m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, November 12, 2019

Teater JERAT: Siapa yang hadir?

Bahagian 1

8 November 2019 - Akhirnya Festival Teater Selangor datang lagi menjengah pada tahun ini. Pertubuhan Teater Hidayah kali ini mengambil keputusan untuk terlibat lagi dalam pertandingan ini. Kali terakhir bertanding dalam festival teater kira-kira 5 tahun lalu. Lama dah tu! Kak Hayatie Yusoff tiba-tiba terdetik dalam fikirannya untuk mengarahkan sebuah teater karya sendiri, bersama teman-teman seperjuangan, dan mencuba mengenengahkan bakat mengarah teater buat kali pertamanya. Tajuk teater yang diketengahkan kali ini ialah "JERAT" - idea asal dari Muhamad Mustaqim (Mus) dan skrip serta arahan oleh Hayatie Yusoff. Sebuah naskhah berunsur mistik dan misteri. Kalau Hj Zainal Arifin TV3 ada di sini, sudah tentu beliau akan berkata "Jangan biarkan diri anda diselubungi misssterrriiiii......"

Badan-badan hebat kesenian negeri Selangor telah bergabung demi menjayakan festival yang berprestij ini. Ia bagaikan gabungan The Avengers menentang Thanos. (Krik krik krik...). Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Selangor (JKKN-Selangor), Persatuan Teater dan Seni (PENTAS) Selangor, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) serta Majlis Kebudayaan Negeri Selangor telah membentuk gabungan itu. Festival kali ini telah diadakan di Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan - sebuah bangunan lama yang penuh sejarah dan misteri...

Poster pementasan Jerat oleh Pertubuhan Teater Hidayah.
Tiket yang kami beli kira-kira seminggu sebelum pementasan.
Amran Nasrudin dan Mubarak Majid nampaknya sedang seronok berkaraoke.
Menyanyi lagu 70an secara berduet.
Ruang legar dihias cantik dengan poster dan gambar-gambar pelakon dan kru.
Pengerusi PENTAS Selangor, Khusiary Mahayuddin a.k.a. Boss Fendy turut datang memberikan sokongan.
Anwar Pisang dan Faisal Langsay juga ada. Minum air power sebelum dibelenggu mistik. 
Shahril lebih menumpu ke arah telefon bimbitnya.
Nampak gayanya Mohamad juga seperti Shahril.
Anwar Pisang masih mencuba mencuri perhatian dari Shahril.
Tuan Haji Kamarul AR dan Mohamad berbual tentang makanan sebelum masuk bab lakonan.
Gabungan orang-orang lama dalam teater - Zakaria Ariffin, Amran Nasrudin dan Mubarak Majid.
Along Yusry mencelah bagi memastikan gambarnya masuk dalam frame kali ini.
Awal-awal lagi kami sudah membeli dua keping tiket untuk masuk ke dalam panggung. Jumlah tiket sangat terhad. Jadi kami perlu cepat. Sepatutnya pada hari Jumaat itu aku kena jemput Amier dari sekolahnya di Kajang. Tetapi oleh kerana nak sangat tengok pementasan cerita Jerat ni, aku suruh aje anak saudara kami, Koas untuk menjemput Amier. Jadi aku bolehlah teruskan dengan perancangan aku. 

Isteriku telah lebih awal tiba di lokasi. Aku yang hantar selepas solat Jumaat. Aku pula bertolak ke Kompleks JKKN di Jalan Tun H.S. Lee setelah solat maghrib. Tiba di lokasi kira-kira jam 7.45 malam. Waktu tu orang masih tak ramai lagi. Jadi aku berlegar-legarlah dengan kamera Nikonku mengambil gambar mereka yang sedang menanti waktu untuk masuk ke dalam panggung. Banyak wajah-wajah yang aku kenal. Tetapi banyak juga yang aku tidak pasti nama mereka.

Ada gerai makanan dan minuman di situ. Semua menumpu ke situ. Makan dan minum dulu sebelum menikmati kisah misteri yang bakal disajikan nanti. Malah yang mahu berkaraoke juga boleh berbuat demikian. Macam-macam yang boleh dilakukan bagi mengisi kebosanan menunggu. Dan yang pasti, di sinilah teman-teman lama berkumpul dan bertanya khabar, serta bersembang santai. Itu nampak gayanya lebih menyeronokkan.

Roslan dan Mubarak bergambar bersama dua gadis ini secara tidak sengaja.
Teh tarik ini sangat sedap, dan sesuai dengan mood kisah Jerat yang penuh mistik ini.
Syel Ramlan juga memberikan sokongan kepada pementasan ini.
Antara peminat dan penggiat teater yang hadir.
Teman-teman teater bersantai sebelum masuk ke dalam panggung.
Halim di ruang legar.
Di meja tiket, pengunjung yang terdiri dari peminat dan penggiat teater masih beratur panjang untuk mendapatkan tiket masing-masing. Namun setelah mendapatkan tiket, kami perlu menunggu sehingga jam 8.30 malam sebelum pintu utama ke panggung dibuka. Dalam panggung, kami duduk di barisan kedua, barisan yang telah direzabkan untuk ahli grup Hidayah dan teman-teman rapat. Barisan paling hadapan adalah untuk tetamu VIP. Dalam panggung, kami menanti dengan sabar saat pengacara panggung, iaitu isteriku, membuka kata dengan mempersembahkan pementasan ini. Akhirnya, pada jam 9.00 malam, pementasan pun bermula.

Bersambung...

Di kaunter tiket.
Wan turut terlibat di belakang tabir.
Nazli Noordin sentiasa memberikan sokongan terhadap semua pementasan Hidayah.
Kelihatan Halim dan Mardau sedang tawar-menawar di kaunter tiket.
Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan yang cantik walaupun sudah berusia.
Lagi teman-teman teater.
Kami dah masuk ke dalam panggung.
Azam pun datang juga.
Begitu juga dengan Mas Aida dan Deida.
Dua orang tokoh hebat di arena teater duduk di barisan hadapan.
Halim sempat bergurau dengan teman teater.
Watie Kahar dan Yati Khalid.
Memberi sokongan kepada teman-teman seangkatan.


No comments:

Post a Comment