Bahagian 4
"Senja berlabuh, malam pun menjelma". Itulah tajuk lagu baru M.Nasir yang bakal ke udara di radio-radio tempatan dan antarabangsa. Bila masuk malam aje, siren pun berbunyi menandakan masa untuk bersiap-siap memasang bara api untuk memanggang haiwan-haiwan kegemaran ramai seperti ayam dan ikan. Bara api dihidupkan secara berkolaborasi. Namun demikian, penasihat rasmi bagi acara barbeque ini ialah Pian. Pian memberi khidmat nasihat tentang menentukan suhu bara, besar kecil api, dan kelajuan angin untuk dikipaskan kepada bara yang telah menyala bagi memanggang haiwan-haiwan terpilih. Semua khidmat ini diberikan secara percuma oleh Pian.
|
Dua orang brader Arab sangat kagum dengan kepandaian Saleh menghidupkan api dengan menggunakan parang kayu.. |
|
"Tolong ajar. Tolong ajar." kata mereka kepada Saleh. |
|
Saleh dengan parang kayu hikmatnya. |
|
Cucu-cucu saudaraku sedang asyik bermain dengan anak kucing yang comel. |
|
Ruang solat disediakan untuk jemaah. |
|
Isteriku dan Qalif ambil alih tugas Saleh. |
|
Qalif terkejut besar bila tiba-tiba api mulai marak dengan ganasnya. |
|
Asyraf kata jangan risau, pegawai JPAM ada di sini untuk membantu di kala kecemasan. |
|
Amier datang untuk membantu meredakan api yang marak. |
|
...dengan menggunakan silat jurus pancuran air terjun. |
Antara haiwan-haiwan yang dipanggang pada malam itu termasuklah ayam dan ikan pari yang telah di-marinate-kan terlebih awal pada siang harinya. Lamb chop dan beef steak nampak gayanya gagal diperolehi untuk turut dipanggang. Tiba-tiba melintas lalu seekor biawak komodor dan seekor labi-labi berhampiran dengan kami. Aku hampir saja menangkap haiwan-haiwan itu untuk disembelih dan dipanggang untuk dijadikan lauk. Tapi apakan daya, haiwan-haiwan itu haram dimakan oleh umat Islam. Maka aku lepaskanlah mereka untuk kembali ke habitat asal. Tak lama selepas itu, lalu pulak seekor seladang Afrika sebesar anak gajah. Yang ini aku pasti memang halal untuk dimakan. Maka aku pun berpautlah pada tanduk seladang itu, menumbangkan tubuhnya, lantas menyembelihnya sekali gus. Innalillah... Dan terus aku buat seladang golek. Cukup untuk menampung keperluan makan malam seluruh warga Pantai Remis pada ketika itu.
|
Operasi memanggang ayam pun bermula. |
|
Potongan ayam disusun secara berhati-hati agar ayam tidak melompat lari. |
|
Kelihatan enak sekali. |
|
Ini adalah spesis ayam serama gergasi yang diimport dari Nicaragua. |
|
Pian memanggang ikan pari pula. |
|
Pian sedang adjust dapur arang agar suhunya terkawal. |
Selain dari aktiviti memasak dan memanggang, masing-masing masih lagi sibuk dengan keperluan sampingan masing-masing. Isteriku meminta Abang Ngah mengurut kakinya yang sakit. Sabriena dan anak-anak saudaranya sibuk main pasir dalam kegelapan malam. Sampai comot tangan dan pakaian mereka. Abang Zahid dan Abang Karim lagi sibuk berbincang pasal seni memanah dan pembuatan busar dan anak panah. Sejarah penciptaan senjata memanah itu turut dirungkaikan, bermula dari zaman Dinasti Ming, Dinasti Mong dan Dinasti Mung. Hinggalah ke zaman dinosaur dahulu. Semua ahli keluarga dan tetamu nampak gayanya berasa sangat seronok bergaul santai sambil mengisahkan isu-isu remeh dan ringan tanpa membebankan fikiran.
Bersambung...
|
Isteriku meminta abangnya mengurut kaki yang sedang sengal. |
|
Pakar urut sedang beraksi. |
|
Cuma kena tahan sakit aje. Adoi! |
|
Sabriena happy sebab dia nak buat 'projek'. |
|
Sabriena dah jumpa mainan kegemarannya - pasir. |
|
Kejap lagi masa orang dewasa tak nampak, dia akan bergelumang dengan pasir. |
|
Suraya dan Wanie duduk bersahaja. |
|
Wanie memerhatikan adiknya bermain pasir dalam kegelapan malam. |
|
Abang Karim menunjukkan jurus silat panahan PVC. |
|
Abang Zahid sangat kagum dan terpesona. |
|
Abang Zahid nak beli busar hikmat ini dari Abang Karim. |
|
Adakah ini lenggok tarian busar panah (sejenis tarian tradisional dari pedalaman). |
|
|
No comments:
Post a Comment