m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, February 12, 2022

Malam Gala INAS Global: Jom berkaraoke

Bahagian 3

30 Disember 2021Acara pada malam itu berlangsung dengan lancar. Bermula dengan ucapan, makan malam, cabutan nombor bertuah, dan seterusnya pertandingan karaoke. Setelah Kak Timah dan Kak Ogie memperdengarkan suara mereka, kini tiba giliran Amier pula untuk berdendang di hadapan khalayak di atas pentas. Amier tampil dengan menyanyikan lagu Afgan berjudul "Jodoh Pasti Bertemu". Ketika Amier menyanyi, suara Afgan masih kedengaran agak jelas bagaikan second vocal yang mengiringi nyanyian Amier. Amier tak peduli. Dia teruskan menyanyi macam biasa dengan showmanship yang meyakinkan. Yang penting happy. Dan sebelum break, aku pula naik ke atas pentas untuk menyanyikan lagu Afgan juga berjudul "Terima Kasih Cinta". Aku pun menyanyilah style orang tua. Dan kurang lima minit, selesailah persembahan aku di hadapan keluarga INAS Global.

Amier bagi muqaddimah dulu sebelum menyanyi.

Bergaya anggun pada malam ini.

Amier memulakan nyanyian.

Lagu Afgan berjudul "Afganistan".

Penuh perasaan walaupun ada masalah tenikal.

Bila namaku dipanggil, aku pula naik ke atas pentas.

Tajuk ceramah motivasi pada kali ini ialah Cuci Sampai Bersih.

Sambil mendendangkan lagu Sesuci Lebaran.

Kemudian lagu Tayammum a.k.a. Suci Dalam Debu.

Sambung ceramah motivasi lagi bertajuk Sabun Untuk Manusia.

Dekat seminggu aku berdiri di atas pentas.

Para hadirin dan hadirat mendengar dengan tekun sambil mencatat nota.

Aku dah mula berasa penat.

"Okay. Sampai sini sajalah ceramah saya. Saya sudahi dengan menyanyikan sebuah lagu berjudul Oh Rose Oh Champaca".

Lega rasanya setelah selesai menyanyi. Perasaan gementar membuat public presentation tetap ada walaupun sudah agak kerap berbuat demikian. Kami semua duduk kembali di meja makan. Aku mula mencapai dessert. Kek besar yang dipotong oleh para founder tadi sedap juga rasanya. Kek bercampur kelapa antara ingredient-nya. Aku makan beberapa potong sebab aku tengok tak ramai orang yang sudi menjamahnya.

Puan Sue mencabut nombor bertuah.

Mendapat hadiah lumayan.

Kak Timah juga beruntung mendapat hadiah cabutan nombor bertuah.

Tuan Haizul dapat hadiah hebat.

Dan hadiah terus disumbangkan secara meriahnya.

Kak Timah dengan hadiah misteri yang dimenanginya.

Cabutan nombor bertuah diteruskan lagi. Dan orang pertama dalam Team Adisarah Solution yang mendapat hadiah ialah Kak Timah. Tahniah! Bukan main happy lagi mendapat hadiah yang hebat dari INAS Global. Acara karaoke juga diteruskan lagi. Team Produksi pula mengambil bahagian dengan berduet menyanyikan lagu M. Nasir dan Mawi - Lagu Jiwa Lagu Cinta. Persembahan ini mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin dan hadirat. Seterusnya, dari Team Produksi juga, Jumaidi mendendangkan lagu yang mempunyai sentuhan rentak asli. Hebat suara Jumaidi dan tepukan gemuruh bertalu-talu begema di ruang majlis yang menambahkan lagi kemeriahan pada malam bersejarah itu.

Bersambung...

Dua anak muda bergabung tenaga menyanyi karaoke lagu "Lagu Jiwa Lagu Cinta".

Bersedia dengan semangat membara.

"Testing. Testing. Satu dua tiga empat lima .............. sembilan puluh sembilan..."

Seorang jadi M. Nasir, dan seorang lagi jadi Mawi.

Menggunakan suara perut.

Menggunakan chest tone.

Gabungan head tone dan throat tone membuahkan impak maksimum.

Tuan Jumaidi pula membuat persembahan.

Irama lagu Melayu asli.

Yang mendayu-dayu.

Dan penuh kesyahduan.

Isteriku bergambar dengan seorang teman.


No comments:

Post a Comment