Ini bukan pasar malam. Bukan bazaar Ramadan. Ini bukan pekan sehari. Ini bukan pesta Jom Heboh. Ini adalah majlis kahwin. Pastinya ia meriah bila tetamu yang datang berduyun-duyun ramainya. Aku, isteriku, ibuku, kakak iparku, serta ustazah yang mengajar mengaji, bertolak dari rumah menaiki Exora selepas solat maghrib. Lokasi majlis di belakang Bank Negara. Aku memang tak pernah sampai kat tempat ni. Inilah first time aku menghadiri majlis kahwin di sebuah tempat yang bagi aku agak pelik dan unik. Aku rasa majoriti tetamu bertolak dari rumah setelah solat maghrib. Maka kami semua sampai hampir serentak. Ada dekat lima atau enam juta orang kot. Itu tak termasuk para tetamu yang bawak haiwan peliharaan masing-masing seperti kuda, kambing biri-biri, lembu kerbau dan badak air.
Oleh kerana para tetamu terlalu ramai, aku nak parking kereta pun agak bermasalah. Berlapis-lapis kereta bersusun. Aku pun keluar dari kereta untuk mendapatkan makanan. Alamak!!! Tempat duduk pulak tak ada. Akhirnya aku capai apa saja juadah yang sempat kucapai, dan aku terus meluru ke keretaku. Aku masuk dalam kereta, pasang air-cond, pasang radio, dan jamah nasi minyak dengan berselera dan penuh kenyamanan. Inilah first time aku buat kerja pelik macam ni.
Lepas makan, pastinya masa untuk pulang. Nak keluarkan kereta pun sangat bermasalah. Kena tunggu semua kereta yang mem-block kereta aku bergerak pergi, barulah boleh aku gerakkan kereta aku pulak. Lama jugak nak kena tunggu tu. Tapi apa-apa pun, pokok pangkalnya kami masih boleh pulang dengan selamat. Pergh! What an experience!
Suasana di majlis perkahwinan seorang teman kepada ibuku. |
No comments:
Post a Comment