Bahagian 1
4 Februari 2019 - Tahun ini kami berkumpul lagi satu keluarga besar Atan-Rahmah. Dan ini adalah kali kedua kami buat hari keluarga di Jeram, tempat perkelahan yang diusahakan oleh birasku - Dato' Haji Norhasni a.k.a. Abang Hasni. Sebelum ke sini, kami titipkan dulu ibuku ke rumah Makcik Mini di Denai Alam. Di rumah tak ada siapa-siapa. Malah orang gaji kami pun pergi bercuti sempena Tahun Baru Cina. Kami tiba di Jeram pada kira-kira jam 5.00 petang kalau tak silap aku. Aku terus menyimpan beg pakaian dalam bilik, sebelum mula melihat sekitaran kawasan itu yang semakin cantik berbanding kali terakhir kami melawatnya iaitu pada tahun lepas 2018.
Mencuba memanah di lapangan. |
Cubaan yang selanjutnya. |
Aim tepat pada buah kelapa muda yang bergayut di atas pokok. |
Faktor angin perlu diambil kira sebelum melepaskan anak panah. |
Adam berbuaian sambil mengenakan fesyen S. Jibeng. |
Buaian dihayun laju. |
"Laju-laju, buaiku laju!" |
Adam membuai laju sampai ke pucuk pokok nun di atas. |
Sangat asyik bila berbuai. |
Hero Hindustan in action. |
Amier pun nak membuai jugak. |
Tapi tak boleh membuai terlalu laju. Di depan ada tunggul. Di belakang ada pokok. |
Buaian Amier agak tinggi sedikit dari buaian Adam. |
Gayat jugak bila menghayun terlalu laju. |
Isteriku dan Wanie menghampiri lapangan memanah sambil mencuba membiasakan diri mengendalikan busar dan anak panah. Aku turut mengambil peluang ini untuk menguji kehandalanku dalam sukan memanah. Tapi sayang, cubaan pertamaku tersasar jauh menghinggapi seekor burung camar yang terbang rendah di atas permukaan laut. Amier pula lebih cenderung untuk berbuai di atas buaian yang terikat kemas di dahan pohon. Ada beberapa orang anak buah kami yang sedang bersantai di wakaf, di atas hammock, dan di buaian di tepi pantai. Cuaca memang sangat panas. Terik panasnya. Tapi dengan hembusan bayu laut yang agak kuat, kami berasa sangat nyaman dan menyegarkan.
Bersambung...
Wanie pulak mencuba memanah. |
Membidik ke sasaran. |
Shakirah dan Saleh di wakaf. |
Membuat hal masing-masing adik-beradik. |
Saleh mengambil gambar gajah yang sesat di pantai. |
Berehat di hammock. |
Sangat selesa bila angin pantai menghembus. |
Berbuai di pantai. |
Abang Hasni a.k.a. tuan tanah. |
Memastikan semua kemudahan cukup disediakan. |
Ada banyak lagi hammock di bawah bumbung pelepah kelapa ini. |
Ramai yang bersantai di sini. |
Bersantai di pantai. |
Air laut sedang bergerak pasang. |
Brader Muhammad dari Yaman turut hadir pada pertemuan ini. |
Semua kelihatan teruja. |
No comments:
Post a Comment