m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, February 11, 2019

Family Day 2019 @ Jeram: Dari senja sampai malam

Bahagian 3

Sebelum ruang riadah kami diselimuti oleh gelap malam, macam-macam aktiviti yang telah kami lakukan. Setelah penat memanah, mencari harta karun dan memancing, serta berbuai di hammock, kami berhenti makan sebentar. Ada minum petang, makan kuih karipap. Setelah makan, kami kembali ke pantai menyaksikan matahari terbenam di ufuk barat. Tiba-tiba kumpulan rock termasyhur "Search" muncul entah dari mana ingin mendendangkan sebuah lagu berjudul "Mentari Merah Di Ufuk Timur". Tapi sempat aku bagi tahu pada Amy Search, "Sekarang matahari bukan kat ufuk timur bang, tapi kat ufuk barat". "Oh! Ya ke?" sahut Amy Search. "Gua salah time-lah, ya? Kalau begitu biarlah gua dan geng gua beredar dulu. Pewwwiiiiiiiittt!!" Dan kumpulan rock Search pun berlalulah dengan perasaan hampa kerana tak dapat membuat konsert di sini.

Minum petang sejenak.
Jimmy melayan kami dengan baik.
Abang Ngah memang suka benar dengan karipap goreng makan panas-panas ni.
Mohamad menuding jari ke arah karipap dalam dulang. Maknanya Mohamad nak makan karipap lagi.
Ienah bersama Sabriena.
Best Friend Forever.
Senja Nan Merah. M.Nasir mendapat ilham buat lagu ini ketika sedang berbuai di sini.
Amier sedang menikmati keindahan senja.
Masih menikmati.
Dan terus menikmati.
Fai bersama Falique dan anak buahnya.
Sama-sama berbuai.
Berlatar belakangkan laut merah.
Masih membuai.
Menolak buaian.
Sesekali teringin jugak Fai naik buaian dan ditolak oleh seseorang.
Langit memang cantik berwarna jingga. Warna oren yang keemasan. Sesuai dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Sesuai dengan buah oren yang menjadi lambang kekayaan dalam perayaan sebegini. Masing-masing tak melepaskan peluang mengambil gambar senja keemasan. Ya! Emas! Pakcik kayo! Pakcik kayo!! Pakcik kayo!!! Tak lama selepas itu, malam pun menjelang membiarkan kami dalam kegelapan bertemankan cahaya samar-samar dari bulan.

Bersambung...

Mohamad bersendirian di teduhan pelepah kelapa.
Bersantai di hammock.
Taqif dan Qalif turut merehatkan diri di hammock.
Adam berbuat perkara yang sama sambil mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan SPM nanti.
Sekarang Adam mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan universiti pula.
Teman Brader Mohamad dari Korea.
Tetamu-tetamu international.

No comments:

Post a Comment