Bahagian 9
Kita beralih sebentar. Kembali ke kisah perkahwinan anak saudara kami, Farid dan isterinya, Mira. Ini kisah lebih dua bulan yang lalu.
Pengantin yang kelaparan telah dijemput ke meja makan beradab. Turut diundang untuk ke meja makan khas ialah saudara-mara di pihak pengantin perempuan. Tanpa melengahkan masa, nasi dicedok ke dalam pinggan masing-masing. Begitu juga dengan lauk-pauk yang sangat pelbagai jenisnya. Dengan penuh berselera, kedua-dua pengantin dan ahli keluarga pun memulakan makan setelah berdoa.
|
Mira sedang mencedokkan nasi buat suaminya. |
|
Ayah dan ibu Mira turut dipersilakan untuk berada di meja makan beradab. |
|
Sebahagian dari ahli keluarga yang memeriahkan majlis. |
|
Bismillah. Mari mulakan makan. |
|
Abi menawarkan diri untuk mencedokkan makanan buat pengantin. |
|
Kakak dan abang ipar Mira. |
|
Masih mencedok nasi. |
|
Memulakan santapan diraja. |
|
Sangat berselera. |
|
Ini ialah dua orang makcikku - Makcik Noorizan dan Makcik Mini. |
Sambil pengantin makan, mereka dihidangkan dengan sedikit hiburan santai. Sepupu kepada Farid, dan juga anak sulung kami, Syahmie mendendangkan sebuah lagu berjudul Kisah Cinta Kita yang telah dipopularkan oleh Hafiz Suip. Nyanyian Syahmie, dengan iringan muzik minus-one, sangat merdu dan memukau para tetamu yang hadir. Nyanyian yang penuh perasaan dengan vokal yang mantap mampu menyebabkan para tetamu berhenti berbual seketika untuk mendengar lagu ini dinyanyikan sehingga selesai.
|
Syahmie mendendangkan lagu "Kisah Cinta Kita". |
|
Yang dipopularkan oleh Hafiz Suip. |
|
Nyanyian dengan suara yang padu. |
|
Dan penuh perasaan. |
|
Diiringi muzik minus-one. |
|
Penuh penghayatan. |
|
Namun masih berpijak di bumi yang nyata. |
|
Dengan emosi yang stabil. |
|
Auntie Azizah - kawan rapat ibuku. |
|
Sama-sama kerja kat MARA dulu. |
Sesudah itu, tibalah giliran pengantin lelaki pula untuk menyanyikan lagu buat isterinya. Lagu pilihan adalah sebuah lagu yang dipopularkan oleh Lah Ahmad. Nyanyain Farid diiringi dengan petikan gitar oleh Syahmie. Ini merupakan satu surprise dari Farid kepada isterinya serta seluruh tetamu yang hadir. Tetamu turut terhibur juga dengan persembahan dari Farid ini. Syabas untuk kedua-dua orang sepupu ini.
Bersambung...
|
Giliran Farid pula untuk menyanyi. |
|
Syahmie petik gitar. |
|
Lagu Lah Ahmad. |
|
Suatu surprise buat semua. |
|
Farid juga menyanyi dengan penuh perasaan. |
|
Ihklas dari hati. |
|
Dua orang sepupuku - Wati dan Ema. |
|
Seorang lagi sepupuku - Taufiq. |
|
No comments:
Post a Comment