Bahagian 6
30 Disember 2021 - Usai sudah acara pertandingan karaoke dan cabutan nombor bertuah. Kini acara yang dinanti-nantikan pula, acara pemberian hadiah kepada semua pemenang bagi segala pertandingan yang telah diadakan sepanjang perjalanan majlis Malam Gala INAS Global. Masing-masing berdebar-debar menantikan pengumuman nama-nama pemenang bagi acara pecah belon, acara teka berat sabun, acara karaoke, dan acara pakaian terbaik. Itu tak masuk lagi pengumuman dealer terhebat dalam keluarga INAS Global ini. Debaran dalam dada masing-masing semakin memuncak. Ada yang sampai terpaksa bawa tong gas oksigen untuk bernafas kerana tahap debaran yang sebegitu memang ada kalanya menyukarkan pernafasan.
|
Tuan Iqkbal menyampaikan hadiah buat pemenang tempat ketiga pertandingan pecah belon. |
|
Tempat kedua pertandingan pecah belon dimenangi oleh adik ini. |
|
Inilah juara pertandingan pecah belon. |
|
Tuan Yadi menjadi peneka berat sabun yang paling tepat. |
|
Berpuas hati dengan tekaan tadi. |
|
Aku pula menerima hadiah bagi pertandingan karaoke tempat ketiga. |
|
Bergambar lama sedikit dengan Tuan Iqkbal. |
|
Isteriku pula menerima hadiah tempat kedua bagi pertandingan karaoke. |
|
Kemenangan yang tidak dijangka oleh isteriku. |
|
Orang bagi hadiah kita terima ajelah dengan penuh kesyukuran. |
Bermula dengan hadiah untuk kanak-kanak dulu - acara pecah belon. Para pemenang diumumkan dan dihadiahi dengan sekotak belon warna-warni untuk ditiup pada masa lapang. Hadiah utama sudah pastilah sebuah hot air balloon bersaiz mega. Diikuti pula dengan hadiah kepada peserta yang dapat meneka berat sabun dengan tepat. Dan pemenangnya ialah Tuan Yadi yang telah berjaya meneka berat sabun dengan ketepatan yang sangat tinggi iaitu 538.8344792 gram. Pengalaman Tuan Yadi sepanjang menjadi dealer memang tak dapat dinafikan oleh sesiapa pun.
Pengumuman selanjutnya ialah bagi pertandingan karaoke. "Tempat ketiga, jatuh kepada Encik Adi!!!" Aku terdengar namaku dipanggil. Tanpa membuang masa, aku yang kebetulan berada berhampiran dengan pentas telah bergegas naik ke atas. Sambil melambai-lambai kepada para peminat di luar sana yang setia memberi sokongan kepadaku. Tuan Iqkbal mewakili pihak founder telah menyampaikan hadiah kepadaku. Aku terus merampas mikrofon dari pengacara dan lantas memberikan sedikit ucapan buat peminat-peminat semua:
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong dan peminat saya. Terima kasih juga buat keluarga saya, buat manager saya, pihak syarikat rakaman, pihak media cetak dan media elektronik, para netizen, dan semua makhluk di dunia dan di planet-planet lain juga. Tanpa anda, siapalah saya". Begitulah kira-kira lebih kurang ucapanku yang sangat menyentuh kalbu sehingga ada sebahagain penonton yang mengalirkan air mata kerana kesyahduan dan terasa dihargai.
"Tempat kedua, jatuh kepada Puan Sarah Atan!" Nama isteriku pula yang dipanggil. Isteriku juga bagai tak percaya performance-nya sebentar tadi telah menarik perhatian juri yang telah memberi markah yang tinggi kepadanya. "Dan juara pertandingan karaoke jatuh kepada duet Tuan Jumaidi dan Abam Rocker!!!" Bagai sudah diduga oleh kebanyakan di antara kami berdasarkan kepada persembahan yang hebat yang telah dipertontonkan kepada khalayak sebentar tadi. Tahniah buat semua pemenang. Malam ini memang milik anda!
|
Juara karaoke adalah duet Tuan Jumaidi dan Abam Rocker. |
|
Kemenangan yang telah dijangka oleh semua. |
|
Tahniah buat pemenang. |
|
Ada rezeki bertanding lagi pada tahun hadapan. |
Setelah pemenang pertandingan karaoke diumumkan, kini tiba pulalah masa untuk menghargai para dealer yang telah berusaha keras dalam perniagaan produk INAS Global. Para dealer dipanggil seorang demi seorang dan sedikit sumbangan tanda penghargaan diberikan. Dan para dealer juga pada kali ini berkesempatan bergambar dengan keempat-empat founder yang hadir pada malam ini - Tuan Iqkbal, Puan Nency, Puan Aziza dan Puan Sue.
Selain itu, kakitangan dalam syarikat INAS Global serta dari team produksi / pembuatan sabun juga dihargai dengan pemberian token buat kakitangan yang cemerlang sepanjang menjalankan tugas.
Bersambung...
|
Para dealer pula mendapat pemberian penghargaan dari founder. |
|
Seorang demi seorang nama dealer dipanggil. |
|
Berpeluang bergambar dengan founder. |
|
Terima kasih daun keladi. |
|
Ada rezeki boleh bagi lagi. |
|
Giliran Tuan Yadi untuk menerima pemberian. |
|
Tuan Haizul bersama founder. |
|
Kakitangan INAS Global paling cemerlang. |
|
Lagi dealer diberi hadiah. |
|
Tuan Yadi naik ke atas pentas sekali lagi. |
|
Isteriku mewakili perniagaan Adisarah Solution. |
|
Gembira dapat bergambar dengan kesemua founder. |
|
Alang-alang bergambar, biar banyak kali. |
|
Masih dengan penghargaan buat dealer. |
|
Tahniah, tahniah, tahniah! |
|
Ini pula kakitangan bahagian produksi yang paling cemerlang. |
|
Tahniah buat Abam Rocker. |
|
Tuan Jumaidi juga telah dianugerahi hadiah kakitangan cemerlang, |
|
Tahniah buat Tuan Jumaidi. |
|
Menjadi pemangkin untuk meningkatkan lagi prestasi. |
|
Malam ini tidur lena. |
Alhamdulillah,bermula dgn menggunakan utk kegunaan sendiri,kini bangga menjadi sebahagian dari INAS FAMILY
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteTerbaik kak👍
ReplyDelete