m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, February 11, 2022

Malam Gala INAS Global: Acara bermula

Bahagian 2

30 Disember 2021Malam Gala INAS Global adalah satu acara yang memang dinanti-nantikan oleh seluruh keluarga INAS Global. Tema pada malam itu ialah Hitam dan Putih - yang melambangkan hitam putih kehidupan. Juga simbolik kepada pakaian yang kotor hitam boleh bertukar menjadi bersih putih. Itu cuma andaian aku saja. Hehehe...  Jadi kami pun berpakaianlah mengikut tema. Aku dan Amier berpakaian ala-ala Men In Black. Kami siap bawak senapang special untuk menembak alien sekiranya mereka datang untuk menyerang bumi pada malam itu. Nasib baik tak ada alien yang datang.

Cabutan nombor bertuah disampaikan oleh salah seorang founder - Puan Nency.

Saudara Yadi juga mendapat hadiah cabutan nombor bertuah.

Kotak rahsia ini menyimpan hadiah yang sangat hebat dan dahsyat.

Adik ini mendapat hadiah misteri yang ohsem.

Sambil-sambil makan, acara cabutan nombor bertuah diadakan dari semasa ke semasa. Satu demi satu nombor bertuah dipanggil dan diumumkan. Nampak gayanya nombor kami masih belum dipanggil. Tak apa. Kami bersabar dan berharap agar nombor kami akan dipanggil pada penghujung acara yang menandakan hadiah yang lebih besar dan ultimate yang akan ditawarkan.

Saudara yang duduk di sebelahku pada malam itu.

Kak Ogie dan Amier sedang beratur untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin penggalak.

Amier memilih untuk menyanyikan lagu Alleycats berjudul "Corona mu".

Kak Timah sedang bersedia untuk menyanyi.

Menanti pengadil meniupkan wisel permulaan.

Wisel masih belum ditiup nampak gayanya.

Preeeetttt!!! Dan nyanyian pun bermula.

Menyanyi dengan penuh perasaan.

Setelah seketika berada di dalam dewan majlis, pengacara mula mengumumkan bahawa pendaftaran bagi acara pertandingan karaoke telah dibuka. Orang yang pertama mendaftar ialah Kak Timah. Diikuti oleh Kak Ogie, Amier dan aku sendiri. Geng keluarga kami memang suka berkaraoke. Kalau buat Family Day, acara karaoke ini memang acara wajib bagi kami. Semua Team Adisarah Solution telah mendaftar untuk menyanyi, melainkan isteriku. Katanya dia tak rasa macam nak menyanyi pada malam itu.

Giliran Kak Ogie pula untuk menyanyi.

Sambil berinteraksi dengan penonton.

Melontarkan vokal sampai ke bangunan sebelah.

Penghayatan tahap tertinggi.

Bagaikan konsert.

Lagu saya yang seterusnya berjudul Biarlah Rahsia.

Teman semeja kami.

Seorang anak kecil naik ke atas pentas.

Dan terus menjadi penari iringan.

Berinteraksi dengan penari cilik.

Anak kecil ini kelihatan teruja bersua muka dengan artis pujaannya.

Setelah dipanggil, Kak Timah pun naiklah ke atas pentas dan menyanyikan sebuiah lagu yang pernah dipopularkan oleh Biduanita Negara - Almarhumah Saloma. Showmanship Kak Timah memang hebat. Cuma ada masalah teknikal sedikit kerana suara penyanyi asal agak kedengaran ketika Kak Timah berdendang. Kemudian giliran Kak Ogie pulak untuk berada di pentas. Dan seperti penghibur profesional, Kak Ogie siap berinteraksi dengan penonton dan menari-nari ketika menyanyikan lagu Tragedi Buah Epal (lagu popular Anita Sarawak). 

Acara selanjutnya, cabutan nombor bertuah lagi. Dan nama kami masih belum dipanggil lagi nampak gayanya. Tak apa. Kami masih mengharap dengan sabar.

Bersambung...

Tuan Iqkbal mencabut satu nombor bertuah.

Dan dimenangi oleh orang kuat INAS Global.

Hadiah cabutan nombor bertuah terus-menerus diagihkan.

Tanpa henti.

Nah! Ambil semuanya. Malam ini founder INAS nak belanja!


No comments:

Post a Comment