Bahagian 2
"Apakah petuanya supaya tidak termasuk ke dalam jerat?"
"Petuanya mudah. Janganlah dimakan umpannya."
Babak Muqaddimah
Terlihat sesusuk tubuh sedang menari-nari dengan lenggok aneh yang sukar dimengerti. Iramanya sarat dengan amarah yang mula membuak. Dan susuk tubuh itu dengan lenggang tangannya menjurus ke arah menafsirkan unsur dendam yang tersirat dalam melodi asyik itu. Padam!
Babak Satu
Kiah montok melangkah laju di hadapan meninggalkan suaminya Pak Usop yang berjalan perlahan bak labi-labi sambil menongkat. Sesekali Kiah berteriak mendesak Pak Usop untuk lebih bergegas sebelum matahari semakin meninggi.
Din lurus gagap tiba-tiba muncul dari arah bertentangan. Kelam-kabut nampaknya. Katanya nak mencari kerja buat keperluan hidupnya sehari-hari. Pak Usop tanpa teragak-agak terus menawarkan Din pekerjaan. Kebun Pak Usop luas terbentang. Dari ufuk ke ufuk. Din boleh bekerja di situ. Sebelum beredar, sempat juga Din meminta seringgit dari Pak Usop. Pak Usop yang hartawan memberikan Din dua ringgit. Seringgit untuk kopi. Seringgit lagi untuk karipap. Din berlalu. Girang.
|
"Ki-Ki-Ki-Ki-Ki-Kiah!" tegur Din lurus gagap. |
|
"Kau nak ke mana, Din?" tanya Pak Usop. |
|
"Sssssssssaaaayyyyyyyaaaaa nak cari ke-ke-ke-ke-kerja, Pak Usop!" |
|
Dalam bakul Kiah penuh dengan sayur. Ada sayur kangkung, sawi, bayam, kubis, petola, peria, pucuk ubi, pucuk manis, pucuk paku, paku tekan, paku besi, dan macam-macam lagi. |
|
"Boleh kau bagi aku makan pisang yang kat tangankau tu, Din?" rayu Pak Usop. |
|
"Jom, Din. Ikut aku balik. Aku nak mintak kau masak sayur ni," desak Kiah. |
|
"Kalau kau masak sayur sedap, nanti aku bagi seutas gelang tangan emas yang ada kat tangan aku ni," tawar Kiah. |
|
"Meh kita tengok, gigi siapa yang lebih putih," ajak Din. |
|
"Aku tak berkenanlah dengan fesyen rambutkau tu, Din," ejek Kiah. |
|
"Pakcik kayo! Pakcik kayo!!" jerit Din penuh girang. |
Belum pun sempat Kiah dan Pak Usop melangkah keluar dari pekarangan pasar, Hayati pula muncul. "Apa khabar, Pak Usop?" tanya Hayati dengan nada manja dan menggoda. Pak Usop yang tadinya terbongkok lesu, tiba-tiba nampak gagah dan sasa. Tongkat pun hampir mahu dilepaskannya. Memang resam Pak Usop, usia bukan penghalang gelora jiwanya untuk meledak dan berbunga. Kiah, walaupun menyedari dirinya tidak terlalu menawan seperti Hayati, terus menghamburkan rasa cemburunya. Malah seluruh wanita di kampung itu akan bertindak sedemikian bila bersua dengan Hayati yang suka menggoda. Walaupun godaan itu hanya pada luaranya sahaja. Kerana itulah permainan Hayati - memainkan perasaan lelaki berhidung belang.
Kiah yang enggan suaminya terus digoda Hayati, terus menarik tangan Pak Usop agar segera meninggalkan tempat itu. "Jom!"
|
"Aduhaiiii!! Dia dah datang pulak dah....." keluh Kiah. |
|
"Abang Usop masih kuat lagi, Hayati." |
|
"Harta pun banyak." |
|
"Hensem pulak tu." kata Pak Usop tanpa berselindung. |
Kiah dan Pak Usop lenyap dari pandangan. Tampil pula tiga orang teman akrab - Hamdan, Wan dan Dol yang kebetulan dalam perjalanan hendak ke kebun. Dol yang terlihat kelibat Hayati terus meluru laju bak peluru dengan hati yang penuh taman yang mewangi. "Hayati....." tegur Dol. Hamdan yang berasa dirinya lebih layak, memintas dan berkata, "Biar aku," sambil mengukir senyuman, ekspresi sebingkis kejantanan.
Jelas memang ada tarikan di antara Hamdan dan Hayati. Sama-sama muda. Sama-sama cantik. Sama-sama bergelora. Dan... sama-sama ada hasrat yang tersembunyi. Pertemuan singkat itu membolehkan Hamdan dan Hayati meluah rasa. Bagai sudah ada keserasiannya. Mereka berjanji untuk bertemu lagi di lain masa.
|
"Wahai Hayati yang cantik menawan," kata Hamdan memulakan bicaranya. |
|
"Kayu ni keras betullah. Susah aku nak mematahkannya," keluh Wan. |
|
"Jom kita buat unggun api di sini." |
|
"Mancisnya ada?" tanya Dol. |
|
"Janganlah malu, Hayati." |
|
"Hayati memang malu. Tapi mau..." |
|
"Abang tahu, wajah abang memang tampan." |
|
Hamdan merenung ke hadapan, membayangkan keindahan hidupnya bersama Hayati. |
Setelah Hamdan dan Hayati berlalu, Dol bagai terfikir akan sesuatu. Sesuatu yang menjadi keanehan di kampung itu. Kematian seorang demi seorang kaum lelaki dalam keadaan yang sangat memilukan. Malah tragis dan mengerikan. Wan lebih tenang. Ilmu di dadanya yang tinggi menjadikan dia lebih menerima apa pun ketentuan Ilahi. Itu semua takdir. Bahagian masing-masing. Kita yang masih hidup inilah yang perlu lebih berusaha agar takdir yang baik bakal mengirinig kita.
|
"Aku tak rasa mereka tu sepadan," kata Dol. |
|
"Hamdan tu, apa pun tak ada." |
|
"Rumah pun menumpang aje." |
|
"Tak macam aku, berwawasan jauh. Nun sampai ke ufuk barat." |
Babak Dua
Di suatu ruang, terpencil, kecil, kelam dan sunyi, Hayati menghisab nasibnya. Ada bauran perasaan dalam diri. Antara amanah mendendami, dan naluri dara yang ingin mengasihi dan dicintai. Bergolak jiwanya. Tidak keruan emosinya. Hayati terjerat dengan janji. Janji pada bondanya suatu ketika dulu. Terpaksa mengenepikan segala ingin hati. Demi sebuah janji.
Bersambung...
|
"Apakah yang sedang bermain di fikiranku?" |
|
"Terkadang sayu. Terkadang riang. Selalunya keliru." |
|
Selendang yang membalut tubuh di kala dingin. |
|
Di kala sunyi. |
|
Sehingga dibuai mimpi... |
No comments:
Post a Comment