m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, February 13, 2022

Malam Gala INAS Global: Masih berkaraoke

Bahagian 5

30 Disember 2021Acara memecahkan belon bagi kanak-kanak telah berlangsung dengan jayanya. Hooreeyyy!!! Semua belon di atas muka bumi ini telah berjaya dipecahkan oleh sekumpulan kanak-kanak hebat yang aktif dan berwawasan jauh. Pemenangnya juga telah diketahui. Dan kanak-kanak yang terlibat juga kelihatannya sangat berpuas hati dengan acara yang telah dianjurkan tadi. Kini kembali ke acara orang dewasa semula. Acara pertandingan karaoke.

Dua orang Abam DJ dan Abam Pengacara yang sedang bertugas dengan penuh dedikasi.

Memastikan program pada malam itu berjalan dengan lancar.

Abam Rocker sudah mari!

Rock you!!!

Sedang menyedut suara dari perut untuk dilontarkan nanti.

Tuan Jumaidi menjadi teman duet.

Mendendangkan lagu rock kapak siam.

Bagaikan Awie Wings.

Bagaikan Amy Search.

Bagaikan Iron Maiden.

Majlis menjemput penyanyi duet - Tuan Jumaidi dan Abam Rocker untuk ke atas pentas, mempersembahkan nyanyian lagu rock kapak. Aku tak berapa ingat lagu apa. Tapi memang rock tahap gaban lah. Ketika kedua-dua penyanyi ini tampil ke hadapan, para peminat di seluruh tanah air bersorak-sorak dan memanggil-manggil nama penyanyi yang menjadi pojaan hati mereka. Sampai ada yang pitam kerana terlalu teruja dapat bersua muka. Ketika muzik dimainkan, Abam Rocker mula mengeluarkan suara nyaringnya secara halus. Menusuk ke dalam jiwa. Berselang-seli dengan nyanyian dari Tuan Jumaidi. Bila sampai note tinggi, Abam Rocker mula menarik nafas panjang dan melontarkan suara rock-nya yang tinggi, hingga mencapai planet Musytari. Dan pada kala itu para penonton sudah tidak dapat menbendung lagi ketaksuban mereka terhadap kelunakan dan kesyikan suara Abam Rocker. Dewan jadi gamat. Tepu dengan bauran suara sorak-sorai dan kelantangan suara Abam Rocker. Hebat! Memang sungguh hebat!!!

Isteriku adalah peserta pertandingan karaoke yang terakhir pada malam itu.

Menyanyikan lagu Hetty Koes Endang - Kasih.

Lagu irama keroncong.

Bermula dengan santun.

Kak Timah dan Kak Ogie menjadi penari pengiring.

Bagi menambahkan lagi kemeriahan persembahan.

Menyanyi dengan tenang.

Anak ini sangat teruja, naik ke pentas dan turut menari-nari.

Isteriku yang pada asalnya tidak mahu menyertai pertandingan karaoke ini akhirnya naik juga ke atas pentas setelah didesak oleh kedua orang kakaknya - Kak Timah dan Kak Ogie. Isteriku bertanya kepadaku, nak menyanyi lagu apa? Jawabku, nyanyilah lagu Hetty Koes Endang - "Kasih". Suara isteriku serasi bila menyanyikan lagu ini. Cadangan ku diterima. Dan isteiku naik ke atas pentas dengan diiringi penari latar yang terdiri dari Kak Timah dan Kak Ogie. Ketika sedang menyanyi, beberapa orang kanak-kanak telah naik ke atas pentas dan turut menari-nari di bahagian hadapan, menjadikan persembahan ini lebih meriah. Terima kasih kepada semua yang telah menjadi penari iringan ketika isteriku membuat persembahan tadi. Aku rasa selepas itu sudah tak ada sesiapa lagi yang tampil untuk berkaraoke.

Bersambung...

Pentas semakin meriah.

Kini ada tiga orang penari iringan.

Menari mengikut rentak.

Persembahan adik-beradik.

Dengan back drop yang bertukar-tukar warna.

Para penonton nampaknya sangat puas hati.

Antara piala rebutan pada malam ini.

Ini pula piala untuk pakaian terbaik lelaki dan wanita.


No comments:

Post a Comment