13 April 2019 - Kepada para pembaca yang budiman, mohon doakan kesihatan dan keafiatan kawan kami - Ahmad Khairi Hamzah a.k.a. Pok Khor yang sedang menjalani rawatan untuk mengubati penyakitnya. Semoga Allah juga mengurniakan kesihatan dan keafiatan buat kita yang mendoakan. Amiin.
Sekarang kita kembali ke persoalan asal. Siapa pula yang berkahwin dalam gua? Gua di mana? Tempat gerombolan kelawar bersarang dan bermukim? Tempat beruang dan serigala beristirahat dan bertapa? Gua di gunungkah yang terletak tinggi nun di atas puncak? Atau gua di lembah-lembah terpencil tempat mengalirnya air sungai dingin yang dihuni si ikan-ikan kecil? Jawapannya ada di sini.
Bukan Gua Niah. Bukan Gua Tempurung. Bukan Gua Tengkorak. Bukan juga Gua sama Lu. Gua yang dimaksudkan ialah Gua Batu Gua, a.k.a. Batu Caves. Tapi bukan dalam gua pun. Kawan kami, Pok Khor mengadakan majis perkahwinan anaknya di daerah Baru Caves, Selayang. Bukan tempat kelawar, atau beruang, atau serigala. Tempat orang. Orang biasa, macam kalian dan aku.
|
Bergambar dengan Roy - Geng Ampang Jaya. |
|
Dengan Botorque dan Dato' Hj Kuchai. |
|
Dengan Roy lagi. Tanganku memegang kon aiskrim. |
|
Bersama Roy dan Jai. Tanganku masih memegang kon aiskrim. |
|
Dengan Pok Hair pulak. Aku masih setia dengan kon aiskrimku. |
Pok Khor adalah kawan satu sekolah di MRSM Pengkalan Chepa. Aku tak pasti yang berkahwin ni anak dia yang ke berapa. Tapi kami hadir memenuhi jemputan. Sampai di lokasi kira-kira jam 2.00 petang kalau tak silap. Memang cukup ramai tetamu waktu tu. Nak parkir kereta pun kena beratur panjang. Nasib baik jugak brader yang jaga parkir tu berjaya mendapatkan kami tempat letak kereta yang strategik di bawah bumbung. Kami terus ke tempat majlis. Wow! Kat situ lagi ramai orang. Masa tu tak ada tempat duduk. Dan kelihatannya para tetamu sedang beratur panjang untuk mendapatkan kuih apam balik diraja. Siap kena ambil nombor giliran lagi. Kami anak beranak pergi dapatkan aiskrim dulu. Dan aku terus bertegur sapa dengan kawan-kawan sekolah yang lain.
Setelah seketika di situ, pekarangan majlis mula melengang. Kami cepat-cepat booking tempat duduk. Ambil nasi dan lauk, dan makan. Di langit kelihatannya awan sudah mula berkepul-kepul macam asap vape. Semakin lama semakin gelap. Tanda hujan akan turun sebentar lagi. Kami cepat-cepat habiskan makanan. Bersalaman dan bergambar dengan teman-teman yang ada di situ. Lalu bergegas ke arah kereta. Brooommmmm...... brmmmmm... Enjin dihidupkan. Dan kami terus beredar. Dan hujan pun turun mengiringi kepergian kami. Kluk klak kluk klak. Bunyi wiper cermin depan kereta bila dipasangkan.
Sekian, terima kasih.
|
Dengan Muzmi. Aku masih enggan melepaskan kon aiskrimku. |
|
Bagaikan ada gam di tanganku yang menyebabkan kon aiskrim tak dapat dipisahkan. |
|
Dengan Roy, Nik Mat Zain dan Oth. Dan aiskrim kesayanganku. |
|
Dengan Wan Zul dan Sahak. Kon aiskrim terpaksa aku sorokkan kat belakang kepala Sahak. |
|
Sekarang aku sorokkan kon aiskrim kat belakang badan Wan Zul pulak. |
|
Antara yang hadir pada petang itu. Cuba teka kat mana perginya kon aiskrimku tadi? |
|
Jawapannya, kon aiskrim ada di belakang Pok Hair. |
|
Aku terpaksa letakkan kon aiskrim di kocek seluar Oden sekejap kerana kedua-dua tanganku sedang kugayakan. |
|
Dengan bapa pengantin, Pok Khor. Kon aiskrimku di luar frame kali ni. |
|
Terlihat wajah ceria seorang ayah untuk anaknya. Dan aku juga turut ceria kerana dapat berdamping dengan aiskrimku. |
No comments:
Post a Comment