Bahagian 8
Eh! Tak habis lagi rupanya cerita perkahwinan Farid dan Mira ni. Memanglah belum habis, gambar yang diambil hari tu berjuta-juta banyaknya. Nak keluarkan gambar, kena keluarkan ceritanya sekali. Barulah memori moment lebih mudah dikenang.
Acara naik atas pelamin,
bersalam dan bergambar dengan pengantin masih diteruskan. Satu-satu nama ahli keluarga dipanggil. Wajah berhias dengan senyuman. Pada hari ini semua orang kena pamerkan kemanisan pada raut wajah. Tak kisahlah walau bacaan gula melangkaui angka 10. Walaupun penat, pengantin tetap menzahirkan keceriaan pada hari yang bersejarah ini.
|
Masih bergambar dengan saudara-mara terdekat. |
|
Dilingkungi bunga-bunga segar dan harum. |
|
Ibuku disapa oleh seorang teman lamanya. |
|
Makcik Mini dan Wak Bunirah bergambar dengan pengantin. |
|
Dari Kuala Selangor ke Ampang. |
|
Ibuku bersama dua orang teman rapatnya ketika di MARA dulu. |
|
Lama sungguh mereka tidak berjumpa. |
|
Sepupuku Kak Ratnawati tiba di majlis. |
|
Ini sepupu sulungku di sebelah ibuku. |
Saudara-mara dan teman-teman semakin ramai yang membanjiri ruang majlis. "Mari-mari! Mari masuk! Dalam masih banyak ruang kosong. Boleh muat lagi!" kata kami kepada tetamu, bak kelindan bas mini. Berpusu-pusu tetamu yang hadir. Tak seorang pun yang kelihatan sugul, masam. sedih, marah, hiba atau sayu. Semuanya membawa aura kebahagiaan, keceriaan, keharmonian, kemeriahan dan kegembiraan. Aura negatif telah pergi jauh-jauh. Jauh sampai ke negara seberang. Jauh sampai ke kutub utara dan selatan. Jauh sampai ke planet-planet lain yang mengitari sang matahari.
|
Sepupuku Dato' Sunar dengan puterinya. |
|
Anak saudaraku, Min dengan suami dan anak mereka. |
|
Makcik Kamisah dengan salah seorang puteranya. |
|
Senyum untuk kamera. |
|
Ini mungkin sebahagian dari teman-teman pengantin. |
|
Teman-teman yang hadir. |
|
Memberi sokongan buat pengantin. |
|
Mana-mana yang masih bujang sedang menimba ilmu dari pengantin. |
Teman-teman teater juga turut hadir memenuhi undangan kami. Semua kelihatannya sangat menikmati keenakan makanan yang disajikan. Antara dialog mereka yang sempat aku dengari:
"Ah! Sungguh sedap makanan ini. Aku terjerat dengan keenakannya."
"Aku pasti, ayam ini telah dijerat sebelum disembelih dan dimasak."
'Sayur ulaman tak perlu dijerat untuk diambil pucuknya."
"Jom kita menyanyi lagu Jerat Percintaan Datuk CT."
Asalkan tetamu terhibur dan berpuas hati, kami pasti berasa sangat lapang dan bersyukur.
Bersambung...
|
Teman teater kami - Kak Yatie dan Syed. |
|
Juga teman teater - Along Yusry dan Een. |
|
Dari kiri ke kanan: Ienah, Yusry, Een, Kak Yatie dan Syed. |
|
Terpaksa berhenti makan seketika untuk bergambar. |
|
Sebahagian lagi tetamu yang hadir. |
|
Terima kasih kerana sudi datang. |
|
Air dalam gelas dah habis. |
|
Ada yang memohon diri untuk pulang. |
|
Dah pekena dessert pulak. |
|
Keluarga besar datang dari jauh. |
|
Mereka panggil aku untuk mengambil gambar mereka. Senyum. Satu dua klik! |
No comments:
Post a Comment