m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, August 31, 2013

Lawatan ke Chini mencari naga

Pada awal tahun ni, aku dan Ahmad ke Chini lagi pasal nak buat inspection dan ada meeting dengan klien dan konsultan. Inilah projek terbesar yang aku terlibat semasa kerja dengan Akmal Goh Architect dulu. Sekarang aku dah tukar tempat kerja. Kesempatan untuk menjenguk projek ni telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh aku dan Ahmad. Pasal nanti, kalau dah serah kepada klien, dah tak boleh masuk lagi kat kawasan ni. Nanti bangunan dan seluruh kawasan ni akan dipasang security system yang sangat ketat. Akan jadi kawasan larangan. Penceroboh akan didakwa. Silap-silap haribulan, kalau kena tangkap dengan pak guard, dan akan dicampakkan ke dalam tasik bagi makan kat naga yang duduk bertapa di dalamnya.

Salah sebuah makmal.
Pakai batang pokok kayu kat tapak untuk buat hiasan dinding. Macam kat Pusat BOH di Cameron Highland.
Shalaby dan Husin sedang bercerita pasal gosip artis di hutan timba.
Lalauan kaki dan pokok besar saling bergandingan.
Tandas yang mengamalkan kaedah terbuka habis. Ada brannnnn???
Hiasan dinding pakai batang pokok.
Pusat informasi.
Rumah pak guard.
Pening kepala kontraktor nak buat bumbung bangunan ni.
Rumah pak guard ni nanti nak pasang Astro dan Unify.
Laluan mencabar menuju hutan.
Balak hiasan.
Ini Wan Sukri. Kontraktor idaman se-Malaya. He he he.
Ahmad sedang menikmati udara segar di hutan rimba khatulistiwa.
Dalam salah sebuah makmal.
Laluan berliku.
Nun kat belakang tu boleh nampak Tasik Cini. Kalau bernasib baik siap boleh nampak naga dia sekali.
Puaslah kami bergambar dan mengambil banyak gambar untuk disimpan sebagai kenangan. Duduk kat kawasan ni memang best pasal banyak pokok. Redup dan sangat hijau. Cuma kalau hujan ada suspen sikitlah pasal takut jugak kot-kot ada ranting atau dahan yang patah. Malah yang lebih menggusarkan jika ada pokok kayu yang setinggi berpuluh tingkat tu tumbang. Semoga diselamatkan semua orang yang bekerja atau yang melawat tempat tu dari mala petaka seumpama itu.

Ahmad memeriksa tahap keselamatan bangunan.
Bangunan makmal.
Lagi bangunan makmal.
Ini pun makmal jugak.
Bilik server kot.
Ahmad merenung masa depan dengan menengok ke tepi.
Ini bukan "Highway To Heaven" tapi ini "Ramp To Heaven".
Batang pokok raksasa ni tetiba keluar dar bawah dan menembusi lantai.
Ahmad sedang mengukur handrail.
Aku tak puas hati dengan ukuran Ahmad. Jadi, aku pulak pergi ukur handrail.
Ada lagi bangunan makmal.
Pusat informasi.
"Ya Inche? Apa boley saya bantu?"
Masa nak construct bangunan ni dulu pun bukan main mencabar lagi. Maklumlah, hutan belukar yang padat. Bukan boleh sebarang-sebarang tebang pokok. Seboleh mungkin pokok-pokok tu perlu disimpan pasal kawasan ni termasuk dalam kawasan rezab bio-sphere dan turut diawasi oleh badan dunia Unesco. Memang mencabar giler. Tambahan lagi, al-maklum jugaklah, kalau dah namanya hutan, mestilah agak "keras" jugak dengan kewujudan makhluk-makhluk yang bermukim di sini. Tapi syukur, semuanya telah selamat dibina. Tahniah kepada semua yang terlibat, dan bermaaf-maafanlah seandainya terkasar bahasa sewaktu nak menjayakan projek bertaraf dunia ni. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Pandangan dari luar.
Bumbung yang berliku-liku.
Pintu masuk ke makmal.
Boleh jalan ikut atas, boleh jalan ikut bawah jugak yang lebih mencabar.
Menikmati masakan kampung pedalaman.
"Sedapnya makan kat sini", kata Ahmad di dalam hati.
Inilah Warung Pak Wan.
Macam-macam jenis ikan sungai serta ulam-ulaman ada dihidangkan.
Tangki air ni jadi landmark untuk ke Warung Pak Wan.
Salah satu port memancing kat tepi jalan. Potensi untuk menjinak haruan bagak.
Sungai Pahang - lubuk ikan lais, temoleh, baung, begahak, cencaru, kerapu, ikan lumba-lumba dan paus biru.
Port memancing ni yang paling santai. Ini kat kawasan Kampung Chenor.
Undang-undang air.
Jangan kutip siput sungai. Tapi siput babi boleh dikutip.
Perasmian kawasan.

Friday, August 30, 2013

Ke Chini menjenguk naga

Kira-kira pada bulan Ogos tahun lepas, aku dan geng-geng engineer bertolak ke Tasik Chini untuk menjenguk projek yang kami kendalikan kat sana. Sambil-sambil tu ingatkan nak jenguk sekali Naga Gumum yang kami bela kat dalam tasik tu. Aku kalau ke Chini memang berharap sangat dapat makan masakan kampung Pak Wan yang terletak di pedalaman Felda. Tapi malang bagi aku pada hari tu, mereka cuma makan nasi dengan ayam berempah aje yang memang berlambak ada kat KL. Tak apalah, sebab sambil makan tu, kami siap buat meeting lagi. Jadi tempat duduk dia kenalah sesuai sikit.

Azizia dan Husin.
Husin dan Mahathir (a.k.a. Che Det).

Kucing-kucingku yang telah pergi...

Aku perlihatkan wajah-wajah anak-anak Isabel, cucu-cucu Snowcat, anak-anak saudara Snowie. Nama-nama mereka pun aku tak tahu. Yang aku tahu cuma sekor aje. Isteri aku bagi nama sekor yang paling kembang bulunya - "Comel Tak Kak Ton". Panjang betul nama dia. Tapi aku panggil Kak Ton aje. Sekarang semua mereka dah pulang ke tanah. Mereka mati secara misteri. begini kronologinya:

Masa mereka baru dilahirkan, kami simpan mereka kat sangkar depan rumah. Tiap-tiap hari Isabel kena masuk kandang tu untuk menyusukan anak-anaknya. Bila agak-agak dah besar sikit, barulah kami letak kat kandang belakang. Masa tu dia dah pandai berak. Baunya semerbak harum. Jadi kami letak kat belakang supaya kat porch rumah tak bau busuk. Semakin besar, kami lepaskan kucing-kucing tu dari sangkar. Tapi kami masih biarkan mereka bermain-main kat belakang. Tapi mak mereka, Isabel pergi ajar anak-anak kucing tu hala tuju ke bahagian depan rumah. Kami tak boleh buat apa. Itu anak Isabel. Dialah yang paling berhak menentukan nasib dan masa depan anak-anaknya sendiri.

Si mata biru.
Aku tak tau nama dia siapa.
Baru bertatih.
Belum pandai main sepenuhnya.

Kami agak gusar, takut-takut anak-anak kucing tu digilis tayar kenderaan yang lalu lalang dengan laju bak F1. Tapi anak-anak kucing tu nampaknya macam telah diajar oleh Isabel untuk berhati-hati dengan objek bergerak yang dipanggil kereta, lori, motor, kereta kebal dan trailer. Maka kesemua mereka terselamat dari bahaya kenderaan. Namun mereka tetap mati juga. Satu persatu. 

Kami tak dapat pastikan dengan jelas punca sebenar kematian mereka. Walaupun bedah siasat telah dilakukan oleh Unit Forensik, namun jawapannya masih tak dapat kami perolehi. Lalu kami rumuskan bahawa mereka mati sebab keracunan makanan. Dulu, pakcik dan makcik mereka pun ada jugak yang mati secara misteri. Mereka akan terberak-berak, badan lemah dan akhirnya mati. Aku sempat terhidu bau mulut salah sekor kucing yang ada. Baunya busuk macam bangkai. Aku rasa ada sesuatu yang telah melumpuhkan sistem dalaman kucing-kucing tu. Dan kesemua kucing-kucing tu mati tanpa sempat mereka membesar menjadi dewasa. Di sini aku perlihatkan gambar-gambar mereka dengan telatah masing-masing.

Inilah Comel Tak Kak Ton.
Kucing-kucing dalam beg angkut.
Amier dengan Si Mata Biru.
Bermain dengan  Kak Ton.
Kucing-kucing ni belum betul-betul nakal lagi.
Ketakutan.
Amier seronok bermain dengan anak kucing.
Si hitam yang ketakutan,