupa-rupanya memang Noris ada kat salah satu meja makan bersama keluarganya. Dulu Noris dan sepupuku, Kak Toana pernah berjiran. Lepas berkahwin, Noris pindah rumah. Tapi mak dan ayah Noris masih lagi merupakan jiran Kak Toana.

Qabir dan isterinya.
Wajah happy kedua-dua mempelai.
Ini pengantin lama - tumpang ambil gambar aje.
Ayahku sedang berborak dengan anak saudaranya.
Setelah puas makan, dan setelah berjumpa kaum keluarga, bersalaman dengan pengantin, dan bersalaman dengan ibu dan bapa pengantin, maka kami pun minta diri untuk pulang dengan perut semakin memberat dan membesar. Sebelum kami menaiki kenderaan untuk pulang, sempat kami melihat nyalaan bunga api KLCC meletup mekar di angkasa. Tak ubah seperti perayaan menyambut tahun baru. Meriah sungguh. Kami meninggalkan lokasi majlis dengan perasaan happy. Malam ni tidur nyenyak dan esok kena pergi kerja lagi.

Acara memotong kek.
   
Kaki yang menampung kek ni agak flimsy. Kalau tak hati-hati boleh tergolek kek tu.

No comments:

Post a Comment