Bahagian 2
Sampai aje di
Santai Cafe D'Jeram, kami terus buat aktiviti masing-masing. Yang minat memanah, pergi memanah. Yang minat bergayut, duduk berbaring di hammock. Yang minat berbuai, berayunlah di buaian. Selain dari itu, ada juga yang berminat nak cari harta karun. Kebetulan Abang Karim ada membawa alat mengesan besi a.k.a. harta karun. Jadi kami secara bergilir-gilir mencuba alat yang tak pernah kami tengok tu. Seronok jugak mencari harta karun di tepi pantai, sambil dihembus bayu laut. Cari punya cari, akhirnya kami dapat mengesan selonggok harta karun dalam peti kayu lama yang tertimbus di dalam pasir sedalam kira-kira lima kaki dalamnya. Bila dibuka peti itu, kami dapati ada selonggok wang emas dan intan permata dalam jumlah yang sangat banyak. Cukuplah untuk kami menggunakannya buat menjayakan acara Family Day pada sesi tahun ini. Pakcik kayo! Pakcik kayo!! Pakcik kayo!!!
|
Berkumpul di wakaf sebelum memulakan aktiviti mencari harta karun. |
|
Membahagi-bahagikan kawasan pencarian harta karun. |
|
Isteriku mencuba alat ini buat pertama kalinya. |
|
Sabriena pun nak cuba jugak. |
|
Macam ada bom zaman Jepun aje kat sini. |
|
Pencarian harta karun diteruskan lagi. |
|
Saleh lebih berminat mencari kapal selam dengan alat ini. |
|
Faridz pulak teringin nak kesan kapalterbang di angkasa. |
|
Orang ramai membanjiri pantai. |
|
Along dan Angah. |
|
Aku memulakan pancingan awal. |
Anak-anak saudara kami ramai yang menuju pantai sambil menikmati keindahan waktu petang. Aku pula ada agenda aku sendiri. Setelah solat asar, aku terus mencapai dua batang jotan dan memasang mata kail dan perambut. Aku menuju pantai bukan saja untuk menikmati kecantikan pantai dan senja. Tetapi juga untuk menduga padang pancing di mana bakal berlangsungnya pertandingan memancing esok harinya. Aku mengharapkan agar berjaya menaikkan ikan-ikan dari gred 'A' pada petang itu seperti ikan kerapu, jenahak, siakap, senangin, kurau, atau paling tidak pun ikan tenggiri papan. Lama jugak aku memancing, dari jam 6.00 petang sampai jam 7.15 malam. Satu getuan pun aku tak dapat. Apatah lagi ikan yang diharap-harapkan. Aku sedikit kecewa, tetapi mengharapkan pada hari pertandingan esok nanti, hasilnya akan lebih lumayan.
Bersambung...
|
Dua batang joran sedia menanti kehadiran ikan. |
|
Amier menunjukkan minatnya dalam bidang pancingan ikan. |
|
Air sedang gerak surut setelah pasang penuh. |
|
Teman kami Mohamad sedang bersantai. |
|
Datang dari jauh. Dari Raub. |
|
Tarikan pengunjung - buaian tepi pantai. |
|
Pelawat memang sering mengunjungi tempat ini. |
|
Cantik air laut pada ketika ini. |
|
Abang Ngah baru sampai. |
|
Dengan imej baru. |
|
Yang lebih macho dan menawan. |
|
Menghirup udara segar dari Lautan Pasifik. |
|
Fai melayan si kecil. |
|
Abang Leman melayan panah. Cuba memanah helang laut di udara. |
|
Sekarang nak panah kijang pulak. |
|
Panah kerbau pun boleh jugak. |
|
Kalau kena kerbau ni, kita boleh kenduri besar! |
No comments:
Post a Comment