30 Mei 2013 - inilah tarikh kenduri tahlil yang diadakan sebelum datangnya bulan Ramadhan. Lokasi kenduri ialah kat rumah Kak Timah. Sekumpulan pelajar tahfiz dari sekolah tahfiz berdekatan telah dijemput untuk mengetuai pembacaan Yaasiiiiiin dan tahlil.
|
Ustaz tahfiz mengetuai pembacaan Yaasiiiiin dan tahlil. |
|
Muda-muda lagi pelajar tahfiz ni. |
|
Mereka baca surah Yaasiiiiin agak laju jugak. Macam tak terkejar. |
|
Majoriti mereka dah hafaz dah surah Yaasiiiiin ni. |
|
Doa time. |
Lepas tahlil barulah makan. Ada jugak yang dah makan dulu sebelum tahlil. Ikut perut masing-masinglah. Aku sendiri makan setelah majlis tahlil selesai. Tapi sebelum tu ada jugak aku baham buah-buahan tempatan seperti epal, anggur, peach dan pear. Masa tu perut aku tak lapar sangat lagi. Jadi sekadar makan buah dan kuih muih dah memadai.
|
Menjamu selera dengan masakan kampung. |
|
Menu yang menyelerakan. |
|
Para jemaah sangat gembira dapat makan. |
Aku nengok pelajar-pelajar tahfiz tu semua makan dengan penuh berselera. Baguslah macam tu. Menjamu meraka ni banyak keberkatannya. Lagi pun lauk punyalah banyak, sampai tak muat pinggan mangkuk nak letak segala lauk pauk yang dibawak oleh sanak saudara. Ada lauk pauk yang terpaksa diletak di atas lantai, dekat dinding, malah dekat bumbung rumah pun ada!
|
Cuba teka siapa saya? |
|
Amier dah kawannya. |
|
Ardi dan Taufiq. Bulan depan kita start main badminton lagi ya? |
|
Duduk makan mengikut sunnah. |
|
"Tak senang aku nak makan. Menyibuk aje kamera man nih!" |
|
Sodappp sungguh makanan ni. |
Habis makan-makan, barulah kami mula bersembang pasal hal-hal yang bersangukutan dengan macam-macam hal. Dan rombongan pelajar tahfiz tadi pun turut meminta diri untuk pulang ke asrama dan rumah masing-masing. Kami kat sana sampai lewat malam. Mata sampai dah mengantuk dan terpejam rapat. Oleh kerana kejadian ni dah berlaku terlalu lama, maka aku pun tak ingat apakah sebenarnya tajuk yang dibualkan kami. Cuma yang aku ingat, kami ada sembang-sembang pasal satu rawatan alternatif kat Nilai. Ada jugak di antara ahli keluarga dah cuba dan agak serasi jugak. Setelah mata dah tak dapat nak menahan asakan rasa mengantuk, kami pun pulanglah kat rumah yang letaknya cuma sepuluh minit drive dari rumah Kak Timah.
|
Antara tetamu yang hadir. |
|
Kaum keluarga. |
|
Ibu dan kakakku jugak datang. |
|
Syura dan Amin tomonung manoman tanggo. |
|
Giliran ayahku pulak mengambil makanan. |
|
Anak-anak muda melepak di jalanan - Amin, Abby, Taufiq dan Faiisal. |
|
Melepak sambil bergossip. |
|
Abang Zahid, Abang Zai dan Farid. |
|
Syahmie dan Faridz. |
|
Kakakku menikmati dessert pulak. |
|
Ardi sedang berbual-bual dengan ustaz sekolah tahfiz. |
|
Tiga orang muslimah mithali - Syakirah, Syura dan Nicha. |
|
Baby Sabriena pun ada jugak! |
|
Taufiq ala-ala malu nak salam dengan ustaz. Pasal apa ya? |
|
Anak-anak kecil main game lah. |
|
A-a-a-a-Ali-Ali Cafe bersama tiga orang sepupunya sedang melayan FB. |
|
Syahmie memang suka duduk sorang-sorang. |
|
Sabriena (Elin Junior) dengan Pak Uda. |
|
Kak Long sedang memberi tazkirah pasal menjaga kesihatan diri. |
No comments:
Post a Comment