Bahagian 7
Akhirnya tamat juga
kisah JERAT yang dipersembahkan oleh Pertubuhan Teater Hidayah. Para penonton berasa puas menyaksikan persembahan yang mantap dan menghiburkan. Para pelakon dan kru berasa lega kerana selesai sudah melaksanakan satu tanggungjawab pementasan dalam pertandingan. Para juri pula sebaliknya berasa pening dan kusut kerana tugas memuktamadkan satu-satu keputusan dirasakan semakin sukar. Hampir kesemua kumpulan yang bertanding menzahirkan kekuatan masing-masing yang unik. Biarlah. Itu kerja juri. Semua perlu akur dengan apa yang bakal diputuskan oleh pihak juri. Sudah pasti mereka ada rasionalnya tersendiri di sebalik semua keputusan yang dibuat.
Kita berkisah tentang 'curtain call' dulu. Isteriku sekali lagi dipertanggungjawabkan untuk memanggil nama kru produksi dan teknikal di belakang tabir, serta nama kesemua pelakon dan pengarah bagi Teater Jerat ini. Satu-satu nama dipanggil. Seorang demi seorang keluar di atas pentas, tunduk dan melambai kepada audien. Para hadirin memberi tepukan gemuruh bagi menyokong seluruh warga kerja Jerat. Malam itu panggung penuh. Sesak dengan penggiat dan penggemar teater. Terima kasih kerana sudi hadir memberi semangat kepada mereka yang telah bertungkus-lumus bekerja bagi menjayakan persembahan ini.
|
Sebahagian kru dan pelakon telah dipanggil nama mereka. |
|
Pelakon senior - Shahriza Mahmud memberikan persembahan yang mantap sebagai Kuntum, ibu Hayati. |
|
Kelihatan di atas pentas ialah Een, Azeera, Pangiran, Ibrahim, Yazid dan Shahriza. |
|
Puak berhaluan kiri sedang beratur di sebelah kiri. |
|
Puak berhaluan kanan menanti cabaran di sebelah kanan. |
|
Kedua-dua kumpulan bakal berentap di sebelah tengah. |
|
Cuba didamaikan oleh puak berhaluan tengah - Shahriza dan Ruby. |
|
Nampaknya mereka dah mula berdamai dan memohon maaf kepada audien. |
|
Tapi Syed Sadik masih tak puas hati nampak gayanya. |
|
Begitu juga dengan Harez, walau pun beliau cuma mendiamkan diri, namun riak wajahnya menceritakan segalanya. |
|
Mus sebagai penghulu kepada puak berhaluan tengah sekali lagi menyelamatkan keadaan. |
|
Along Yusry: "Terima kasih kepada kesemua peminat-peminat dan fan club saya - The Yusrysianers!" |
|
Hayatie Yusoff selaku pengarah dan ketua puak berhaluan tengah masuk ke pentas. Namun cuba dipengaruhi oleh Saddiq dari puak berhaluan kanan. |
|
Tapi ketua puak berhaluan tengah tidak pernah mudah untuk dipengaruhi. |
|
Suasana menjadi aman damai. Dan mereka mula berdiri dalam satu barisan melambangkan kemuafakatan. |
|
Dean Sitara: "Eh! Tak balance! Pentas dah senget sebelah ni!!!" |
|
Pengarah bersalaman dengan team produksi sambil mengucapkan terima kasih. |
Sejurus habis acara curtain call, teman-teman dalam teater turut naik ke atas pentas bergambar dengan para pelakon dan team produksi. Teman-teman lama yang sudah lama tidak berjumpa sudah pasti berasa sangat teruja bila bersua kembali. Waktu ini memang biasanya merupakan waktu yang paling seronok bagi semua.
Nak dipendekkan cerita, kita tengok sajalah gambar-gambar yang dipampangkan di sini.
Bersambung...
|
Kelihatan wajah-wajah orang kenamaan dalam teater - En Zakaria Ariffin, En Aris, En Amran Nasrudin. |
|
Bergambar dengan pelakon pujaan. |
|
Along Yusry agak gusar bila disuruh bersemuka dengan paparazzi tersohor alaf ini. |
|
Along Yusry masih enggan bertentang mata dengan paparazzi. |
|
Halim Zainal mengambil peluang berdamping dengan teman-teman seperjuangan. |
|
Turut kelihatan Boss Fendy dan Saifulkhairi. |
|
Pangiran belum puas bersilat rupanya. |
|
Masih membuka jurus. |
|
Dan buah silat. |
|
Kelihatan En Aris, Pak Abang dan Tn Haji Kamarul AR serta Boss Fendy. |
|
Pangiran dah puas bersilat. |
|
Ruby, Azeera dan Een bergaya di satu sudut. |
|
Oh! Nampaknya Pangiran sambung bersilat lagi! |
|
Halim cuba mententeramkan dari belakang. |
|
Namun semangat persilatan sejagat amat membara di jiwa Pangiran. |
|
Hanya Kuntum mampu menjinakkannya. |
|
Suasana kembali santai. |
|
Roslan turut masuk dalam barisan. |
|
Kenangan bersama. |
|
Bersama teman-teman dan peminat. |
|
Banyak yang datang untuk memberikan sokongan buat Shahriza Mahmud. |
|
Jangan dilepaskan peluang yang datang. |
|
Kita bertemu lagi di lain masa. |
No comments:
Post a Comment