Bahagian 4
30 Disember 2021 - Puas sudah kami dan beberapa hadirin yang lain berkaraoke di atas pentas, menyumbangkan lagu dengan gaya masing-masing yang pelbagai ragamnya. Diselang-seli dengan acara cabutan nombor bertuah yang menawarkan hadiah misteri yang sangat hebat dan luar biasa. Tapi malam Gala INAS ini dianjurkan bukan saja untuk meraikan orang dewasa. Tetapi juga kanak-kanak. Kanak-kanak ada acaranya sendiri - pecahkan belon secepat mungkin. Setiap seorang diberikan dalam sembilan biji belon. Dalam masa singkat yang telah ditetapkan, perlu memecahkan sebanyak mungkin belon. Siapa pecah paling banyak, dialah yang dianggap pemenangnya.
Acara untuk kanak-kanak bakal dimulakan. |
Tuan Iqkbal sedang memberi taklimat mengenai acara yang bakal diadakan sebentar lagi. |
Taklimat yang sebegitu panjang lebar bagi memastikan setiap anak-anak memahami apa yang perlu dilakukan. |
Setiap anak-anak diberikan segugus belon berwarna warni. |
Belon-belon ini perlu dipecahkan bila wisel ditiup. |
Dalam masa kurang seminit. |
Anak-anak sedang bersiap-sedia. |
Masing-masing sedang mengasah kuku dan gigi agar belon-belon lebih mudah untuk dipecahkan nanti. |
Satu dua mula! |
Pertarungna sengit pun bermula. |
Bukan semua belon mudah untuk dipecahkan. |
Adik ini berjaya memecahkan 6 daripada 9 biji belon. |
Begitu juga dengan adik lelaki ini. |
Adik-adik yang ini pula katanya belon-belon tu semua nak dibawa balik. Tak nak dipecahkan. |
Adik yang pakai tanjak tu menggunakan jurus silat gayung untuk memecahkan belon. |
Dua orang peserta yang layak masuk ke pusingan akhir. |
Neck and neck dan sangat sengit! |
Adik ini nak pakai gigi, tetapi tak boleh sebab dia sedang pakai mask pelitup separuh muka. |
Sangat genting, sebelum keputusan muktamat ditentukan. |
Acara cabutan nombor bertuah berlangsung lagi. |
Kali ini disampaikan pula oleh founder Puan Aziza. |
Nombor kami dipanggil untuk mara ke hadapan. |
Amier tampil mewakili kami untuk mengambil hadiah. |
Lagi peserta yang bertuah. |
Ini adalah grand prize. |
Abam video man juga ingin bertanding karaoke. |
Menanti saat yang sesuai untuk memulakan nyanyian. |
Telah menanti hampir lima belas minit. |
Tinggal beberapa saat saja lagi. |
Okay, dah boleh mula menyanyi sekarang. |
Lagu Abam video man sangat enak didengar. Aku juga turut terhibur. |
No comments:
Post a Comment