m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, August 19, 2013

Roti tisu selepas mengundi

Jemari kami masih comot dipalit dengan tinta hitam yang separuh kekal siang tadi. Kami berasa bangga, sangat bangga kerana telah melunaskan satu tanggungjawab besar - mencatur suatu pembikinan sebuah kerajaan yang bakal mentadbir negara ini. Kini kami perlu meraikan pencapaian ini dengan menghadiahi kami juadah santapan sore bagi melupakan apa yang telah kami lalui sebelum ini. Tarikh keramat ini adalah pada 5hb Mei 2013.

Restoran mamak yang paling glamer di Ampang Jaya.
Membaca menu yang terpapar di dinding.
Isteriku terus saja melontarkan buah fikirannya, "Jom kita makan roti tisu!" Tak seorang pun yang membantah. Malah kami jadi teruja dengan cadangan itu. Petang hari, kami terus melabuhkan punggung di atas kerusi Exora dan membiarkan diri kami dibawa ke sebauh restoran mamak yang sangat popular di kawasan ini - Restoran Kayu Original. Bukan Restoran Batu. Malah bukan juga Restoran Besi. Tapi Restoran Kayu. Dan Restoran Kayu ini bukan yang palsu. Bukan yang pirate. Tetapi yang Original! Kami pastikan keasliannya agar tidak dituduh bersekongkol mendukung sesuatu yang plastik!

Hebat betul warna air teh tiga lapis ini.
Menanti ketibaan makanan.
Syahmie ingin mencuba rasa.
Mengacau air teh bersama-sama.
Yana memberi amaran kepada semua, jangan sesekali berani menghampiri air teh tiga lapisnya!
Di dalam restoran, kami mencari posisi makan yang paling ideal - betul-betul di hadapan kuali tebar roti canai. Seorang pelayan pria yang perasan hensem mendekati meja kami. "Ya, boleh ambil order?" soalnya. "Sudah pasti, wahai anak muda!" sahutku. Tanpa banyak berfikir aku lantas bersuara, "Roti tisu tiga". Ibuku dan kakakku memesan air teh tiga lapis. Ayahku memesan mi goreng mamak. "Mi goreng mamak satu", kata ayahku. "Inche sangat nasib baik. Sini tukang masak semua mamak juga", jawab pelayan tadi sebelum beredar dari meja kami untuk menyampaikan catitannya kepada tukang masak dan tukang bancuh minuman.

Teh tiga lapis yang telah hilang lapisnya.
Amier mencuba rasa minumannya.
Teh tiga lapis di mana-mana.

Tak lama kemudian sampailah tiga gelas teh tiga lapis yang sangat menarik warnanya. Dan kemudian tiba pula roti tisu setinggi Gunung Kinabalu yang sangat cantik dan menyelerakan. Roti tisu yang panjang tinggi itu dibaringkan di hadapan kami. Berebut-rebut kami mencuil dan menjamahnya. Enak. Cukup enak! Ada manisnya. Ada masinnya. Malah ada juga lemaknya. Ada yang nipis garing. Ada juga yang lembut kenyal. Keenakan yang pelbagai pada setiap cuilan dapat dirasai dengan penuh nikmat.

Tangan jangan diangkat tinggi-tinggi sangat. Takut-takut 'wangian ketiak'  meresap ke dalam roti.
Belum dijamah.
Hati kuman sama dicicah.
Menikmati kepingan nipis yang garing.
Mengakui keenakan roti tisu.
Merasa mi goreng mamak pesanan ayahku.
Bak piranha lapar di Sungai Amazon yang ketandusan makanan, kami lapah dan ratah setiap inci roti tisu dengan penuh fokus. Keenakan roti tisu yang tersaji bagai dapat dirasai hingga ke hujung helaian rambut, malah hingga ke kepingan kuku kaki yang terkecil. Puas kami memakannya. Lagi puas kami menghadamkannya di dalam tembolok kami. "Burrrrrppppppp...." sendawa kami secara bersahut-sahut. Tidak secebis pun yang tersisa di dalam pinggan. Ini nyata jauh lebih memuaskan dari memangkah kertas undi dengan tangan yang jarinya disalut dengan dakwat hitam pekat berkilat. Tapi tak ada gula, takda makna!!!

Menghabiskan setiap inci roti dengan waspada.
Ayahku tergamam melihat kepanjangan roti tisu yang disajikan.
Panjaaaaaaannng!
"Ini roti bukan kamu yang punya. Ini roti Syahmie yang punya!"
Makan roti tisu perlu hati-hati. Tangan jangan comot, roti jangan rosak.
Amier sedang membayangkan memakan ayam goreng.
"Wanie nak nasi beriyani ke nasi beri-Yana?
Berbincang tentang makanan apa yang mahu dipesan.
Wanie kebosanan, sebelum mendapat makanan.

3 comments:

  1. Roti tu memang menarik..
    dan teh tiga lapis yg mengancam.. boleh try ni..
    nak tahu mana lokasi restoran ni.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr Time Traveller, Lokasi dia terletak belakang Petronas sebelah McDonald & Hospital Ampang Puteri.

      Delete
    2. oh okey terima kasih..
      dekat dengan taman memanda.. insyallah nak layan teh 3 lapis tu :D

      Delete