Dah dekat tiga tahun bibik kerja kat rumah aku. Dia kata nak sambung dua tiga tahun lagi. Tapi dia nak cuti dulu sebulan - nak puasa dua minggu dan nak raya dua minggu kat kampungnya di Indonesia. Kami setuju dengan permintaannya, pasal nak dapat pembantu rumah yang baru pun bukan main mahal lagi sekarang ni. Dahlah nak kena latih lagi, nak bagi serasi lagi. Semua tu memang makan masa dan sangat menyulitkan.
Isteriku dan Amier mengiringi bibik membuat check in. |
Maka kira-kira dua mingu sebelum raya, kami hantarlah bibik ke LCCT untuk naik kapalterbang Air Asia. Kami bertolak dari rumah kira-kira jam tiga pagi. Maka lepas hantar bibik, kami pun bersahurlah di Marry Brown. Kami (aku, isteri dan Amier) pekena ayam goreng. Sorry-lah puan Brown, aku rasa kau punya ayam goreng kurang menyengatlah. Tapi apa boleh buat, sebab resipi dia franchise kan?
Bibik akan terus ke pesawat selepas melewati pintu ini. |
Dan keesokan harinya, bermulalah kami hidup sehari-harian tanpa bibik. Semua kerja-kerja rumah kami kena gotong royong buat sendiri. Mencuci baju, pinggan mangkuk, mop lantai, memasak, dan babysit Sabriena. Oleh kerana Sabriena dah pandai berjalan, maka pengawasannya boleh dikatakan kena 24 jam. Takut dia buat benda-benda yang boleh membahayakan dirinya. Untuk membantu kami, kami telah mengupah anak saudara isteriku, Ika yang memang handal menangani budak-budak kecil untuk menjaga Sabriena secara full time.
Buat kerja bibik - menjemur kain. |
Walaupun Ika membantu, namun beban kerja masih terasa berat jugak. Setiap hari kena atur jadual secara rapi. Kebetuan pulak kerja kat ofis makin berlambak-lambak. Jadi kami balik rumah pun sangat lewat. Dah ballik kena buat kerja rumah pulak. Malah ada kalanya terpaksa bawak kerja pejabat kat rumah. Itu yang tak tahan tu. Namun hikmah besar dengan ketiadaan bibik ni ialah, kami dapat manage time dengan lebih baik. Kerja kat rumah pun dapat kami laksanakan dengan lebih sepakat. Cuma lebih penat dan kurang rehat aje. Tapi esok, insya-Allah bibik akan pulang. Dan kami memang sangat mengalu-alukan kedatangan bibik kali ini!
Giliran aku untuk masak - maggi aje... |
No comments:
Post a Comment