m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, November 5, 2019

Tahlil di kediaman Dato' Jalaludin Hassan

2 November 2019 - Kami baru tiba dari Ipoh. Satu perjalanan yang panjang. Kami terima undangan ini pun baru siang tadi. Kami maklumkan kepada Dato' Jalaludin, kalau sempat kami hadirlah. Kalau tak dapat, kami mohon maaflah. Dato' faham, tetapi masih berharap agar ada teman-teman teater yang dapat menghadiri majlis tahlil yang diadakan.

Sesudah solat maghrib dan isyak, kami terus ke rumah Dato' Jalaludin. Waktu itu majlis tahlil sudah pun selesai. Kami datang untuk makan aje nampak gayanya. Tapi kalau tak hadir tak sedap pulak, pasal rumah kami pun bukannya jauh sangat letaknya dari rumah Dato' Jalaludin. Cuma sepelaung Tarzan aje.

Kad jemputan yang kami terima dalam grup whatsapp.
Antara makanan yang disajikan. Ada banyak lagi sebenarnya.
Dengan wajah manis Dato' Jalaludin menyapa dan menjemput kami makan. Kami terus ke meja makan mengambil nasi dan lauk-pauk masakan kampung yang sangat menyelerakan. Kami lihat ke sekeliling rumah. Tak ada pulak teman-teman yang kami kenal. Tiba-tiba di kejauhan, aku terlihat kelibat Mummy Sarah dan Chip melambai-lambai ke arah kami. Fuh! Nasib baik jugak ada orang yang kami kenal. Taklah rasa terlalu janggal untuk berada lama di situ.

Sesudah makan, kami duduk berhampiran dengan Dato' Jalaludin yang waktu itu sedang berbual panjang dengan seorang tetamu yang juga primadona bangsawan, isteri kepada Allahyarham Ahmad B. Sesekali Dato' menegur dan berbual ringkas dengan kami. Sebelum pulang, Dato' Jalaludin ada berpesan kepadaku, "Kalau usia dah semakin meningkat, jangan melompat sangat. Takut cedera." Itu saja nasihat beliau. Kami bergambar dan bersalaman dengan Dato' Jalaludin dan isteri, Datin Rapidah. 

Kepada Dato' Jalaludin Hassan dan Datin Rapidah, kami mengucapkan berbanyak terima kasih kerana telah menjemput dan melayan kami dengan baik seperti selalu. Sesampainya di rumah, kami terus melabuhkan tubuh yang kepenatan di atas tilam empuk sebelum hanyut dibuai mimpi.

Aku sedang bersembang dengan Chip, yang juga duduk di daerah Ampang.
Bergambar sebelum berangkat pulang.
Turut kelihatan isteri kepada Allahyarham Ahmad B.
Bersama Datin Rapidah dan Mummy Sarah.


No comments:

Post a Comment