Pada suatu hari Ahad yang dah lamaaaaaaaaa sangat, sebelum masuk Ramadhan lagi, selepas aku baru habis main tenis dengan teman-temanku, aku pun lepak kat tempat duduk tepi tasik pasal nak nengok orang beradu mancing. Tak ramai sangat peserta pertandingan mancing pagi tu. Yang bertarung menarik ikan dari dasar tasik pun nampaknya macam tak berapa ada. Tapi aku tunggu jugak pasal teringin sangat nak nengok orang naikkan toman 20 kg, atau rohu 25 kg, atau kap kepala besar 30 kg. Tunggu punya tunggu, memang nampak gayanya ikan tak hingin nak menjamah umpan yang dihulur.
Sempat jugak aku berborak-borak dengan salah sorang peserta pertandingan mancing yang nampaknya dah mulai bosan menanti umpan digetu ikan. Sedang kami asyik berbual pasal ikan dan umpannya, tetiba terdengarlah bunyi derapan kaki kuda di laluan pejalan kaki tepi tasik. Dua orang koboi ber-uniform kemas segak sedang menunggang dua ekor kuda. Mereka nampak very the selamba dan bersahaja. Tetapi aku memang cukup kenal mereka ini. Mereka memang cukup pantang melihat kereta yang parkir di tepi-tepi jalan tanpa permit. Aku pernah aje kena saman dengan koboi ni pada time dah nak maghrib. Kuda-kuda tu nampaknya cukup bersemangat mencari pesalah-pesalah trafik yang berlegar-legar di sekeliling tasik. Awasilah mereka ini. Parking-lah kereta di tempat yang disediakan - walaupun terpaksa menapak jauh.
Dua orang koboi sedang membuat rondaan sambil mata melirik ke arah pesalah-pesalah trafik yang bersembunyi. |
No comments:
Post a Comment