m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, February 22, 2019

Family Day 2019 @ Jeram: Nelayan fajar memancing

Bahagian 7

5 Februari 2019Malam semalam telah berakhir. Kini tiba hari baru di Santai Cafe D'Jeram. Tepat jam 7.00 pagi, Abang Zahid yang menetap di homestay berdekatan telah sampai di pagar depan Santai Cafe D'Jeram. "Bukak kunci! Bukak kunci!" jerit Abang Zahid dari luar. Aku yang terdengar jeritan ini telah keluar mendapatkan Abang Zahid. Katanya pintu pagar berkunci. Aku bergegas mendapatkan kunci dari penyelia yang sedang beradu di sebuah bilik di situ. Setelah kukejutkan, penyelia itu berkata, "Pagar tak berkunci." Aku pun pergi periksa. Memang sah tak berkunci. Sekadar dililitkan saja dengan rantai besi. Setelah kubukakan pagar, Abang Zahid pun terus memandu kereta masuk ke pekarangan Santai Cafe D'Jeram.

Mukamil dan Adam berbuai sambil menikmati udara segar pagi hari.
Tiap-tiap pagi buat macam ni memang syiok!
Memberi sokongan kepada para pemancing.
Datang bersama Abang Zahid ialah Syauqi, yang turut mahu memancing di awal pagi. Tanpa membuang masa, Abang Zahid terus menyiapkan perkakas pancingnya dan mula melontar umpan perumpun jauh ke tengah laut bagi mendapatkan rezeki awal pagi pada hari itu. Aku yang melihat Abang Zahid penuh bersemangat, terus saja menyiapkan peralatan pancingku. Dan aku juga mula memancing menggunakan dua batang joran sederhana panjang. Waktu tu air dah mula gerak surut. Tapi kelihatannya air di tebing masih banyak lagi. Tetapi sepanjang kami memancing, satu getuan pun tidak kami rasai. Hujung joran sekadar berbuai-buai di tarik ombak. Bukan ditarik ikan. 

Kawasan pantai semakin meriah.
Yang tak memancing pun turut berhimpun.
Isteri dan kakak iparku.
Turut berbuai.
Joran dipacak di sepanjang pantai.
Marshall (Abang Karim) sedang mengadili pertandingan.
Abang Zahid sedang cuba menaikkan pari helang seberat kira-kira 25 kilogram.
Agak kecewa kerana pari berjaya memutuskan tali 4 paun yang digunakan.
Abang Leman menyusul dengan pancingnya pula. Tetapi tidak lama setelah kami melabuhkan umpan, air laut mula menyurut dengan sangat pantas. Tak sampai beberapa minit, gigi air telah mula berada di tengah laut. Dan umpan kami telah tersadai di dalam lumpur, di daratan. Kami lantas mengarau kekili dan menamatkan sesi pancingan kami pada pagi itu. Mana ada ikan kalau tak ada air. Ikan belacak pun nak ada air juga. Kami perlu menunggu kira-kira lagi lapan jam sebelum boleh memancing semula. Sabar ajelah. Ikan tak akan lari pun. Ikan cuma berenang aje!

Bersambung...

Joran ditarik lagi. Kali ini oleh kerapu bara seberat 5.76 kilogram pula.
Joran Syauqi juga turut ditarik. Tetapi yang menariknya ialah kapal kargo yang lalu lalang di tepi pantai.
Masing-masing terus menantikan aksi tarikan ikan.
Lima jam kemudian...... Masih cenggitu jugak.
Sesi memancing ditangguhkan. Jom kita rehat dulu.



No comments:

Post a Comment